Thursday, August 2, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 4)

Suasana di padang sekolah hingar- bingar dengan sorakan. Masing-masing menyokong pasukan yang mewakili kelas mereka.. Tidak kurang juga suara peniaga gerai memanggil pelanggan supaya singgah di kedai mereka. Pasukan kelas kami yang gah dengan jersey ungu-kuning, setakat ini mendahului kelas-kelas lain.. Special thanks to  Syarifah Suraya sekeluarga.. hu hu hu.. macam ucapan pemenang anugerah pulak.. mana mungkin kejadian petang Jumaat itu akan aku lupa.. Hari ini dalam sejarah tu…

“Kin, aku nak mintak tolong lah. Boleh?” tanyanya sambil tercungap-cungap.. merata aku carik budak Kin ni, rupanya tengah belek-belek bunga Orkid Cikgu Aisyah.. Haiyer..  Minah bunga ke dia ni??

“Eh, kenapa ni?? Kena kejar anjing ke??” berpeluh-peluh aku tengok si suraya ni..

“Anjing mana pulak kau ni?? Dah lah aku penat carik kau, kau boleh pulak sebut binatang najis besar tu.. haila…” 

“Oh.. sori-sori.. hu hu hu.. Kau nak minta tolong apa tadi? Aku okey je, lagipun aku tengah free ni..” memang aku tengah free pun.. sebab tu aku datang belek bunga orkid ni.. erm.. mak, angah rindukan mak… 

“ okey, cantiklah tu.. kejap lagi ada orang datang hantar barang kat aku, aku nak minta tolong kau bawak naik ke bilik kau boleh tak??” 

“Okey je, tapi barang apa?? Jangan dadah sudah.. “ ujarku cuba berseloroh.. dalam berseloroh pun aku cuak jugak, buatnya benda yang ditumpang tu illegal, nahas aku.. 

“Woi Kin, kau ingat aku drug dealer ke?? Kau ni agak-agak la..muka Angelina Jolie ni.. hu hu hu.. bendanya rahsia.. nanti kau tahu lah..” 

“Okey, set..”  kelakar jugak minah ni.. 

“Kin, jom. Diorang dah sampai..” Pantas Suraya menarik tangan aku menuju ke Hilux siapa entah.. Ayah dia kot.

“Suraya, barang ape tu? berkotak-kotak bagai.. kurma Yusoff Tayyub ke??” Gila lah.. berkotak-kotak barangnya..  

“Wey, kelakar lah kau panggil aku suraya, panggil Yaya je lah.. Adalah. Nanti sampai bilik kau, kita bukak okey.” Jawabnya sambil mengenyitkan mata.

Ada 3 kotak semuanya, kitorang angkat sorang satu, lagi satu kotak aku mintak tolong Suzana,  budak 4SC_3 yang kebetulan lalu tepi kitorang.. nasiblah Zana tu sporting.. 

“Huh! Berat betul barang kau ni Yaya.. Zana. Thanks!” Zana menunjukkan isyarat yang bermaksud ‘okey’.

“Apa ni weh, berkotak-kotak bagai, kurma Yusoff tayyub ke??”  Fiya yang baru usai solat menghampiri kami.

“Elok sangatlah korang duduk berdua dalam bilik ni, sama je kepala korang.  kurma apa bulan Rabiul awal macam ni, cubalah buka dulu kot ye pun..” kepala yang tak gatal digarunya.. haru lah budak berdua ni, kot ye pun nak teka cuba teka yang logik sikit..

“aku buka eh yaya, saspen betullah..” lantas pisau aku capai dan mula membuka kotak tersebut..
“Hoooooooooooooooooo, jersey kot!” aku dan Fiya bersuara hampir serentak..

“cantiklah Yaya, kau nak jual masa tournament nanti eh? Tapi kau tak ada ambil tapak kan??” Fiya membelek jersey tersebut.. cantik gila!

“Jual? Ni untuk kelas kita lah. Pakai masa tournament nanti.” Balas Yaya selamber..

Gulp! Biar betul Yaya ni?

“Kau bi..biar betul Yaya, kau jangan nak melawak petang-petang ni, aku dah lah lapar..” ujarku inginkan kepastian.

“La.. Apa pula tipunya, ni  kau punya jersey. Tak percaya tengok nama kat belakang..” Yaya menghulurkan jersey yang dikatakan ada nama aku,, dan memang betul ada nama aku, KIN jersey nombor  2. Nombor  1 mestilah si sengal tu, SYAHMI!

“yaya, aku tak tau nak cakap apa, tapi budak kelas kita mesti teruja gila.. thanks Yaya..” ya, mesti semua akan teruja..

“Tarappapa la Kin.. ayah aku kan ada kilang pakaian.. malam nanti kita agihkan masa kelas prep okey?”

“OKEY!” aku dan Fiya membalas serentak.

*******************************************************
“Kin! Kin!” suara garau tersebut mematikan lamunan aku.. hish.. sibuklah mamat ni.. tak boleh tengok aku senang.. sepantas kilat kepala aku dipusingkan 360 darjah, cuba mencari arah suara tersebut.
“Woi! Sinilah!” minah ni rabun ayam ke rabun tenuk ni, aku yang hensem macam ni pun tak nampak. Huh! Nampak pun.. dia ni memang tak pandai senyum gamaknya.. asyik masam je.. agak-agak kecik-kecik dulu tertelan biji asam kot..

“nak apa Syahmi?” tanyaku pendek.

“Malam ni cikgu nak buat barbeku kat rumah dia. Dia yakin kita menang tournament ni..” 

“budak-budak okey ke?? Takut diorang penat pulak.” Aku menimbang semula cadangan tersebut.

“Kau jangan risau kin, benda free semua suka.. aku yakin diorang tak menolak, lagipun esok kan cuti.”

“okey, masa? Tempat? Nak bawa apa?” aku mengeluarkan buku nota kecil kesayanganku yang pasti aku bawa kemana saja aku pergi dan mula mencatat butiran yang diberikan oleh Syahmi..

Huh! Muka ganas, tapi buku nota gambar Hello Kitty. Hu hu hu.. Syahmi tergelak kecil..
****************************************************************
Malam itu seisi kelas 4P_1 bersuka ria meraikan kemenangan mereka dalam tournament.. keputusannya seperti berikut:
Bola Jaring – Pingat Emas
Bola Tampar – Pingat Emas
Ping-pong – Pingat Gangsa
Futsal – pingat perak
Bola sepak – Pingat Emas
Sepak Takraw – Pingat Perak
Catur – Pingat Emas

“Kin, tak sangkakan kelas kita ramai juga atlet sukan..”  ujar Fiya sambil menyuapkan sotong bakar kemulutnya..

“Yup..” balasku ringkas.. aku dah lapar gila, perut mesti kena isi dulu, nak menyembang kemudian..

“Ehem.. barbeku ni untuk champion je okey, yang dapat nombor 3 pun nak join jugak ke?” Allah budak Alesya ni, haru lah.. time macam ni pun dia boleh nak cari gaduh..

“Kin, lalat tu kutuk aku ke??” Fiya seraya berbisik..

“Lantak dia lah.. kita buat tak tahu je..” aku menyambung semula suapanku.. 

“buat-buat tak tahu pulak.. biasalah kan, kalau dah dasar muka tak tahu malu..” Alesya senyum mengejek..

Tangan Fiya aku genggam, risau kalau jadi pergaduhan kat sini..  Fiya hanya mampu menggenggam  buku limanya.. 

“Sabar Fiya, nanti cikgu nampak..” aku cuba menenangkan Fiya..

“Kin, kau dengan sepupu kau sama je!” Fiya merentap tangannya dan berlalu dari situ.. 

Aku hanya mampu mengeluh..

Treeett.. treeeett.. Gegaran handset dalam poket menarik perhatian aku.. siapa la yang mesej malam-malam ni..

From: Si Sengal
Kenapa? Ada masalah ke kat sana?

Hish.. dia ni, Nampak aje..
Segera butang reply aku tekan.. Menyibuk je.. huh!

Trettt..treeett..
From: Sour lady
Ok je.

Ok je?  Okey apa macam tu.. dia ingat aku tak tahu ke yang dorang bergaduh tadi.. herm.. Kin ni memang, perahsia!

10:51:23 JUMAAT 

Monday, July 30, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 3)


 "lambat balik?" tanya Fiya sambil khusyuk menyiapkan soalan add-math.

"Ha'ah. tadi ada perjumpaan ketua dengan penolong kelas dekat Pusat Sumber. kau tahu, lagi 2 minggu sekolah kita ada buat tournament sukan. ada 7 acara sukan, setiap kelas kena hantar wakil. Fiya, aku tengok kaki kau macam kaki atlet, kau jadi kapten Bola Jaring nak? nanti kau cari lah ahli pasukan kau. Boleh?" tanyaku sambil memejamkan mata.. nikmatnya bila boleh baring.. memang penat sangat semenjak dua menjak ni.. Macam-macam perjumpaan. Tengku Syahmi, you owe me big!!

"Chop! Bola Jaring? hello, tangan aku ni tangan atlet Ping Pong okey.. Tak naklah aku Bola Jaring, aku tak pandai main lah.. Kin, Ping-Pong ada tak? Aku nak.. Boleh la eh? Please???" Fiya senyum memujuk..

"Okey.. " balasku pendek.. aku pun tak minat Bola jaring. okey, bukan tak minat tapi masa aku sekolah lama, geng-geng bola jaring semua geng yang ala-ala gedik-geli-girly.. Aku ganas okey.. So, aku ambil keputusan join bola tampar.. memang best!! tambah-tambah kalau bayangkan bola tu muka kelat si Alesya.. hmm.. Alesya pun boleh je jadi kapten.. Lagipun memang dia kapten Bola Jaring sekolah lama kitorang dulu.. Kapten gedik!

Allah, gegar la pulak..  sepantas kilat aku lihat jam.. 6.45 petang, patutlah.. serta merta aku bingkas bangun menuju ke tepi almari.. nasib almari dan meja study agak jauh.. Eh, Syahmi.. apesal pulak mamat nih..

"Erm.. hello."
"belum"
"tadi kan dah bagi"
"hish. ok. esok."
"bye"

tak habis-habis menyusah kan aku!

treet.. treet.. sape pulak yang mesej ni..


FROM: SI SENGAL

Oh I swear to you
I'll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two-ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don't like it sue me
Mmm the way you do me
Oh I swear to you
I'll be there for you
This is not a drive by


hehehe.. jangan marah Kin.. Smile~


Herm..lagu  Drive by- Train.. Hey Tengku Syahmi, kau memang sengal!!


********************************************************

Bukkk!!

"Wei, sakitlah!" kuang asam betul baling kepala aku dengan bantal. dah la busuk pulak tu!

"Ohh.. tau sakit.. yang aku terjerit-jerit panggil kau, kau ingat hati aku tak sakit? yang kau asyik sengih dari tadi kenapa?" parah lah budak Syahmi.. semenjek dua menjak ni kerap betul sengih sorang-sorang..

"kau nak tahu ke?? RAHSIA.." senyumnya makin lebar.. Nasib kau lah Kin,, sape suruh kau dingin sangat dengan aku.. Kau tak kenal lagi Tengku Syahmi.. sebenarnya senarai acara untuk tournament tadi memang kin dah bagi dekat dia, well~ ni Tengku Syahmi ok.. Tak pernah lagi ada perempuan yang berani marah dia.. kejadian lepas pemilihan penolong kelas hari tu betul-betul buat dia geram..

"Hey mangkuk! apesal kau pilih aku hah??" walaupun marahnya cuba ditahan, tapi tetap meletus juga..

"eh, rileks lah Kin.. kenapa marah-marah ni" muka minah ni sebijik muka orang utan tengah marah.. buruk gila!

"dah lah Kin.. jom balik.. kau dah terpilih pun.. Jom lah.." Fiya menarik-narik tangan Kin..

"Kalau kau tak nak, kau jumpa cikgu ok.. aku nak tengok betapa pengecutnya kau sebab tolak jawatan ni." aku hanya senyum mengejek.. kau jangan lupa Kin, hutang kau kat aku pun tak habis bayar lagi.. this time to payback!






Thursday, July 26, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 2)

"Akhirnya!!!!" kataku sambil mengeliat keluar dari dewan. Azab minggu orientasi dah lepas.. Heaven!

"Kin, kot ye pun happy, cover la sikit kau punya mengeliat tu.. Jari kau sampai masuk lubang hidung aku ni ape citer?"

"Opss.. Sorry.. Ala, rilek la.. " hidungnya yang kecil aku tarik lagi kuat.

"Kureng kau Kin!!" Akhirnya ketawa kami bersatu..

"Kin, sini kejap!" pandangan kami mati pada satu susuk tubuh yang aku kira kami berdua bersepakat  mengelarkannya LALAT!

"herm.. kau nak apa?" malas betul la aku nak layan Alesya ni.. mengada-ngada..

"Kau basuh kasut aku, boleh? aku tak larat la. penat." buat muka seposen pulak dah..

"aku pun penat jugak.. kau basuh la sendiri.." balasku.. banyak cantik muka kau. ingat aku kuli batak kau ke?

"Hek eleh.. weh perempuan, aku baru mintak basuh kasut je tau, kau dah menolak.. mak bapak aku tanggung kau dari kau kecil, sampai kau boleh sekolah kat sini, aku tak cakap apa-apa pun.. dasar tak kenang budi!" Macam biasa, ungkit mengungkit memang jadi senaman mulut si Alesya ni..

"herm.. ye lah, kau hantar kat bilik aku." malas aku nak bertekak.. orang sekeliling dah mula pandang-pandang.. baik aku blah je..

"Kin.. Sabar ye.. tak ape, aku tolong kau eh?" terasa tanganku digenggam erat.. Thanks Fiya!

*********************************************************

"Panjangnya barisan.." Fiya mengeluh.. perutnya diusap-usap.. macam ibu-ibu mengandung..

"Biasalah weh, dewan makan kan.. kalau tak nak beratur kita makan biskut cicah milo sejuk je la.. " ujarku sambil tersengih..

aroma ikan keli sambal dan sayur taugeh masak lemak menarik-narik hidung aku.. betul cakap fiya, barisan memang panjang..

"Kin, kau agak-agak macam mana lah kelas kita esok eh? nasib baik aku sekelas dengan kau.. ada geng lah aku.. eh, si lalat tu kelas mana? kata Fiya sambil menyenduk nasi ke pinggan kami..

"Kelas kita jugak.. " balasku pendek.. Aku pelik betul, dulu beria-ia sangat si Alesya tu nak ambil aliran sains tulen, alih-alih masuk jugak kelas perakaunan.. sekelas dengan aku pulak tu..

"habislah kau.." Fiya mengeluh. memang pun.. habislah aku..

**********************************************************
"Weh Kin, mana kelas kita? dari tadi kita pusing-pusing asyik kat tempat yang sama je." betul ke tak minah ni tau, dari tadi asyik lalu depan papan tanda "TOLONG SENYAP, PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN".  haih.. konpius betul..

"Kejap la.. aku rasa betul la.. semalam aku mimpi ada pak cik tua bagitau aku arah pergi kelas." hermm.. mana pulak kelas aku ni? lenguh dah kaki ni.. nak tanya orang, malu...

"Err.. korang berdua ni nak pergi mana? dari tadi ke hulu- ke hilir?" Tanya satu suara..
uikss.. siapakah itu? sepantas kilat kepala ditoleh..

"Kin, kacak membunuh jiwa keperempuanan aku la mamat ni." fiya bercakap seakan berbisik..

kacak membunuh? Jiwa keperempuanan? apakah?

"kitorang carik kelas 4P_1.. kat mana ye?" tanya Fiya, kalah suara operator telekom, lembut kemain lagi.

"Ye ke.. Aku pun nak pergi sana, jom lah sekali." mamat tu memulakan langkah..
hermm.. macam ni kacak membunuh? Kacak lagi abang kantin ok!

"ikut mamat ni sekejap je kita sampai, ikut kau? memang tak kembali ke pangkal jalan la kita.. Mimpi pak cik tunjuk arah konon, nanti kalau kau mimpi lagi sekali pasal pak cik tu, kau cakap kat dia, aku kirim salam maut 7 lipatan arah kat dia okey.." mulutnya diherotkan..  hek ena minah ni.. bebel la pulak dia..

"dah lah weh, macam nenek aku la kau ni.. bebel tak sudah-sudah.." balasku sambil sengih tayang gigi.. 

"Dah sampai.. Jom masuk" kata mamat tu sambil tersenyum.. Alahai.. senyum la pulak.. ada jugak yang tak lena tidur malam ni.. sape lagi, FIYA LAH!

Bismillah.. langkah dimulakan..

Kelas hingar bingar.. ramai jugak classmate aku ni.. tiba-tiba dengar orang ketawa mengilai..

"Lalat la Kin. Amboi kemain lagi bercerita, macam lah budak kelas ni pekak-pekak semuanya. dah tu duduk pun nak menggoda.. memang dasar Lalat la dia ni" matanya sengaja dijulingkan ke atas.. Meluat!
 
mataku meliar mencari tempat duduk yang kosong.. semua dah penuh, tambah-tambah barisan belakang, yang ada pun depan sekali tepi pintu.. boleh lah. janji ada tempat.

"Fiya, jom duduk depan.. Kita kan pelajar harapan negara.. hehehe" segera tangan Fiya aku tarik.

"Ala Kin, susah nak tidur lah duduk depan ni.." Kin mengeraskan badannya..

" Weh, yang tu je ada 2 tempat kosong.. kalau kau tak nak tak pe je.. Aku duduk sorang.." bukan tak biasa pun.. Selama ni memang aku sorang-sorang..

"Ye lah.. merajuk la pulak.. huh!" Fiya mengekori aku..

Hehe.. Aku menang.. Kin 1 - Fiya 0.. tapi memang betullah, duduk depan memang nak kena cover 24 jam.. Nasib lah kalau aku tertidur.. minta maaf ye cikgu-cikgu.. hehe.. minta maaf in advanced..

Suasana yang bising tiba-tiba menjadi sunyi sepi.. kelihatan seorang wanita aku kira lewat 30-an memasuki kelas kami...

"Assalamualaikum semua. Saya Puan Nazariah, guru kelas kamu semua. Saya mengajar subjek Bahasa Malaysia. Sekarang kita akan mulakan sesi taaruf kita. Kita mulakan dari tepi pintu, perkenalkan nama, tempat tinggal dan cita-cita"

Uiksss.. aku lah tu.. ehem..

"Nama saya Nur Adriana Anakin bt Abdullah. Berasal dari Selangor. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru." Fuh! Gila hebat aku.. sekali nafas je aku cakap.. kalau akad nikah ni conform sah..

"Okey, next!"


Nor Sofiyah, selangor, Pensyarah

Aiman Radzif , Pahang,Akauntan

Shahmi Anuar , pahang,ahli perniagaan

Khairul Falah Azmi, Kelantan, ahli perniagaan

Syasya Amirah, johor , guru

Siti khadijah, johor, akauntan

Nur hanisah, selangor, akauntan

Mohd Shahir Amran, Kedah, pensyarah

Mohd Shahir Imran, kedah, pegawai bank

Syed Latif , Terengganu, pegawai bank

Nur Alesya Suraya, Selangor, CEO syarikat kosmetik

Nor Natrah Shakirah, Selangor, CEO syarikat kosmetik

Nor Ilyani , Selangor, CEO syarikat kosmetik

Syarifah Suraya, Perlis, guru

Nurul Sakinah, Kuala Lumpur, akauntan

Siti Aminah, Perak, pensyarah

Ahmad Syakur, Kuala Lumpur , ahli perniagaan

Zaid El-Fateh, Kelantan, ahli perniagaan

Rosdan, Putrajaya, akauntan

dan akhir sekali, mamat kacak membunuh..

"Nama saya Tengku Syahmi Razlan bin Tengku Rosdan, asal dari Johor, cita-cita saya sudah ditentukan oleh ayah saya, saya akan menggantikan ayah saya untuk menerajui TR Holding."

seisi kelas menjadi gamat, okey tak, bukan seisi kelas,  sebenarnya pelajar perempuan je..

"Kin, kau tengok tu, dah lah kacak, kaya, memang perfect la dia ni.. kalau aku yang dapat, memang aku tak lepas.." Fiya mula berangan..

"Ok. Sekarang pemilihan ketua kelas. Ada cadangan?"

"Saya cikgu. Saya cadangkan Tengku Syahmi.." Alesya serta merta bangun..

"Huh! lalat tu ada hati nak rampas tengku aku la Kin." Fiya mencebik..

parah Fiya ni, dah melalut ni..

"Fiya, ingat matlamat kita kat sini, jangan macam ni lah. kita baru 16 tahun.. rileks ok..betulkan niat tu." aku cuba memujuknya.

"Aku gurau je la kin. tu pun tak boleh?" mulutnya dimuncungkan.. gurau la sangat kan, tegur sikit dah muncung macam mulut ikan..

"Semua setuju?" kesian cikgu aku, berpeluh-peluh..

SETUJU!!

"okey, sekarang saya nak ketua baru kita ke hadapan, dan memilih seorang untuk menjadi penolong. Tujuan saya buat macam ni supaya tak ada masalah yang berlaku berkaitan dengan kerjasama antara ketua dan penolong." bijak cikgu ni.. aku setuju..

"janganlah dia pilin lalat tu, kalau dia pilih aku berhenti sekolah.." aku ketawa kecil..

"Saya pilih pelajar yang di tepi pintu jadi pembantu saya." 20 kepala ditoleh kearah aku..

Ah, sudah! Syahmi ni memang sengaja nak kenakan aku..

Bibirnya mula mengukirkan senyuman yang hanya aku saja yang faham apa makna disebaliknya..



BERSAMBUNG


Khamis 26/7/2012 4:17:45
















Tuesday, July 24, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 1)



Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Melihat pelajar-pelajar yang sibuk mengangkat beg masing-masing. 
 
“Pak Lang, Kak Ngah masuk dulu ye. Nak kemas beg. Terima kasih Pak Lang sebab hantarkan Angah.” Ujarku sekadar berbasa basi. Padahal mata aku dah berbulu tengok drama airmata antara Mak Lang aku dengan sepupu aku si Alesya. Sepupu dan sekutu aku yang paling ‘baik’ sekali kat dunia ni. Aku pun tak faham kenapa aku kena sekolah dengan dia. Dari tadika sampai sekolah menengah. Kalau bond kitorang mengalahkan adik-beradik okey la jugak, ni tidak, setiap kali jumpa mesti nak bercakar macam kucing dengan anjing. Dan untuk pengetahuan semua, mestilah aku kucing dan si Alesya tu anjing. 

“Okey, angah belajar rajin-rajin ye. Tolong tengokkan Alesya sekali untuk pak Lang.” senyuman yang terukir mampu membuatkan sesiapa tenang. 

“InsyaAllah Pak Lang.” selepas bersalaman, segera aku atur langkah menuju ke bilik. Nasib aku tak dapat sebilik dengan Alesya, kalau tak lagi haru..

Truutt.. truutt..  Siapa la call aku ni, kang senior nampak mati aku. 
Erm. Helo..
Herm.. dah sampai.
Ok. Jangan risau.
Love u..
Segera telefon dimatikan. Herm.. Angah rindukan emak..

******************************************************************
‘Assalamualaikum.’ Dengan perlahan pintu bilik C10-5 ditolaknya.
‘Alhamdulillah, sampai juga.’ Segera dihempaskan badan atas katil yang kosong. Matanya dipejam. Fikirannya mula mengatur rancangan  apa yang hendak dibuat. 

Tap. Tap

Segera mata yang terpejam automatik dicelikkan. Tadi aku masuk tak ada orang pun. Tapak kaki siapa la pulak ni. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan menghala almari pakaian.

Ya Allah…. “MAK!!!!!!! Ada orang lelaki!!!!!!!”

**********************************************************************
Sunyi. Sepi. 

 “ Kau ni memang suka jerit eh? Nasib tak pekak telinga aku.” Kejadian tadi betul-betul buat dada aku sesak. Dah la aku penat nak layan drama airmata Mak Lang- Alesya, tengah kemas baju ada pulak orang buat latihan koir. Siapa lagi, minah depan aku ni lah! Boleh dia kata aku lelaki, sikit punye comel aku ni haa.. 

“Sorry lah, aku ingat tak ada siapa dalam bilik ni, mana aku tau kau duduk kat almari. Lain kali orang bagi salam jawab lah.” Dah lah kurus kering, cutting pun tak ada, rambut boy cut, aku ingat lelaki tadi. Mana lah nak tahu kan, sekarang ni macam-macam leh jadi.
“Hek ena minah ni, bila masa entah bagi salam. Aku Kin, kau?” aku menghulurkan tangan.

“Aku fiya.. Nur Sofiyah..” Salam bersambut. 

And the rest is history..




RABU  25/7 /2012 11:50:43




Tuesday, June 12, 2012

Sos VS Sundae ( BAHAGIAN AKHIR )

"Chot, tak ape ke kita pergi Mcd ni? Dah lah kau drive non-stop, sebelum tu kau ambil adik2 aku dekat Bangi. kau tak penat ke?" Aku ingatkan Chot datang seorang, rupa-rupanya dia angkut sekali adik-adik aku ikut dia balik sama. Adik-adik aku rapat sangat dengan Chot ni sebab Chot selalu ambil berat pasal diorang..  Patutlah sepanjang perjalanan ke sini dia tak mesej tanya arah langsung, rupanya ada big boss ikut dia balik sama..

"Alah kakak ni, kak chot kuatlah, dia cakap keturunan dia memang power, abang kak chot dulu 15 jam drive non-stop tau.. hebat kan??" chop~ sejak bila chot ni ada abang? bukan dia anak tunggal ke? aku tengok chot tahan gelak. Sah adik aku kena kelentong ni.. Chot ni memang, cakap  nak UP je..

"Tak pe je Umi. Lagi pun aku lapar sangat.. Aku segan nak makan kat rumah kau dalam keadaan lapar macam ni. Aku malu la nak menambah nanti.. Kau kata nak belanja aku kan?? Aku nak order 3 set makanan ye.." nak menambah kat umah aku malu, makan sampai 3 set makanan tu tak malu pulak?? Benci tau!

"Dik bagi Spicy Chicken Mc Deluxe 4 set, Sundae 1, Mc nugget 1 dengan ayam goreng ala carte, terima kasih" semangat waja betul beliau order.. aku jugak yang terketar-ketar nak bayar kejap lagi..

"RM 69.87 sen." Fuh~ nasib baik tak lebih RM70.. aku bawak RM70 je tadi.

"Nah dik.. Keep the change.." uikss.. siapa yang berhati mulia tolong bayarkan ni?? secara automatiknya aku toleh ke tepi.. What??!! MAMAT KEDAH?? Siapa sebenarnya dia ni? Polis? CIA? CSI New York?Dia ikut aku ke?? Kenapa dia ikut aku?  Aku bukan pengedar dadah atau pun mak ayam. Aku bukan pelarian. Aku warganegara yang sah!  Mak cheq takut..

TAP!! Uish.. terkejut aku.. Benci la Chot ni, suka petik jari depan muka orang..

"Umi, kau tak payah lah nak menganga sampai macam tu sekali.. orang dekat belakang dah menyumpah2 kau dah tu.. kot ye pun, meh duduk dulu." bisik Chot sambil tarik tangan aku pergi ke meja..

SUNYI. SEPI.

"Ehem.. Nak tengok makanan tu sampai bila?? Sampai kenyang ke? Ain, baca doa makan." kecoh la Chot ni.. Aku dah la cuak tak habis lagi.. Adik aku teragak-agak nak baca doa atau tak.. Akhirnya.......

"Allahumma bariklana fima rozaqtana waqina 'azabannar" akhirnya mamat kedah yang baca! Mamat Kedah tu buat kening double-jerk kat aku.. heleh~ setakat doa makan aku pun boleh baca.. Poyo punya Mamat kedah!

"Nama saya Azizi.. Sori lah hari tu saya malukan awak.. " ujarnya memecahkan kesepian diantara kami..

"Aku tak kisah. Benda dah lepas. Nah ambil balik duit makanan ni. Kang ungkit sampai ke tua pulak." RM70 aku letakkan depan dia. Chot dah tendang kaki aku sambil buat gerakan mulut "orang-belanja-biar-ajelah".. 


"Eh tak pe.. Anggap je tanda minta maaf dari pihak saya." Dia tolak balik duit tu ke arah aku.. Hish.. Pehal la pulak dia ni.. Dah lah bersaya-awak, geli owwwwhh~

"Tak nak aku ambil.. Thanks!" Chot terus menyambar duit aku.. Hampeh punya Chot! Siap kau dalam kereta nanti, aku korek-korek poket seluar kau.. Aku peduli apa. Duit aku tu~

Aku mulakan suapan aku. Ambil kentang dan celup dalam Sundae.. Eh kejap! Entah-entah dia baik2 dengan aku sebab nak malukan aku lagi tak?? buat pertama kali selepas 2 tahun, aku makan kentang dengan SOS!! Uwerkkkk. tak sedap!

"Kakak.. Kenapa kakak tak makan dengan Sundae?" Suapan semua orang terhenti.. Semua tengok aku.. Aiyark~ malu la pulak..

"Makan je lah.. yang tengok-tengok aku ni kenapa??" aku kira jawapan tu yang paling bernas setakat ni.

"Awak masih marahkan saya ke?? Saya minta maaf.." mamat kedah tu tundukkan muka.. Tahu tak pe! Nak je aku jawab macam tu tau..

" tak de lah.. aku okey je.. Sundae ni yang tak sedap.." ujarku cuba mematikan perbualan diantara kami..

"Ye ke??" terus mamat tu ambil kentang dan celup dalam sundae aku.. Aku ulang sekali lagi, dia celup kentang dia dalam Sundae aku! S.U.N.D.A.E  A.K.U! owh~ tidakkkk!!!!!!!!!

"Erm.. Sedap je.. Ape yang tak sedapnya? patutlah awak suka makan macam ni, bila masuk dalam mulut macam ada bom meletup.. sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk.. Mintak sikit sundae lagi boleh?" eh,, mamat ni pandai senyum rupanya.. Eh! apa aku ni? telek muka orang pulak..

"Ambil je la semua. Saya dah kenyang.." Opss.. tersebut saya la pulak.. Mamat tu,, opss Azizi tu senyum je.. Alah, nabi pun ampunkan umatnya, ini kan aku pulak yang biasa-biasa je..

"Azizi, awak buat ape kat sini?" Chot ni berapa kali la aku nak nasihatkan dia, jangan cakap sambil makan.. Selekeh tau tak!

"Rumah saya memang dekat sini.. Saya kerja dekat Selangor. Saya balik minggu ni sebab ada hal" jawabnya berseri-seri.. oh.. ye ke.. Aku menjawab dalam hati.. Aku pun sama jugak.. Tapi aku tak adalah seseri kau.. Jawabku juga dalam hati.. herm...

"Ye ker.. Jemputlah datang rumah Umi.. Dia ada majlis Sabtu ni.." Pelawa Chot.. Ewah.. Lagak dah macam tuan rumah..

"Iyer? Tak jemput pun saya datang.. " Nak jemput kejadahnya, aku bukannya suka pun.. kalau aku suka dah lama aku update dekat Facebook..


"okeylah.. kitorang dah habis makan.. Terima kasih ye belanja" ujarku sekadar berbasa-basi sebelum pulang.

*************************************
"Umi, tiba-tiba aku teringat la kenangan kita berdua.. kau ingat tak kau pernah menngis dekat aku sebab kau terkentut depan budak lelaki yang kau minat masa dekat sekolah menengah?" mestilah aku ingat! Pagi tu aku makan Cempedak goreng dekat rumah, sampai sekolah aku asyik buang angin je.. Masa tu aku tengah beratur nak beli pen dekat koperasi, tiba-tiba aku rasa nak buang angin, tahan punya tahan akhirnya terlepas juag. Malu giler! Rasa nak buat-buat pengsan je kat situ.. Tapi nanti mesti orang tertanya-tanya apa kaitan kentut dengan pengsan pulak, so aku cepat-cepat balh dari situ. Aku toleh belakang aku tengok lelaki pujaan aku buat muka. Malu nya!!!!!

"Ko ni, kalau pasal malu aku kau ingat je kan.. Benci lah!" terus aku tarik selimut.. tidur lagi bagus!

"Ala.. Ini last je aku nak usik-usik kau.. Esok kau dah jadi milik orang.." ujar Chot perlahan..

Ishk.. Apesal ada air dekat mata aku ni..

"Terima kasih Umi sebab jadi kawan terbaik aku.. Jadi penghibur aku, peneman aku.. Aku takkan lupakan semuanya.." Suara Chot mula serak..

"Ermm Chot, kau nangis ke??" tanya aku untuk kepastian.. Jarang Chot nak menangis..

"Tak lah.. Suara aku malam-malam memang berubah.. Jom tidur.. Penat tau dari petang tadi buat hantaran kau.." Alah.. suara dah bergetar macam vibrate henpon tak nak mengaku..

"Chot, aku sayanggg kau.. uhhhuuuukkk uhuuukkkk" akhirnya kami sama-sama menangis malam tu sampai tertidur..

********************************

"Cantiknya cucu tok ni.. Macam tok mudsa-muda dulu." Chot hanya mencebik.. Chot tak berapa ngam dengan nenek aku sebab dia selalu cakap nama Chot macam nama tikus.. alahai~ kesian kawan aku ni..

"Kakak.. Terima kasih sebab sudi terima pilihan kami.. Mak bersyukur sangat." kata mak sambil mengesat air mata.. Sejak peristiwa hari tu, aku sekali pun tak bercakap dengan ayah.. Marahku masih belum surut..

"Kakak.. Maafkan ayah ye. Ayah nak jadi ayah yang terbaik untuk kakak.. Ayah nak kakak bahagia.. Tak apalah kalau kakak masih marahkan orang tua ni, tapi ayah nak kakak tahu, ayah sayang kakak." ujar ayahku sambil melangkah keluar..

"Ayah.. uhhhuuukkkk uhhukkkk.. Kakak minta maaf." aku bangun sambil memeluk ayah.. berdosanya aku sebab buat ayah aku berkecil hati.. Kepalaku diusap perlahan.. Aku menangis sama teresak-esak.. Semua yang ada disitu mengesat air mata.. Walau apa pun yang terjadi,  i'm still your girl ayah..

"Pak Long, rombongan lelaki dah sampai." Serta merta drama air mata berhenti setakat ini..

Ya Allah.. takutnya aku.. Macam mana lah penerimaan bakal tunang aku nanti.. Ya Allah, kau mudahkanlah segalanya..

Chot menggenggam tanganku, tanda dia sentiasa ada untuk menyokong aku..

 Setelah 10 minit menunggu, akhirnya upacara menyarung cincin telah tiba.. Mak Cik Aida masuk ke dalam bilik.. Wajah Mak cik Aida tak berubah tetap manis macam dulu..

"Comelnye bakal menantu mama ni." ujarnya sambil tersenyum..

Aku tertunduk malu.. Hai, belum apa-apa dah biasakan diri mama.. Amboi..

Aku keluar untuk bersalam dengan tetamu selepas jarikudisarung dengan cincin.. Terketar-ketar aku berjalan keluar.. rasa macam kaki tak pijak lantai.. Mata aku mencari-cari bakal tunang aku. kata Mak cik Aida anak dia akan masuk kejap lagi..

Mataku melihat hantaran yang diberi.. ada Ipad la.. yahoo!!!! Tak sabar nak pegang ni.. kejap..  Macam mana boleh ada kentang dengan Sundae boleh ada kat sini? hantaran jugak ke?? Siapa punya cadangan buat hantaran macam ni.. ni mesti mak aku yang bagitau..

"ASSALAMUALAIKUM" suara lelaki ni.. Agaknya ni lah kot anak Pak Cik Kamil..

"WAALAIKUM....SALAM.." mamat kedah? Chop! apa dia buat kat sini??

"Kakak.. ni lah anak Mama, Azrul Azizi.." hah!! memang giler. memang giler.. semua ni giler!!

"Kau?? Kau anak Pak Cik Kamil??" sungguh aku tak percaya.. Aku tak suka dia, aku tak suka!!!

"Aku benci kau! aku benci kau!! Keluarrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!


"Awak, awak bangun.. Asyik mengigau je.. " hah! aku mimpi rupanya. Ya Allah.. itu lah sebelum tidur tak nak mabilwudhuk, kan dah mimpi bukan-bukan..

"Maaf awak.." kesian suami aku menguap tak sudah-sudah.. macam badak air.. Azrul Azizi, suami aku yang tercinta.. Mimpi aku memang betul cuma part halau tu tak adelah. bila aku dapat tau mamat kedah tu tunang aku, aku lega sebab malam sebelum pertunangan aku, aku mimpi Azrul bagi cincin dekat tok aku.. Betul cakap ayah, dia ni memang baik.. Nasib baik aku terima pilihan mak ayah aku.. Happily ever after.. Syukran Ya Allah...



TAMAT

19:49:30  SELASA












Saturday, June 9, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 5)

Malasnya nak bangun.. sekejap aku mengeliat sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.. puas hati aku! kalau kat rumah sewa ni, jangan harap la boleh tidur nyenyak macam ni, asal nak tidur jer, terbayang assignment, asal nak tidur je terbayang kertas kerja, asal nak tidur je terbayang mamat 'Kedah'.. huh! daripada bayang muka dia, baik aku bayang muka Sathiya lagi bagus.. ehehe..

"hang dok renyih apa cheq oi?? bangkit la.. matahari dah tegak atas kepala.. jangan sampai rotan pun tegak kat kepala hang sat lagi.. apa nak jadi la anak dara sorang ni.. aku nak bagi kawin mak pak hang tak bagi, asyik-asyik cakap hang kecik lagi, asyik-asyik cakap hang kecik lagi, kecik apa lagu ni, kalau aku bagi nikah dah boleh bagi aku cicit.. bangun lekaih!! Awat la hang ni.. nak jadi apa!"   Aiseh.. macam biasa la, kalau kat kampung ni, memang selalu ada iklan tak berbayar.. ni la tok aku.. bukan boleh tengok perempuan bangun lambat. loqlaq katanya..

Segera tuala aku capai, niat hati nak pergi mandi.. Tapi aroma Nasi lemak Cik Midah telah membantutkan hasrat aku yang suci murni ini..

"Ishk.. Ishk.. Ishk.. Awat bau sedap sangat tak tau... Anak sapa la yang masak ni.." saja nak mengusik Cik Midah pagi-pagi ni..

"Anak aku la.. yang hang ni awat tak pi mandi lagi?? badan bau dah macam Johnny. entah-entah Johnny lagi wangi pa ??"tok aku ni memang.. tak sporting langsung.. mesti korang tertanya-tanya sape Johnny tu kan?? Johnny tu kerbau arwah tok wan aku..  Sebenarnya tok aku nak bagi nama kerbau tu Jonet, tapi kitorang bantah.. dah lah kerbau tu duduk kampung, bagi pun nama kampung, sebab tu la kitorang tukar nama kerbau tu dari Jonet ke Johnny.. amacam? ada macam nama hollywood tak??

"Mak, cheq nak makan dulu boleh tak? lapaq sangat nih.. semalam dalam bas cheq tak makan apa pun.. boleh la mak.. dah terkeluaq ayaq liuq ni.." ujarku sambil merengek-rengek.. mesti mak aku cair punya.. yahoo.. boleh la makan dulu..

"Pergi mandi la cheq oi.. tak dak sapa dalam bilik ayaq.. lagi pun ayah hang tak balik dari pekan lagi.. ayah hang pesan, nak makan tunggu dia balik dulu.. ada benda nak bincang katanya.." tok aku tersengih-sengih.. suka la tu mak aku tak backup aku.. huh!

"ye lah.." aku anak yang solehah.. harus ikut kata orang-orang tua. tengok tu, tak habis lagi tok aku dok sengih.. eeiii-sakitnye-hati-kite-wak
__________________________________


huh! Gawat nih.. perbualan di meja makan ku imbas kembali..

"Erm.. ayah nak cakap sikit nih." uiks.. serius betul muka ayah aku ni.. nak tambah nasi lemak pun terbantut.. ni mesti kes  pergi bercuti tak nak bawa aku.. 


"Nak cakap apa ayah? cakap je la." saja buat cool.. padahal kalau betul lah ayah aku pergi bercuti tak nak bawak aku, memang aku merajuk!


"Macam ni, 2 minggu lepas kawan ayah datang rumah. Ingat lagi tak pakcik Kamil yang suka belanja kakak makan gula kapas masa kecik dulu?" brkerut-kerut dahi aku . Cuba untuk mengingati siapakh itu 'Pak cik kamil'. Pak cik kamil.. Pak cik Kamil.. oh ye!


" Pak cik kamil yang banyak jerawat tu ye? yang kita pernah tumpang rumah dia masa rumah kita terbakar tu eh? rasanya masa tu umur kakak 10 tahun" Seingat aku Pak cik Kamil yang aku kenal, Pak cik kamil yang ni lah... tak tau lah kalau ada yang lain..


" haha.. Ingat jerawat orang pulak.. haa.. betullah tu.. Dia datang hari tu ada hajat.. Dia datang merisik."  uiks.. merisik??


" Eii.. bagusnya Pak cik Kamil tu.. Tak sangka ye, ayah pak cik kamil tu hidup lagi.. itu lah ajal maut ditangan tuhan." memang lah, kita semua tak tahu apa yang berlaku pada masa depan kan, tambah-tambah pasal jodoh dan ajal ni..


"kejap, ayah tak faham. Apa yang bagus?  kenapa  kakak cakap pasal ayah pak cik Kamil pulak?" aku lihat ayah menggaru-garu kepalanya yang hampir 89 %  putih.. macam salji jatuh atas kepala..


" ye lah.. bagus la Pak cik Kamil tu, sanggup merisik tok untuk ayah dia.. patut la cheq tengok tok dok renyih ja tadi.. amboi tok.. pandai berahsia no.." patutlah sengih je dari tadi.. nak kawin rupenya tok aku ni.. lepas ni time raya boleh la dapat duit raya double.. yes!


"Ya Allah... awat lah hang ni.. depa nak merisik aku buat apa, aku dah tua.. kubuq pun dok panggil aku dah.. depa mai nak risik hang la.. Apa punya cucu la hang ni." mak dan ayah aku ketawa terbahak-bahak.. sampai meleleh air mata.. amboi.. kalau gelakkan aku, bukan main lagi.. mulut aku pulak macam dah terkunci.. betul ke apa aku dengar ni?? betul ke?? betul ke??? 


"Ayah dah setuju. hari sabtu ni kakak bertunang, lagi 2 bulan akad nikah.. kakak kan pandai masak, jangan risau lah. lagipun anak Pak cik kamil tu baik orangnya. Ayah tau kakak tak pernah kenal dia sebab  jarak usia kakak dengan dia 9 tahun, masa kakak umur kakak 10 tahun, dia sambung belajar dekat Jepun.."  ujar ayah panjang lebar..  


"Chop~ Ayah terima? kenapa ayah terima?? mana hak kakak nak tentukan kebahagian kakak? Ayah tak boleh buat macam ni.. ayah tak patut buat macam ni." Sedaya upaya nada suara aku kawal supaya tidak tinggi,, walaupun marah dalam hati aku setinggi gunung jerai belakang rumah tok aku.. 


"Ayah ada hak. Ayah ni ayah kakak.. Kebahagiaan kakak, kebahagian ayah juga. Lagipun ayah tak harap kakak boleh cari sendiri. Ada ke yang nak dekat kakak?? Ada? Kalau ada mesti kakak dah cerita.. Ada orang nak pun dah kira bagus." Sampai hati ayah cakap aku macam ni. Kenapa sekarang baru ayah persoalkan tentang fizikal aku? kenapa tak dari dulu lagi... bukan ke ayah yang pernah pesan dekat aku hanya taqwa yang membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain.. tapi kenapa sekarang macam ni? Air mata yang ingin tumpah, sedaya upaya aku tahan.. Segera ak bawa pinggan ke sinki.. Selera aku mati macam tu saje. Semua ni gara-gara Pak cik kamil.. aku benci Pak cik Kamil! Bencikkk!!




"Chot, aku betul-betul perlukan kau sekarang ni.. " rintihku..


I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone, baby it's all wrong
Where are the plans we made for two?

eh, tu bunyi handset aku.. ahaa.. CHOT!!

"Hello Umi.. rindu aku tak??" tau-tau je chot ni aku ada masalah..

"Rindu sangat kat kau chot.. chot.. chot.. uhuukkkk uhuuuukkk." ni lah aku, senang sangat nak menangis.. Aku luahkan segalanya dekat chot..

"Umi, kau rileks dulu.. Malam ni aku gerak pergi rumah kau.. jangan buat benda bukan-bukan okey.. baru ni mak aku cerita ada perempuan minum clorox sebab mak dia suruh kawin.. kau jangan minum clorox tau.. minum air sejuk tak pe.. nanti nak sampai aku mesej.. jangan sedih.. aku pun sedih gak ni.."  Alhamdulillah.. aku bersyukur dapat kawan yang memahami mcam chot ni.. 

"okey.. thanks chot.. nanti aku belanja kau mcd ye.."

"Mcd lagi.. tak pelah janji kau belanja.." akhirnya ketawa kami bersatu.. 




BERSAMBUNG..  BAHAGIAN AKHIR


BAHAGIAN 4




21:47:13  SABTU









Thursday, June 7, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 4)

5,4,3,2,1.. "Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen anda dan tunggu sehingga kertas jawapan anda dikutip" macam deejay radio la suara pensyarah Matematik aku ni.. tergoda tau.. hehehe  Alhamdulillah.. Selesai sudah peperiksaan untuk semester ni.. Semester depan, semester terakhir aku.. boleh lah nak fikir pasal kawin pulak.. yaahooo!! Cantiknya gabungan warna hijau dan krim.. mesti cantik kalau buat tema kawin aku nanti.. hikhik tak sabarnya!

TAP! " Amboi mek, bukan main berseri muka kau.. Berangan lagi lah tu.. Taulah konfem dekan sem ni.. Huh~"  ewah..suka-suki je Si Chot ni petik jari depan muka aku.. Ingat nak panggil burung ke??

"Helo.. Tak de kena mengena ok muka berseri dengan konfem dekan.. Jom lah keluar.. Tinggal kita je dalam dewan ni." memang betul pun, tinggal kitorang berdua je dalam dewan.. Mak cik cleaner pun macam menyumpah kitorang, bengang la tu nak balik awal tak boleh..

" Tiket bas kau pukul berapa? Nak aku hantar pergi Pudu tak?" macam mana lah aku tak sayang dengan Chot ni, selalu prihatin dengan aku.. Terharu beb~

"Pukul 9 malam.. hehehe.. kau ni pura-pura tanya pulak.. bukan ke kau yang selalu hantar aku pergi Pudu? okey lah, sebab kau pura-pura tanya, jom aku belanja kau McD? amacam?? nak?" mesti dia jawab nak punya.. selera makan macam buaya kebulur tahap 8 tahun tak makan, takkan nak tolak rezeki, free pulak tu..

" herm.. tak pelah Umi.. Aku nak stay kat library la.." uiks.. serius giler muka minah ni..

"la.. apesal pulak.. kau ada masalah ke?? Abdul 'Galah' tu mainkan kau eh?? meh sini nombor Abdul 'Galah tu, biar aku sound dia! Kurang ajar punya jantan.. dah lah tak hensem, tinggi melayut! geramnya aku!!"  tangan aku dah stand by dengan handset.. memang nak kena 'Galah' ni..

"Oi-oi!! ooowh,, selama ni kau dok kutuk-kutuk pakwe aku la yer?? bukan kemain lagi gelaran kau bagi kat dia.. Ni aku baru berlakon sedih je ni, kalau betul la aku dipermainkan, entah ape lagi kau kutuk-kutuk dia eh.. sekarang ni betul-betul aku tak nak pergi.. balik dulu! huh!" mak aih.. laju betul minah ni jalan.. herm.. aku ke yang salah? dia yang buat muka sedih dulu.. Aku selalu jadi mangsa keadaan. Benci lah!

"Herm.. tak pelah Chot, kirim salam dekat Datin Asmah ye, kata aku kirim salam.. lepas tu kalau kau jumpa kekasih hati kau tu kata aku minta maaf sebab aku kutuk dia bukan-bukan.. Erm..  kalau apa-apa jadi dekat aku, mintak halal semuanya ye.. Assalamualaikum.." sedih betul hati aku.. aku nak mintak tolong kat sape untuk hantar aku malam ni pun aku tak tahu..

"Ala bucuk-bucuk.. Kekanda gurau saja.. Adinda janganlah berkecil hati.. Mari kita bersantap di restoran kegemaran adinda, tadi bilang mahu belanja kanda.. marilah.." tersengih-sengih pulak Chot ni, tadi marah.. Benci tau! huh!

"Dik, Spicy Chicken Mc Deluxe 2 set, sundae 1, makan sini." mana la pulak pergi si Chot ni.. tadi bukan kemain laju jalan, sekarang bayang pun tak nampak..

"Umi, sini!" wah~ melambai-lambai pulak si Chot ni .. Kalah Miss Universe tau..

" Sori tinggal kau macam tu je.. aku nak rebut tempat.. waktu tengahari McD memang sesak.. harga murah la katakan.." sambil cakap sambil mengunyah.. nasib tak tersembur.. Selekeh la Chot ni! Tapi memang pun, McD kalau waktu tengahari memang sesak.. uiks.. macam pernah ku lihat je mamat ni.. oh! mamat kedah.. Adoyai~ Kecil betul dunia ni..

"Erm.. Chot.." ujarku perlahan.

"Apesal weh? kau sakit perut ke?? ishk.. ke situ pulak dia ni..

"Aku nampak  mamat yang  marah kita aritu.." tiba-tiba cuak la pulak aku ni..

"Mana? tak de pun.. kat mane??" adoyai.. kuat pulak suara minah ni..

"Kat sini.. Saudari cari saya ke?" eh! bila masa pulak mamat ni sampai kat meja kitorang ni.. waduhh Gimana ni.. Gawat deh..

"Eh, perasan lah saudara ni.. Saya saje je nak exercise tengkuk ni ha,,, biar senang nak telan burger.. Sila lah kembali ke tempat asal anda.. kami nak sambung makan." bagus Chot, bagus! walaupun ayat dia macam ayat budak tadika, tapi kira okeylah alasan tu..

"Saya nak duduk sini.. tempat lain dah penuh.. ni kira sebagai balasan minta maaf lah sebab kawan saudari langgar saya aritu.. Eh kau, cepat bangun, pindah sebelah sana." ewah! sukasuki abah dia je kan.. elok sangat lah ni, satu spesies dengan Chot.. memang pasangan bahagia! bengang-bengang pun, aku ikut jugak cakap dia.. nampak sangat aku ni calon isteri solehah..

Tersengih-sengih pulak. kang aku tenyeh dengan sos baru tahu. Sakit-pulak-hati-kite-wak

Ah! gasak dia lah.. Baik aku teruskan suapan aku.. macam biasa kentang dengan sundae la.. hehehe

"weh.. kau makan macam ni ke?? pelik betul kau ni.. patutlah badan kau macam ni ye.. kau tahu tak Sundae ni dah lah manis, kentang goreng ni berminyak.. tak loya ke tekak kau? Aku tak tahu lah sapa yang nak kawin dengan kau nanti. Mesti andartu punyalah.. hahahahaha." Tanpa bersalahnya dia gelak. nak kata lawak, nak geli pun usus aku. dah lah main duduk je, kutuk-kutuk aku.. Memang nak kena ni.. Had ketinggian manusia pun berhenti masa umur 18 tahun tau, ni pulak had kesabaran..

" wah~  bagus kan kau ni, mesti kau lahir dulu siap dengan pakej mulut 'puaka' kan.. Seronok giler dengar kata-kata kau tadi.. Tapi kan, apa yang kau dapat kutk-kutuk aku ni? kau nak balas dendam eh? ke aku langgar kau aritu otot mulut kau cedera? kalau setakat nak duduk sini, nak buat aku mengamuk, baik kau lupakan je hasrat kau sebab setakat orang yang akal macam kau ni, orang panggil belum mumayyiz, aku sikit pun tak hadap la.. Lagi aku nak sedekah adalah.. okeylah, aku blah dulu.. Nanti kau buat announcement kat sini pasal aku, femes pulak aku karang.. Chot, aku blah dulu.. Kau layan la mamat belum baligh ni ye.. Callo betey!" baik aku blah.. Kejap lagi Mcd ni tukar jadi terusan Suez pulak.. Aku ni  kalau bengang memang aku nangis.. Uhuuu Uhuuuu.. Mak, tengok mamat giler tu mak, dia buat cheq nangis..  Cheq nak mak!!!!!!!!!


BERSAMBUNG... BAHAGIAN 5


KE BAHAGIAN 3


12:55:42     JUMAAT








`

Tuesday, June 5, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 3)

"Uiiii.. Cuaknya nak exam ni.. kalau tak lulus, habislah aku Umi oi.." ujar Chot sambil menunjuk jadual exam ditangannya.

"hermm.. InsyaAllah, semuanya akan ok.. janji kita usaha dan selebihnya kita biar Allah yang tentukan."ujarku penuh tenang..

"Nanti kita study sama-sama ye.. sayang kau." bahuku dipeluk erat.. Indahnya ukhuwah ini Ya Allah..

BUKK!! adeh.. sakitnya bahu aku..

"Oi gajah! buta ke?? sakitlah bodoh!" katanya sambil mengusap-usap lengannya dengan kasar. Hek eleh.. Sakit sangat ke??

"errr.. maaf, maaf saya tak sengaja, saya tak nampak." ujarku panik.. nak buat apa ni? takkan nak usap jugak lengan mamat ni.. adoyai~

"macam mana tak nampak, dok sakan berpeluk dengan kawan ang, tu pasai la aku yang kat tepi ni pun kena langgaq." tengkingnya lagi.. orang utara rupanya. ceh! buat malu orang utara je, dengan perempuan pun tak boleh nak tolak ansur.

"Ehem! izinkan saya menyampuk disini. Sedara ni dah lebih sangat la, kalau dalam exam, boleh kira keluar tajuk ni. bukan ke kawan saya dah minta maaf, tak payahlah nak panjang-panjangkan cerita, malu la kat orang lain dok tengok-tengok sini.. mana tau ada mak mertua lalu ke, sah-sah kami kena reject. Okay, kami blah dulu.. Calo betey." dengan pantas lenganku ditarik.. Chot ni, kalau nak loyar buruk memang tak kena tempat.. tapi kelakar jugak tengok muka mamat tadi, terkulat-kulat kena ceramah free..

"Geram betul aku dengan mamat tadi tu. Macam lah sakit sangat.. mengada betul." rungut si Chot sambil tangannya ligat membalas mesej. Dari Abdul 'Galah' la tu..

"Sakitlah tu, badan aku yang besar ni langgar dia, kalau kau mungkin tak berapa sakit sangat kot." ujarku sambil mengunyah kentang goreng.. sedap weh..

" eh, helo! bukannya kau langgar pakai kereta, kau langgar pakai bahu kau je, huh!" makin marah, makin ligat pulak dia tekan keypad..

"dah lah chot, tak payah citer pasal dia lagi.. aku nak menikmati kentang dengan sundae ni sepuas-puas hati aku.. meh la rasa sekali." balasku sambil tersengih-sengih..

Chot hanya menjuihkan bibir. dah faham sangat, tak nak la tu..

"Beb, lepas exam ni kita pergi Genting, nak tak? aku tak pernah pergi sana tau.." tanyanya sambil mengedipkan mata berulang-ulang kali.. konon comel la tu..

"walaupun sinar mata kau penuh pengharapan serta cahaya keimanan, tapi aku tak boleh pergi la. Cik Midah suruh balik.. Syurga dibawah tapak kaki ibu tau.. Sorry la.. Nanti-nanti kita pergi ye. jangan kau pergi dengan pakwe kau pulak, tak manis.. nanti aku mengadu dengan Datin Asmah.." ujarku sambil nasihat, sambil aku ugut.. bukan boleh sangat si Chot ni, kalau tak diingatkan panjang plak kakinya..

"Ye la. huh!" dah mula merajuk lah tu. tak pe, biarkan je. 2 jam nanti ok la tu.. Entah kenapa, muka laki tadi masih terbayang-bayang dalam otak aku.. haish.. takkan aku dah jatuh cinta kot? tapi hati aku tak dup dap dup dap pun.. kenapa ni?? kenapaaaaa?????


BERSAMBUNG... BAHAGIAN 4

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2




15:35:26  SELASA






Sunday, June 3, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 2)

" Chot, nak kopi tak? Aku nak bancuh ni." pelawaku sopan santun. ni kalau Cik Midah ada, conform Cik Midah mengalirkan air mata sebab tak sangka punya anak yang sopan bangat..

"tak nak lah. tiap-tiap hari kopi, kalau kopi Cap Kapal Api tak pe gak, ni Kopi Cap Raga.. Jatuh saham aku, ni kalau Datin Asmah tahu aku asyik minum kopi cap raga, menangis dia tau.." sambil cakap, sambil mengunyah, selekeh punya perempuan..

"Oi! sesedap oren je ye kau kutuk kopi pemberian Cik Midah.. alah, kau tu tak habis-habis Datin Asmah, entah-entah Datin Asmah dulu pun layan jugak kopi ni.. Cik Midah cakap, kopi ni femes tau tak.. Arwah atuk aku kemain lagi suka minum kopi ni.. kau je yang tak pandai menilai mana kaca, mana permata. huh!." sengaja aku lagakan sudu dengan cawan kuat-kuat. Chot ni, kalau nak mengutuk ikut sedap mulut abah dia je, tak fikir langsung perasaan aku. aku ni kan sensitif, tengok iklan susu yang anak  main piano sempena birthday mak dia pun aku bantai nangis.. touching the soul~

"Ala, marah la tu.. gurau sikit pun tak boleh. meh sini, teman aku layan cerita semanis kurma ni. tajuk tentang andartu, elok sangatlah untuk kau." ceh! aku pulak dapat saham. 

"Erm.. Chot, kau agak-agak kan ada tak orang nak kat aku?" perlahan-lahan aku tuturkan ayat tersebut. risau pulak dibantainya gelak kat aku..

PAP! TV dimatikan. eh, pehal la pulak minah ni, tadi kemain lagi nak tengok semanis kurma. segera mukanya ku tatap. lembut je muka chot ni. patutlah Abdul 'Galah' syok habis kat dia.. Abdul 'Galah' ni pakwe si Chot, sebab apa aku panggil galah? sebab tinggi sangat. Chot ni pun paras ketiak dia. tapi tak boleh sebut depan dia, silap haribulan dia sebat aku dengan galah.. 

"Umi, aku nak tanya kau sikit boleh?" katanya sambil memegang tangan aku. ni kalau orang tengok, mesti diorang cop kitorang lesbian.. uhhhh! Nauzubillah..  

aku hanya mengangguk.. 

"sebenarnya, aku dengar je apa budak tu cakap kat kau masa kat McD tadi. sebab tu ke kau tanya aku soalan tadi?' matanya mencari anak mataku.. 

tiba-tiba aku rasa panas je mata ni.. adeh~ time-time ni la nak buat drama bersiri..segera aku capai cawan kopi, lalu aku teguk perlahan-lahan. 

"Aku tahu, kau tak suka kongsi masalah kau dengan orang lain, tapi sampai bila umi? kuat sangat ke dalaman kau tu? nampak lipas pun kau dah cabut 200 meter. Come on Umi, kita dah kawan hampir 12 tahun.  kalau nak samakan dengan umur budak, dah boleh ambil UPSR tau tahun ni.." pujuknya lembut..  

"herm.. lebih kurang lah.. okey lah Chot, aku nak masuk bilik, nak tidur. esok pagi jangan lambat.lambat je aku tinggal." segera cawan aku capai dan menuju ke dapur.. maaf chot. aku belum ada kekuatan nak luahkan segala-galanya.. mungkin suatu hari nanti.. mungkin~


BERSAMBUNG... BAHAGIAN 3

KE BAHAGIAN 1

17:37:45  AHAD


Saturday, June 2, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 1)

"okey, setakat ini saja kelas kita pada hari ini. esok saya nak tengok latihan 3a. terima kasih." huh, keluar pun. naik juling mata aku buat statistik ni. silap hari bulan boleh terkeluar biji mata. habislah Cik Midah kena bela anaknya ni sampai ke tua. okey je,tak payah pergi keja, boleh la makan je, Cik Midah masak sedap oooo.. hehehe..

 BUK!!  "oi! apesal tersengih-sengih ni? mimpi basah ke semalam?" selamber badak je si Chot ni ketuk kepala aku.

 " sakit la mek! kau ni, tak payah la ketuk kepala aku, habis terbang ilmu statistik aku tadi. baik kau pergi tangkap, kang makin jauh dia terbang." kata aku sambil buat gaya "menangkap" ilmu terbang.

 " dah-dah, jangan nak menipu, kau ingat aku tak nampak la kau khusyuk melukis lelaki walkman kau tu je." Chot menjuih-juihkan bibirnya ke arah lukisan aku. sebijik macam cik mon kat Zoo Pahang. padan sangat la tu, memang asal Pahang pun kan..

 "tak payah la kau nak samakan aku dengan Cik Mon, kau ingat aku tak tahu apa yang kau fikir? jom, gi McD, kata nak belanja aku semalam." katanya sambil angkat-angkat kening.

 " eh, kau ni. aku cakap aku belanja kau kalau kau tak bercakap 20 minit ok, ni tak sampai 5 minit kau dah meroyan-royan minta ampun kat aku tak nak main dah. ah, takde!" aku cepat-cepat melangkah, nak pergi dari situ. selalu pow aku la si Chot ni. tu lah, duit banyak-banyak beli topup lepas tu bergayut. padahal pakwenya tu sekelas dengan kami je pun.. bila aku samakan dia dengan cik mon, marah. siap merajuk dengan aku 2-3 hari.. sampaikan bungkusan maggie dia pun dia sorok, tak bagi aku makan la tu kononnya. Walaupun dia ni cepat merajuk, tapi dialah kawan aku yang terbaik, susah senang tetap bersama dengan aku.

 "Umi, ala kau ni.. kedekut sangat lah.. ye lah, aku tau lah sape aku ni, mulut jahat, cepat merajuk, tak pandai pulak tu. sampai kawan baik sendiri pun tak nak belanja aku."  buat muka seposen pulak dah. ni lagi satu kehebatan yang si chot ade, kuat PROPA!

 "erm.. ye la, tapi aku belanja kentang goreng je ok.. nak burger ke ayam goreng ke, kau pakai duit sendiri tau." terpaksa mengalah jugak aku akhirnya.

" dik, kentang goreng 2, Air Sprite 2 , Sundae 1, makan sini." ceh, order bukan main lagi, macam la dia bayar. " "Umi, jom!" kami melangkah menuju ke sudut paling hujung. kentang cicah Sundae, itu memang kegemaran aku. kena pulak kentang baru lepas goreng dan cicah dengan sundae, bila masuk je dalam mulut, rasa sejuk-panas-panas-sejuk, macam letusan gunung berapi la.. memang sedap. mula-mula aku macam orang lain jugak, cicah kentang dengan sos, tapi satu hari tu, aku tengah khusyuk baca buku COKE dan SUNDAE , ( sebenarnya aku pergi MCD masa tu sebab nak feel cerita ni lah) aku tercicah kentang aku dengan Sundae, memang aku tak perasan, bila aku dah kunyah baru terasa lain macam sikit. sejak tu la aku makan kentang dengan Sundae. Si Chot ni pun dah lali. masa mula-mula dia dapat tahu, soalan pertama yang dia tanya aku. " kau makan ni tak cirit ke?" mau aku tak bantai gelak kat situ..

"Umi, kejap ye. nak gi ambil sos," sempat dia kenyit mata kat aku. ingat aku tergoda la tu.

sejuuukkk je kan..

kredit to: hazmanfadzil.com


" Mummy, besarnya auntie tu." segera beripalingkan ke arah suara tersebut. "Maaf dik, biasalah budak kecil." aku tengok muka akak tu serba-salah. aku hanya tersenyum, lalu menyambung semula suapanku. aku dah lali dengan perkara macam ni. Mula-mula aku terasa jugak, ye lah kan mana ada manusia yang suka kena kritik. tapi lama-lama aku faham, manusia ni memang suka bercakap tentang kekurangan orang lain. biasalah tu, adat..

BERSAMBUNG.... BAHAGIAN 2

23:24:25  SABTU.



Thursday, May 31, 2012

Indahnya ukhuwah ini..

" Umi, subjek PJ petang ni ye, jangan lupa"..  aku terkedu.. alergik sungguh aku dgn PJ ni.. silap aribulan mau pitam tengah padang.. "huhu, ok." balas aku pendek. dalam hati berdoa biar hujan ptg nanti.. bukan apa, penat tau PJ ni. time sekolah memang okey sebab 1 jam.. dekat maktab PJ 3 jam tau.. terpaksa redah je la..



penat hoookeyyyyy~

"siapa yang mengandung sila mengaku. jangan risau sebab kelas semalam 4 org mengandung." bagusla dapat cikgu PJ yg sporting.. hari ini main dalam Gym je. main game ala-ala bola baling + bola jaring + futsal.. seronok sangat, tapi masa main aje la, lepas main Nauzubillah, sakit bukan kemain.. nak naik tangga pun rasa nak putus nafas.

habis je 3 jam, fokus utama mestilah  nak melingkar atas katil je. tiba-tiba,,,,,, "UMI!!!!" uiks! sape pulak yang panggil disaat aku tengah berperang dengan kesakitan? wah~ ayaaaaaaaat... "Umi....... kau tak kenal aku ke?" muka yang mulus tu aku amati, otak pula mengimbau kenangan 8 tahun lalu, segala gelak tawa, tangis duka kembali terimbau..

Ya Allah, muka yang tak mungkin aku lupakan, dan tak pernah aku lupakan.. segera perasaan amarah terkumpul di benak.. tanpa aku duga, " Ah kau! sombong! lupa diri! lupa daratan! selama ni kau diam je, 8 tahun aku contact kau tak pernah nak balas!" segala amarah aku hambur je.. geram betul..tiba-tiba aku tengok muka diaberubah.. Ya Allah, aku ni dah kenapa kan, main marah je.. "kenapa kau ni?" riak muka menunjukkan tidak senang dengan perbuatan aku... serba salah la pulak.. "sihat ke?" aku memulakn perbualan. Alhamdulillah..senang hati dapat jumpa kawan lama.. semua topik kembali diimbau.. memang gelak habis.. lantaklah yang lalu lalang depan kami, kami ada suara, sebab tu la gelak.. kau hade???

Alhamdulillah.. baru kali ini dapat rasa manisnya ukhuwah.. tak dapat nak digambarkan.. Ya Allah, kau tautkanlah hati kami seiring dengan bertambahnya iman kami terhadapMu.. Amiiinnn..

Thursday, April 26, 2012

Warkah berlagu cinta..

Warkahku buatmu...
hola u ols.. dah lama aku tak tulis apa2 kat sini.. al maklumlah bizi sangat menulis kat whiteboard sampai marker asyik kena refill dakwatnya.. hahahha~ tetibe je citer pasal marker.. macamlah semua orang nak dengar cerita whiteboard-marker-kau-yang-ntah-hape2 tu kan.. ahaks...

eksyeli, aku nak kongsi 1 warkah berlagu cinta yang akhirnya menjadi warkah berlagu pilu selepas dirampas oleh aku.. kejam tak aku?? kejam kan?? kejam kan?? hahahahaha~

nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tak taw pun pasal surat ni, tapi aku perasan ada 2-3 gegirls keliling si penerima surat ni.. aku pun  dengan condifentnye melaung suruh gegirls tersebut duduk tempat masing2.. tetibe ade sorang boboy mengadu kat aku..

" Ustazah, Amelin bagi surat kat Syed Haziq." ( kecik2 pun dah memilih tau.. nak keturunan syed je.. hehehe)


 (  tak syak lagi boboy ni dengki sebab bukan dia yang dapat surat tersebut.. hahaha~  )

tanpa melengahkan masa, aku terus panggil penerima surat tu supaya bagi aku surat terbabit.. kehkeh~ (giler skema ayat gua!) budak laki tu punyerlah terketar2 bagi surat tu kat aku..  takut sangat,, jiwa raga tak kental sungguh.. hermmm... sweet sungguh ayat si gegirl, muka pun boleh tahan, TETAPI peraturan tetap peraturan, dengan lemah lembabnya aku panggil gegirl, yang ajaibnya si gegirl sungguh rileks berbanding si boboy tadi. dapatlah aku simpulkan disini perempuan zaman sekarang sangat steady bila berhadapan dengan situasi yang tegang..

berbalik kepada cerita tadi,

si gegirl datang kat aku.. aku pun nasihatkan dia, ye lah kan, apa yang budak2 alami bukanlah perasaan cinta tetapi lebih kepada perasaan suka yang ekstrem.. ye lah, dekat rumah asyik mengadap mak ayah n adik bradik, bila dah jumpa seseorang yang baru, perasaan suka yang timbul disalah tafsirkan. situasinya macam ni, seumur hidup korang, korang hanya ada kancil je, satu hari ni korang gi bandar & ada kereta Kelisa kat situ,, of kos korang tergoda kan???? lebih kurang sama la dengan si gegirl tadi..

Si gegirl asyik tunduk je bila aku nasihatkan dia.. kesian pulak aku tengok. nak tau aku cakap apa kat dia?

aku: siapa bagi awak duit belanja?


dia : Mak.


aku: basuh baju awak?


dia : Mak.


aku : kalau macam tu, awak tak boleh nak bercinta lagi sebab sekarang ni semua mak awak yang buat, awak boleh bercinta bila awak dah ada duit sendiri, basuh baju sendiri, ada kerja sendiri.. boleh?


dia : boleh..( sambil matanya penuh sinar pengharapan..)



p/s : aku tak pernah pun dapat surat cinta.. uhukkhgukkhkkk... T~T








Monday, February 20, 2012

homaigoshh!! ai ken belivit, ai ken belivit!!!!!

Macam biasa, dah bangun pagi haruslah log in segala bagai bukan~ sedang mencuci mata mambaca blog orang lain, aku telah terpandang sesuatu yang membuatkan aku rasa sebak.. ye! aku rasa sangat sebak sebab tempoh seksa aku dah lepas setahun, tinggal lagi 4 tahun.. Alhamdulillah..

eh, lupa pulak nak cakap apa yang setahunnya.. sebenarnya aku dah setahun jadi >>>>>>>>>>>>












dah setahun jadi warga pendidik.. macam-macam yang aku dah lalui.. sedih, gembira, tension macam-macam lagi lah.. nasib tak mereng.. huhu syukurlah aku diberi nikmat sebegini.. sangat-sangat bersyukur.. hermmmm.. macam nak buat GA je rasanya.. nantilah aku nak bincang dengan kak rorose chantik.. dengar sekarang dia bizi, al maklumlah mu'allimah sejati.. alhamdulillah...

notanoti: Syukur atas nikmat-MU Ya Allah... :)

T.E.R.D.E.S.A.K

-DI RUMAH-
" Bila lah ko nak kawen ni?? tu ha, anak mak ngah esah ko tu, umur sebaya ko, tapi anak dah dua, blablablablabla"


-DI ALUMNI-
"beb, bila nak kawen? tengok aku ni dah bahagia tau.. jgn lambat sangat, kang hilang nikmat, hehehehehe"


-DI PESBUK-
" si tut dah kawen, ko bile lg?"


-DI TEMPAT KERJA-
" awak dah kahwin ke? kalau belum nak mintak tolong gantikan ahkak/abam untuk program sinun/sinin."



-DI DALAM HATI AKU-
"talk to your hand la! Phui!!" (sekadar imaginasi ) :p


cerita ini bukan pasal aku tau.. ini cerita pasal kawan aku yang duduk kat somalia nun... jangan salah anggap ye, kang akak babab dahi tu ha...



notanoti: syahdu di pagi hari..

~HapPy BesDaY to..................... YOU!~

9 tahun = murid tahun 3.

seorang murid tahun 3 dah pandai buat ayat untuk subjek BM, pandai darab & bahagi untuk matematik, yang paling tinggi pandai BERCINTA.. hebat kan??

tapi apa yang ada untuk perhubungan yang menjangkaui 9 tahun?

* kenangan pahit
* kenangan manis
* kawan tikam kawan
* kawan makan kawan
* kawan mulut puaka
* kau belanja aku
* aku belanja kau
* kau hepi, aku hepi
* kau menangis, aku menangis
* kau ditikam, aku menyerang

DAN BANYAK LAGI......

banyak yang telah terjadi dalam tempoh 9 tahun usia persahabatan kami. bermula dengan saling tidak suka antara aku & kau, tak sangka boleh jadi rapat macam ini..

Syukurlah aku kenal kau sebagai sahabat, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak mengenali kau, mungkin apa yang aku kecapi hari ini tak akan wujud. ( aku masuk kuis pun sebab ada kau bukan? ) sebab ijazah dari kuis aku boleh dapat kerja yang aku impikan. 


Aku tahu kau ingatkan aku tentang 15 februari.. bukan aku tak ingat, tapi aku rasa berat nak ucapkan sebab semakin bertambah usia kita, semakin jauh langkah antara kita. kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku. sedih bukan??


tapi apakan daya, kau tetap semakin tua, aku pula sebaliknya.. huhuhu

apa-apa hal pun, Selamat Hari Tua untuk kau CIK ISNAINI BT KASSIM.. semoga apa yang kau impikan akan tercapai dan diri kau akan sentiasa dibawah rahmat Allah..


gambar dekat mines eh? aku pun dah lupa..penat giler time nih!




notanoti : Is, 2 bulan aku akan panggil kau kakak sebab umur kau dah 24 tahun sekarang, aku baru 23 tahun 10 bulan. so, kakak! bila free?? jom kuar!!

Friday, February 17, 2012

bila mood meroyan memasak mula merasuk..

harini aku masak okey, maklumlah hari jumaat sekolah mula 2.20 haruslah mood meroyan masak merasuk diri aku.. huhuhu ni bukan pengaruh tengok santau merasuk okeh.. berselera tak tengok aku punya masakan?? harini aku masak asam pedas ayam & kacang panjang goreng.. waduh,, enak bangat deh! ada pulak sirap selasih selayang pandang.. ( nama main hentam jek) apa?? tak pernah dengar asam pedas ayam?? ishk33.. kesian.. aku pun baru tahu 2 hari lepas, sebab tu la cuba ni.. memang terbaik.. tak sia-sia cuba.. thanks to my fren muna ahmad @ tautan hati sebab perkenalkan aku resipi ini,, & special thanks to Cik Mat Gebu atas resipi  ni.. eh, nak tau tak, cik mat ni sangat22222 bagus dlm memasak, untuk sesiapa yang nak kahwin ke, yang dah kahwin ke tapi tak berapa pandai sangat nak memasak tapi nak belajar masak, ambil je resepi kat blog cik mat ni, konpem menjadi punya.. 

siapa yang nak resipi ni boleh ambil disini.. Selamat mencuba! 


notanoti : ramai yang puji sedap.. hikhikhik!

Thursday, January 26, 2012

Teknik mengumpat yang ntahapehape

aiseh~ dah pukul 12.03 minit tengahari, time to jalan terkedekkedek+berpeluhpeluh ke sekolah.. tak pe, rilek dulu class mula pukul 12.30.. sambil jalan lenggang kangkung ke pintu dan tindakan untuk menyarung kasut sudah terbayang di akal fikiran, tiba-tiba dengar suara 2 orang pakwe yang aku tak tahu hensem ke tidok..

pakwe 1 : ni lah rumah ustazah yang tak garang tu.
pakwe 2 : ye ke? patutlah aku nampak dia jalan masuk sini.
pakwe 1 : jangan cakap kuat-kuat, kang dia dengar.
pakwe 2 : mane dia dengar, kau ni..



ceh~ ikut hati aku nak sergah je pakwe-pakwe ittewwww.. tapi kang terkujat tersawan aku yang kena pelangkung dengan mak bapak diorang.. tak garang diorang cakap.. tak patut betul. jaga korang. nak ngumpat pun tak pandai.. meh sini aku hantar pergi kursus mengumpat..


notanoti: nak upah CSI suruh cari suara sapekah itu.. huhuhu

Friday, January 20, 2012

kau lah segalanya bagiku.. ( versi hampeh )

hola again. ( wah, kemain lagi kau, kalau  mood rajin dah sampai, beribu-ribu entry kau karang ) eheheh~ semenjak setahun aku tinggalkan kolej, banyak gosip modip yang aku dengar. ada yang best, ada yang kurang best & ada yang tak best langsung. tapi majoriti gosip yang aku dengar semuanya pasal "COUPLE OF THE YEAR" masa tahun aku belajar dulu.. ada yang kekal, ada yang dah campak ke laut tak kurang jugak yang samar-samar..

yang kekal tu, Alhamdulillah.. tak sia-sia la korang perabih duit waktu bercintan cintun dulu.. yang samar-samar tu, baik korang decide je la nak go on atau nak break off.. bukan apa, makin lama makin rugi.. makin jauh makin parah.. nanti ada yang update status sedehmelalak kat facebook pulak kan..

yang paling sadisnya kisah cinta yang tak kesampaian.. biasalah tu, tak ada jodoh.. hekhekhek tapi mesti sedih kan putus cinta ni, tambah-tambah yang dah berhabis duit ( untuk si perempuan ) tak pun yang dah berpegang-pegang bagai ( pun untuk si perempuan ) haish~ itulah, masa bercinta tak beringat.. tak per lah, mungkin si lelaki tu bukan jodoh korang, lelaki yang suka pegang-pegang anak dara orang sebelum kahwin ini lelaki yang gelojoh + tak amanah.. so, korang patut happy sebab dah clash.. so, berikan tiga sorakan... hip hip horay! hip hip horay! hip hip horay! dan yang penting jangan ulangi kesilapan yang lama.. itulah yang terbaik.. :)

setiap wanita inginkan hubungan berakhir dengan perkahwinan


nota - noti : Aku maafkan kamu.. :)

~ucapan selamat tahun baru yang dah basi~

hola~ uhuk3 ( batuk jap ) semenjak dua menjak masuk tahun baru ini, tangan aku macam kena ikat dengan batu 1000 tan, malas sungguh rasa nak menulis entry kat blog. aku log in blog, pastu baca entry orang lain, kalau lawak aku gelak, kalau entry tahap nak menayang & pujidirisendiri aku terus tutup, senang cerita.. tapi, kauworang tak rasa kelakar ke, semua benda yang dimakan+beli+dapat pun nak bercerita kat blog. ah, gasak! janji bahagia ye dak.. ( gelak sambil tutup mulut ) aku sebenarnya nak ucap selamat tahun baru 2012..ye, aku tahu ucapan aku dah basi. dah nak masuk tahun baru cina baru nak ucap, baik tak payah ye dak?? eheheheh~

permulaan tahun baru agak baik la jugak. tak de perkara yang menyedihkan aku ( setakat geram2 meluat tu adalah ). sepatutnya sekarang ini aku kena rasa takut+berdebar sebab tahun ini aku praktikum, tapi entahlah, ada banyak perkara yang serabutkan aku, so perasaan takut tu tak datang -datang lagi, flight delay kata kawan aku.

tahun baru ini aku dapat anak murid yang baru, tak ada beza dengan tahun lepas( i mean dari segi perangai , kalau muka konpem berubah ) biasalah kan budak2 suka sanagt main tambah-tambah aku ajar tahun 2, memang menguji kesabaran tapi seronok, sebab perangai diorang ini kadang-kadang buat aku gelak. perkara yang paling buat aku tak boleh lupa:

situasi : dalam kelas 2 Bestari

( aku tengah sibuk menulis kat papan putih ) TIBA-TIBA,

shahirah : Ustazah, haziq tendang kaki saya!
haziq     : saya tak sengaja la ustazah..
shahirah : haziq tipu ustazah.

( tendang kaki pun nak ngadu kan~ )

aku : haziq kenapa tendang kaki shahirah?
haziq : saya tak sengaja. ( muka takut gila )
aku : kalau budak lelaki main tendang-tendang kaki budak perempuan, maknanya lelaki tu suka perempuan       tu, awak suka dia ye?!
haziq : tak! tak suka!
aku  : okey, sambung buat kerja.
shahirah : ha~ dengar tu.. kau ni suka buat aku malu~ sambil cubit2 haziq ( oh pehlizzz! )
aku : hek eleh minah ni, malu2 pulak.. memang tak boleh blah! ( cakap dalam hati )

tapi aku memang dapat rasa yang si haziq tu tak sengaja nak tertendang kaki shahirah.. muka haziq bengang giler. dah ler tak sengaja, kena cubit-cubit manja pulak.. shahirah pulak sampai kesudah sengih jek.. oh lala~ adakah perempuan ittew perasan?? oh gosh! gosh! gosh!

 ADAKAH AKU YANG BERSALAH?


mak pesan tak boleh bercinta masa kecik-kecik

sumber gambar : klik sini



nota-noti : tak sabar nak jumpa diaworang lepas cuti tahun baru cina!

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template