permulaan tahun baru agak baik la jugak. tak de perkara yang menyedihkan aku ( setakat geram2 meluat tu adalah ). sepatutnya sekarang ini aku kena rasa takut+berdebar sebab tahun ini aku praktikum, tapi entahlah, ada banyak perkara yang serabutkan aku, so perasaan takut tu tak datang -datang lagi, flight delay kata kawan aku.
tahun baru ini aku dapat anak murid yang baru, tak ada beza dengan tahun lepas( i mean dari segi perangai , kalau muka konpem berubah ) biasalah kan budak2 suka sanagt main tambah-tambah aku ajar tahun 2, memang menguji kesabaran tapi seronok, sebab perangai diorang ini kadang-kadang buat aku gelak. perkara yang paling buat aku tak boleh lupa:
situasi : dalam kelas 2 Bestari
( aku tengah sibuk menulis kat papan putih ) TIBA-TIBA,
shahirah : Ustazah, haziq tendang kaki saya!
haziq : saya tak sengaja la ustazah..
shahirah : haziq tipu ustazah.
( tendang kaki pun nak ngadu kan~ )
aku : haziq kenapa tendang kaki shahirah?
haziq : saya tak sengaja. ( muka takut gila )
aku : kalau budak lelaki main tendang-tendang kaki budak perempuan, maknanya lelaki tu suka perempuan tu, awak suka dia ye?!
haziq : tak! tak suka!
aku : okey, sambung buat kerja.
shahirah : ha~ dengar tu.. kau ni suka buat aku malu~ sambil cubit2 haziq ( oh pehlizzz! )
aku : hek eleh minah ni, malu2 pulak.. memang tak boleh blah! ( cakap dalam hati )
tapi aku memang dapat rasa yang si haziq tu tak sengaja nak tertendang kaki shahirah.. muka haziq bengang giler. dah ler tak sengaja, kena cubit-cubit manja pulak.. shahirah pulak sampai kesudah sengih jek.. oh lala~ adakah perempuan ittew perasan?? oh gosh! gosh! gosh!
ADAKAH AKU YANG BERSALAH?
![]() |
mak pesan tak boleh bercinta masa kecik-kecik sumber gambar : klik sini |
nota-noti : tak sabar nak jumpa diaworang lepas cuti tahun baru cina!
0 budak suka berjalan balas:
Post a Comment