Monday, January 31, 2011

wahai perempuan, kenapa kamu begini??

            Perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki untuk disayangi bukan untuk dikasari.. semua orang pernah dengar pepatah ni.. and yepp,,! sebagai seorang perempuan aku setuju dengan pernyataan ini.. aku akui aku pon memerlukan lelaki untuk melindungi & membimbing aku, tapi tak bermaksud aku ni lemah.. Lemah yang aku maksudkan bukan lemah dari segi kekuatan fizikal, tetapi lemah dari segi hati.. 
            
            aku  hidup hampir menjangkau 23 tahun atau dalam erti kata lain aku masih mentah dan pengalaman aku pun belum cukup lagi untuk memahami hal-hal percintaan terutamanya hal-hal berkaitan hati.. ( jodoh pun x der lagi ) hehehe,, tapi kita semua diberikan akal fikiran untuk menilai bukan?? baru-baru ni aku ada berjumpa dengan seorang kawan lama.. disebabkan lama tidak berjumpa, banyak kisah2 yang disampaikan kepada aku.. ape yang boleh aku cakap adalah S.E.D.I.H.. sedih sebab kenapa perempuan ni senang sangat tunduk kepada perasaan.. aku bukan ANTI lelaki, dan aku juga bukan PENGKID.. jgn salah paham.. seperti yang aku cakap tadi, aku pun memerlukan lelaki untuk MEMBIMBING aku.. membimbing ke arah kebenaran bukan ke arah KEMAKSIATAN..





            "Love Bite".. aku tau korang semua mesti tau ape tu love bite atau gigitan cinta.. aku tak kisah kalau korang nak buat benda alah ni lepas kahwin, tapi tak sampai sebulan bercinta dah penuh kat keliling leher.. ape kau murah sangat ke?? tanda sayang konon.. kalau tanda sayang kiranya parents korang tak sayang korang la sebab setakat ni aku tak pernah tau pon ade parents wat love bites kat anak dorang.. mesti ada yang akan kata "alah! kecoh la lu minah, wat ringan - ringan je pun.." eh cik akak! dosa tak der ringan atau berat tau.. kalau dah dosa tu, tetap dosa..





           Belum lagi dalam isu bertudung, contoh nya macam ni, Ani seorang perempuan bertudung, ke mana - mana saja kalau dia keluar dia akan mengenakan tudung.. bagus bukan?? tapi, bila 3g dengan Ali @ pakwe dia tak pakai tudung.. memang la 3g dalam bilik tak payah pakai tudung, tapi Ali kan lelaki, aurat bukan di jaga time nak keluar je.. hmmmm banyak okey situasi macam ni kat kolej aku.. bila ditegur, terus masam muka b'bulan - bulan.. 


              Menurut PEMERHATIAN aku, kebanyakkan kawan- kawan aku yang putus cinta mesti melalui fasa-fasa ni.. 


 1. berkenalan

2. keluar sama-sama
 ( sekejap, belum pegang tangan )

3. keluar sama -sama
 ( lama, start pegang tangan )

4. keluar sama - sama 
( dari pagi sampai malam/berhari-hari, siap berpeluk)

5. si perempuan kenalkan dekat family 
( dah boleh kiss, start bermesej lucah )

6. si perempuan dah selalu menangis
( asyik bergaduh )

7. PUTUS!
( ada yang still virgin & ada yang tak )


simple kan?? sampaikan ada yang cakap virgin is not an issue anymore.. okey, terpulanglah pada individu yang menilai.. lagipun Allah menilai umatnya melalui ketaqwaannya bukan pada daranya.. tapi, selalunya perempuan jenis apa yang tak ada dara?? kita sama-sama boleh fikir.. jalan yang terbaik adalah taubat nasuha.. Allah sentiasa menerima taubat kita.. 


               
            

               Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat
 dan kasih sayangNYA.. 

Sunday, January 30, 2011

Kondom sebagai cenderahati perkahwinan Putera william / kate

Firma guna gambar William, Kate pada pek 

LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati.


Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’


Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu. 

William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey. 

Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru. 

Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’ 


“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah. 

“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan. 

“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.” 

Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan.

 – Agensi 


sumber dari BH




P/S : jangan ada orang malaysia buat macam ni sudah.. :P

♥♥♥♥♥♥♥♥




akibat bermain dengan hati,
luka sendiri tiada yang peduli,
merana sendiri,
kaku dan mati,

kerana sekeping hati,
mudahnya pergi menyerah diri,
tanpa memikir padah yang menanti,
terseksa meratap sepi,

duhai hati,
apa yang harus ditangisi?
siapa yang harus disalahi?
atau itu suratan sejak azali?

wahai hati,
mengapa mesti begini,
hakikatnya jodoh mati di tangan illahi,
hanya iman pendinding diri
kerana setiap yang hidup pasti akan pergi,
ke alam yang abadi………………




Saturday, January 29, 2011

aku kah ini??

           salam.. hye! dah lame sangat tak updated blog ni.. mula-mula sibuk mengajar, lepas tu masuk kpli.. mane la sempat nak update.. eh! cakap pasal kpli, aku orientasi dekat excel training centre, lenggeng negeri sembilan.. pernah dengar tak??? ape??!!! tak pernah??!! same la dengan aku pun, tak pernah dengar.. nak tahu sape pemiliknya??? pemiliknya ialahhhhhhhhhhhhhhhhhh,, jeng jeng jeng...!!!!!!!

                                            

yup.. dato' fazilah kamsah punya.. bukan ahmad albab yang punya okey.. pemilik sahaja, tapi bukan dia yang training kitorang.. hehehehe 

            aku berhenti kerja kat SMIAH 21 hb 1 2011, so aku just ade 2 hari untuk settlekan semua... sempat je, tapi tak perfect sangat la.. aku kena daftar 24 hb antara pukul 8 a.m hingga 10.30 a.m.. memang aku tak bersedia langsung nak daftar kpli ni.. tak tahu la mana semangat aku pergi.. hilang macam tu je.. dalam kereta, ayah dgn mak aku dok la nasihat aku, kerja kena amanah la, belajar rajin la, jgn banyak main la, hmmmm so bosan.. aku tak nak pergi la! tak suka! : MARAH:

           sampai kat sana, aku kena daftar sorang-sorang.. bagus jugak, leh aku layan perasaan sorang-sorang.. dewan musa ape entah aku pun tak ingat, kat dewan tu la aku daftar masuk.. masa aku nak berjalan masuk kedalam, ada mamat ni announce suruh tangok nama kat board, aku pun cari nama aku, okey aku jumpa nama aku dekat kuliah 1.07, lepas tanda tangan terus masuk dewan.. lama weh nak tunggu giliran aku.. lepas daftar kena test baju, pastu kena pergi online pulak.. penat gile.. tak suke2!!!!

                                                         

                                                                       chapek bangat!


           aku rehat dari pukul 1 sampai 2.15 p.m, ayah aku ajak makan dekat luar.. aku on je.. singgah makan dekat mane entah.. aku banyak diamkan diri.. aku demam.. bila aku bagitau kat mak bapak aku, dorang buat derk jek.. sakitnya ati aku.. sedih sangat.. pukul 2.30 ada taklimat kali ke-2 dengan naqib & naqibah aku.. malasnya la.. baru aku tahu, aku kena orientasi dekat lenggeng N9.. memang aku terkejut.. jauh giler tempat orientasi .. aku dah start membebel.. lepas makan, aku cari kedai photostat, nak photostat semua sijil aku lagi 6 salinan.. ni lagi satu hal, dalam laman web KPM kata nak 5 salinan je, rupanya sampai kat sana dorang nak 11 salinan.. ramai yang buat 5 je.. so, aku tak de la gelabah sangat.. hehe :)

        kitorang bertolak dari bangi nak ke N9 pukul 6 petang lebih.. giler jauh park bus.. dah la beg aku berat giler, letih aku..rasa nak campak je beg aku terus masuk dalam bas.. haih!! masuk dalam bas, aku terus tidor.. lantakla, aku malas nak cover padahal aku dok tepi budak laki... ah! semuanya dah jadi bapak orang.. hehehe~ :p 

                               

        tidur merupakan ubat yang paling berkesan untuk menghilangkan mengantuk.. hehehehe :)


       sedap-sedap tidur, tetiba dengar bunyi kecoh.. aku pon terus terbangun.. rupanya bas yang kitorang naik tak boleh masuk ke dalam sebab depan simpang tu ada titi, yang lepas hanya kereta SAHAJA.. kenapa lah diorang tak study dulu jalan nak pergi sana? kan dah susah.. jam aku dah menunjukkan pukul 7.48 p.m, tak maghrib lagi ni.. kena berhenti kat tepi jalan dulu.. mula-mula dengar cerita kena jalan kaki masuk dalam sana.. woih! gila la.. 5km tu.. aku dah sumpah seranah, berbakul-bakul aku sumpah.. akhirnya dorang lalu jalan lain, lalu jalan dekat pasar malam. thanks to apek-apek & ah so-ah so kerana bagi laluan dekat kitorang.. siap lambai - lambai lagi woooohhh~

         masuk je kat excel training tu, perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ialah "WOW!!".. memang cantik sangat.. tenang je.. sebab atas bukit kan.. masa tu bermula lah orientasi aku.. haih!! aku pelik sangat kenapa fasilitators semua panggil kitorang abang & kakak, muda sangat ke diorang ni, erm.. memang pon, masing-masing umur 20 - 22 tahun.. muda la tuh.. umur aku pun dah 23.. hehehhe! 

       sebab muda kot diorang punya pengurusan kelam kabut sikit, but still fun lagi. aku memang tumpu kat unit protokol je sebab tu bidang aku masa kat kolej dulu.. banyak perlukan penambahbaikkan.. sampai susunan kerusi pun salah lagi, mungkin letih sangat kot. tu yang terlepas pandang.. tak kisah la pasal protokol tu, yang aku kisahkan pasal si atikah tu.. oh ye, atikah tu timbalan pengarah program MPPB ni.. hmm.. dia kena belajar cara komunikasi yang baik.. kesian kat dia, ramai ahkak - ahkak tak sukakan dia termasuk aku.. sori ye tikah.. tapi banyak - banyak kes aku paling bengang dengan kes azman conteng fail aku.. jarak aku dengan fail 3 langkah je pon, dia boleh pi conteng.. ayat nye " lain kali jaga fail ye ".. Ya Allah, bengang gile je aku.. aku bukan marah sebab dia conteng, tapi aku marah sebab aku tak buat kesalahan tu.. tu je! 

        hari jumaat hari yang paling aku tunggu sebab boleh balik rumah.. bila aku sampai kat rumah, aku fikir - fikir balik aku macam budak - budak pun ada.. baru sikit rintangan aku dah marah -marah, sumpah seranah.. aku kah ini? macam mana aku nak didik anak murid aku nanti?? hmmmm aku kena berubah! ya, aku mesti berubah!! 

glasses??? erk...

        kejap-kejap aku gosok-gosok mata, sekejap aku besarkan mata, sekejap aku kecikkan.. memang tak nampak tulisan dekat depan.. arkh!! stress.. disebabkan aku tak nampak tulisan kat depan, so aku pon mengambil pendekatan yang mudah iaitu tidur.. tu lah rutin aku time taklimat KPLI.. mata aku celik time taklimat elaun, penempatan & surat penjanjian.. hehehehe ( nak jadi cikgu pon still teruk lagi!)



aku bukan buta ye.. hanya rabun..



        lepas penat kena kerja dgn budak-budak tak cukup umur time orientasi, akhirnya kitorang dapat cuti seminggu.. hehehehe syok sangat-sangat!! sampai kat rawang, aku telefon suruh ayah aku datang ambil, pastu aku minta ayah aku singgah kedai spek mata.. ayah aku teperanjat. " kau rabun ke?" muka ayah aku berkerut. "ha'ah, time taklimat tak nampak depan".. kitorang pun singgah kat kedai vision clear optical.. dah siap semua, cina tu cakap bila dah siap dia call.. 


         pagi tadi tengah aku syok menyembang, tetiba ade call masuk.. rupanya cina kedai spek tu cakap spek aku dah siap.. kebetulan mak aku nak keluar aku pun kirim kat dia suruh pergi ambil.. berdebar-debar tunggu mak aku balik.. 



ni la ghupe spek aku ye.. usah kau tanya mengapa spek aku warna kuning ( cakap ala- ala gaya cerita p.ramlee ) alhamdulillah, nikmat pandangan aku kembali pulih.. kalau tak, jenuh nak kecikkan mata.. hehehehe 


moral of the story : JAGALAH MATA ANDA SEBELUM BENDA LAIN ( SPEK MATA ) YANG MENJAGANYA.. HEHEHE makan banyak sayur ( bak kata abang aku )


        

Tuesday, January 18, 2011

Aku dapat KPLI??? O-emji!!! alhamdulillah.. :)

      Seharian sibuk kat sekolah, memang aku tak sempat nak check sendiri result kpli aku.. mana tak nye, pagi dah full masuk kelas, ptg pulak meeting sampai pukul 5.30 petang.. lagi pun aku harap sgt aku tak dapat sebab aku dah mula sayang kat sekolah yang aku mengajar sekarang ni.. tapi Allah sebaik- baik pengatur.. lepas aku habis meeting, aku cepat-cepat balik bilik sebab aku tak solat asar lagi.. lepas solat, aku ingat nak telefon mak aku suruh checkkan kpli aku, aku pun onn HP ( biasala kan pekerja contoh, mesti off hp time meeting) hahahahaha!! dah onn hp, aku pergi dapur ambil air, tak sempat nak sampai dapur, menderu-deru mesej masuk dalam hp aku, SAMPAI HANG tau tak! aku dapat 49 mesej.. series, memang pelik.. tiba-tiba je kawan aku call.. rupa-rupanya kawan aku tu dah tolong checkkan.. patutla ramai yang dok ucap tahniah kat aku.. huhuhu tak pepasal aku ada personal assistant.. thakz soleha.. love u.. :)

      Memang tak dinafikan aku sedih sangat-sangat.. sedih sebab nak tinggalkan sekolah ni, aku baru dapat kawan-kawan yang sporting, anak murid yang baik.. hmmmmm tapi aku redha dan aku bersyukur sgt2 sebab Allah pilih aku dapat KPli ni.. Syukran Ya Allah.. Syukran.. 24 januari ni aku dah daftar masuk maktab.. aku kursus selama 18 bulan.. harap2 aku sukses kat sana.. doakan aku yer.. & to my ehem3,, i still waiting 4 u eventhough kau tak tau yang aku tunggu kau.. babai.. :)



Saturday, January 15, 2011

i'm in love?? memang tak la okey...

            salam.. hye guys.. baru dua minggu persekolahan aku rasa macam nak gila.. ye lah.. dah la jadik warden, so balik 2 minggu sekali.. huh! bosan sungguh... perkhidmatan memang bagus, jadik warden tak payah masak, baju pun hantar dobi sekolah (bukan malas ok) hehehehe, sekolah pun sekangkang kera, tapi aku rasa macam tak ade life.. aku dah tak leh nak lepak2 macam dulu.. soooo bosan..


           sebenarnya aku nak cerita pasal keadaan kat tempat kerja aku.. skarang ni memang tengah kencang la cikgu - cikgu lain dok gosip-gosip aku dgn sorang cikgu laki ni.. bukan cikgu je, dgn pengetua pon dok tumpang dua belah kaki.. mentang2 la aku dgn dia je yg single, mcm-mcm dorang ejek aku.. paling tak tahan kalau kitorang terpakai, ulang lagi sekali yer, TERpakai baju yg sama warna.. hek ela, aku ingat time blaja je camni, tak sangka time kerja pon ade lg.. haihh.. letih aku.. tak boleh aku nak gerak sikit, mesti ada je gosipnyer.. 


          memang ramai yg kata, 'ala,, gosip je pon'.. memang la gosip, tp perkara-perkara mcm ni la yang buat ketidak-harmoni antara aku dgn dia.. aku tak reti nak pakai 'aku - kau' dgn dia.. sama la dgn dia pon.. dgn org lain dia boleh 'aku-kau', dgn aku dia bahasa 'awak-saya'.. kira orait lg la, aku pulak bahasakan 'ustaz-saya'.. ikut hati nak pakai 'ana-enta' jek.. hehehehe


         so, kat sini aku boleh rumuskan, gosip itu tidak bagus, sebab banyak mendatangkan keburukan.. sekian, terima kasih..

Friday, January 14, 2011

KPLI - sr ambilan januari 2011 akan keluar 17 hb ni.. BIAR BETUL???!

            salam semua.. lama betul aku tak merepek-repek kat blog aku nih.. haihhh! bizi bebenor aku ni.. okey, straight to the point, tadi kak iza merangkap GPK 1 sekolah aku yang sengal tak hengat, mesej aku bagitau yang keputusan KPLI - sr ambilan januari 2011 akan keluar 17 hb ni..  ye.. keluar 17 januari 2011 & akan daftar masuk maktab 24 januari 2011.. tetiba aku rasa berbelah bahagi.. ye lah kan, aku dah seronok kerja kat sekolah, tetiba nak kena keluar.. hmmm.. tapi mak ayah aku harap sangat aku dapat KPLI ni.. hurm... entahla.. ape-ape hal pun kena tunggu hari isnin.. anyway, thanks kak iza coz sanggup berdebar untuk saya.. hehehehe berdebarnya... oh ye,, korang boleh anggap ni khabar angin jek.. jangan harap sangat keluar 17 ni, aku pun dengar cakap orang jek.. tapi, kalau check pun tak ada masalah kan.. okey.. Good luck guys.. :) pray for me aite!

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template