Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Warkah berlagu cinta..

Warkahku buatmu...
hola u ols.. dah lama aku tak tulis apa2 kat sini.. al maklumlah bizi sangat menulis kat whiteboard sampai marker asyik kena refill dakwatnya.. hahahha~ tetibe je citer pasal marker.. macamlah semua orang nak dengar cerita whiteboard-marker-kau-yang-ntah-hape2 tu kan.. ahaks...

eksyeli, aku nak kongsi 1 warkah berlagu cinta yang akhirnya menjadi warkah berlagu pilu selepas dirampas oleh aku.. kejam tak aku?? kejam kan?? kejam kan?? hahahahaha~

nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tak taw pun pasal surat ni, tapi aku perasan ada 2-3 gegirls keliling si penerima surat ni.. aku pun  dengan condifentnye melaung suruh gegirls tersebut duduk tempat masing2.. tetibe ade sorang boboy mengadu kat aku..

" Ustazah, Amelin bagi surat kat Syed Haziq." ( kecik2 pun dah memilih tau.. nak keturunan syed je.. hehehe)


 (  tak syak lagi boboy ni dengki sebab bukan dia yang dapat surat tersebut.. hahaha~  )

tanpa melengahkan masa, aku terus panggil penerima surat tu supaya bagi aku surat terbabit.. kehkeh~ (giler skema ayat gua!) budak laki tu punyerlah terketar2 bagi surat tu kat aku..  takut sangat,, jiwa raga tak kental sungguh.. hermmm... sweet sungguh ayat si gegirl, muka pun boleh tahan, TETAPI peraturan tetap peraturan, dengan lemah lembabnya aku panggil gegirl, yang ajaibnya si gegirl sungguh rileks berbanding si boboy tadi. dapatlah aku simpulkan disini perempuan zaman sekarang sangat steady bila berhadapan dengan situasi yang tegang..

berbalik kepada cerita tadi,

si gegirl datang kat aku.. aku pun nasihatkan dia, ye lah kan, apa yang budak2 alami bukanlah perasaan cinta tetapi lebih kepada perasaan suka yang ekstrem.. ye lah, dekat rumah asyik mengadap mak ayah n adik bradik, bila dah jumpa seseorang yang baru, perasaan suka yang timbul disalah tafsirkan. situasinya macam ni, seumur hidup korang, korang hanya ada kancil je, satu hari ni korang gi bandar & ada kereta Kelisa kat situ,, of kos korang tergoda kan???? lebih kurang sama la dengan si gegirl tadi..

Si gegirl asyik tunduk je bila aku nasihatkan dia.. kesian pulak aku tengok. nak tau aku cakap apa kat dia?

aku: siapa bagi awak duit belanja?


dia : Mak.


aku: basuh baju awak?


dia : Mak.


aku : kalau macam tu, awak tak boleh nak bercinta lagi sebab sekarang ni semua mak awak yang buat, awak boleh bercinta bila awak dah ada duit sendiri, basuh baju sendiri, ada kerja sendiri.. boleh?


dia : boleh..( sambil matanya penuh sinar pengharapan..)



p/s : aku tak pernah pun dapat surat cinta.. uhukkhgukkhkkk... T~T








Monday, February 20, 2012

~HapPy BesDaY to..................... YOU!~

9 tahun = murid tahun 3.

seorang murid tahun 3 dah pandai buat ayat untuk subjek BM, pandai darab & bahagi untuk matematik, yang paling tinggi pandai BERCINTA.. hebat kan??

tapi apa yang ada untuk perhubungan yang menjangkaui 9 tahun?

* kenangan pahit
* kenangan manis
* kawan tikam kawan
* kawan makan kawan
* kawan mulut puaka
* kau belanja aku
* aku belanja kau
* kau hepi, aku hepi
* kau menangis, aku menangis
* kau ditikam, aku menyerang

DAN BANYAK LAGI......

banyak yang telah terjadi dalam tempoh 9 tahun usia persahabatan kami. bermula dengan saling tidak suka antara aku & kau, tak sangka boleh jadi rapat macam ini..

Syukurlah aku kenal kau sebagai sahabat, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak mengenali kau, mungkin apa yang aku kecapi hari ini tak akan wujud. ( aku masuk kuis pun sebab ada kau bukan? ) sebab ijazah dari kuis aku boleh dapat kerja yang aku impikan. 


Aku tahu kau ingatkan aku tentang 15 februari.. bukan aku tak ingat, tapi aku rasa berat nak ucapkan sebab semakin bertambah usia kita, semakin jauh langkah antara kita. kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku. sedih bukan??


tapi apakan daya, kau tetap semakin tua, aku pula sebaliknya.. huhuhu

apa-apa hal pun, Selamat Hari Tua untuk kau CIK ISNAINI BT KASSIM.. semoga apa yang kau impikan akan tercapai dan diri kau akan sentiasa dibawah rahmat Allah..


gambar dekat mines eh? aku pun dah lupa..penat giler time nih!




notanoti : Is, 2 bulan aku akan panggil kau kakak sebab umur kau dah 24 tahun sekarang, aku baru 23 tahun 10 bulan. so, kakak! bila free?? jom kuar!!

Friday, February 17, 2012

bila mood meroyan memasak mula merasuk..

harini aku masak okey, maklumlah hari jumaat sekolah mula 2.20 haruslah mood meroyan masak merasuk diri aku.. huhuhu ni bukan pengaruh tengok santau merasuk okeh.. berselera tak tengok aku punya masakan?? harini aku masak asam pedas ayam & kacang panjang goreng.. waduh,, enak bangat deh! ada pulak sirap selasih selayang pandang.. ( nama main hentam jek) apa?? tak pernah dengar asam pedas ayam?? ishk33.. kesian.. aku pun baru tahu 2 hari lepas, sebab tu la cuba ni.. memang terbaik.. tak sia-sia cuba.. thanks to my fren muna ahmad @ tautan hati sebab perkenalkan aku resipi ini,, & special thanks to Cik Mat Gebu atas resipi  ni.. eh, nak tau tak, cik mat ni sangat22222 bagus dlm memasak, untuk sesiapa yang nak kahwin ke, yang dah kahwin ke tapi tak berapa pandai sangat nak memasak tapi nak belajar masak, ambil je resepi kat blog cik mat ni, konpem menjadi punya.. 

siapa yang nak resipi ni boleh ambil disini.. Selamat mencuba! 


notanoti : ramai yang puji sedap.. hikhikhik!

Friday, January 20, 2012

kau lah segalanya bagiku.. ( versi hampeh )

hola again. ( wah, kemain lagi kau, kalau  mood rajin dah sampai, beribu-ribu entry kau karang ) eheheh~ semenjak setahun aku tinggalkan kolej, banyak gosip modip yang aku dengar. ada yang best, ada yang kurang best & ada yang tak best langsung. tapi majoriti gosip yang aku dengar semuanya pasal "COUPLE OF THE YEAR" masa tahun aku belajar dulu.. ada yang kekal, ada yang dah campak ke laut tak kurang jugak yang samar-samar..

yang kekal tu, Alhamdulillah.. tak sia-sia la korang perabih duit waktu bercintan cintun dulu.. yang samar-samar tu, baik korang decide je la nak go on atau nak break off.. bukan apa, makin lama makin rugi.. makin jauh makin parah.. nanti ada yang update status sedehmelalak kat facebook pulak kan..

yang paling sadisnya kisah cinta yang tak kesampaian.. biasalah tu, tak ada jodoh.. hekhekhek tapi mesti sedih kan putus cinta ni, tambah-tambah yang dah berhabis duit ( untuk si perempuan ) tak pun yang dah berpegang-pegang bagai ( pun untuk si perempuan ) haish~ itulah, masa bercinta tak beringat.. tak per lah, mungkin si lelaki tu bukan jodoh korang, lelaki yang suka pegang-pegang anak dara orang sebelum kahwin ini lelaki yang gelojoh + tak amanah.. so, korang patut happy sebab dah clash.. so, berikan tiga sorakan... hip hip horay! hip hip horay! hip hip horay! dan yang penting jangan ulangi kesilapan yang lama.. itulah yang terbaik.. :)

setiap wanita inginkan hubungan berakhir dengan perkahwinan


nota - noti : Aku maafkan kamu.. :)

~ucapan selamat tahun baru yang dah basi~

hola~ uhuk3 ( batuk jap ) semenjak dua menjak masuk tahun baru ini, tangan aku macam kena ikat dengan batu 1000 tan, malas sungguh rasa nak menulis entry kat blog. aku log in blog, pastu baca entry orang lain, kalau lawak aku gelak, kalau entry tahap nak menayang & pujidirisendiri aku terus tutup, senang cerita.. tapi, kauworang tak rasa kelakar ke, semua benda yang dimakan+beli+dapat pun nak bercerita kat blog. ah, gasak! janji bahagia ye dak.. ( gelak sambil tutup mulut ) aku sebenarnya nak ucap selamat tahun baru 2012..ye, aku tahu ucapan aku dah basi. dah nak masuk tahun baru cina baru nak ucap, baik tak payah ye dak?? eheheheh~

permulaan tahun baru agak baik la jugak. tak de perkara yang menyedihkan aku ( setakat geram2 meluat tu adalah ). sepatutnya sekarang ini aku kena rasa takut+berdebar sebab tahun ini aku praktikum, tapi entahlah, ada banyak perkara yang serabutkan aku, so perasaan takut tu tak datang -datang lagi, flight delay kata kawan aku.

tahun baru ini aku dapat anak murid yang baru, tak ada beza dengan tahun lepas( i mean dari segi perangai , kalau muka konpem berubah ) biasalah kan budak2 suka sanagt main tambah-tambah aku ajar tahun 2, memang menguji kesabaran tapi seronok, sebab perangai diorang ini kadang-kadang buat aku gelak. perkara yang paling buat aku tak boleh lupa:

situasi : dalam kelas 2 Bestari

( aku tengah sibuk menulis kat papan putih ) TIBA-TIBA,

shahirah : Ustazah, haziq tendang kaki saya!
haziq     : saya tak sengaja la ustazah..
shahirah : haziq tipu ustazah.

( tendang kaki pun nak ngadu kan~ )

aku : haziq kenapa tendang kaki shahirah?
haziq : saya tak sengaja. ( muka takut gila )
aku : kalau budak lelaki main tendang-tendang kaki budak perempuan, maknanya lelaki tu suka perempuan       tu, awak suka dia ye?!
haziq : tak! tak suka!
aku  : okey, sambung buat kerja.
shahirah : ha~ dengar tu.. kau ni suka buat aku malu~ sambil cubit2 haziq ( oh pehlizzz! )
aku : hek eleh minah ni, malu2 pulak.. memang tak boleh blah! ( cakap dalam hati )

tapi aku memang dapat rasa yang si haziq tu tak sengaja nak tertendang kaki shahirah.. muka haziq bengang giler. dah ler tak sengaja, kena cubit-cubit manja pulak.. shahirah pulak sampai kesudah sengih jek.. oh lala~ adakah perempuan ittew perasan?? oh gosh! gosh! gosh!

 ADAKAH AKU YANG BERSALAH?


mak pesan tak boleh bercinta masa kecik-kecik

sumber gambar : klik sini



nota-noti : tak sabar nak jumpa diaworang lepas cuti tahun baru cina!

Sunday, November 20, 2011

siapakah ini????

~sila klik untuk membesar seperti jaguh~

cer teka, cer teka siapakah budak di dalam bulatan ini :

A. Misha omar kecik-kecik
B. Wan Maimunah kecik-kecik
C. Bukan semua diatas

jawapannya ialah A>K>U.. hehehehe muka aku ni selalu konpius.. first time aku nampak gambar ni, aku gelak gila2.. kelakar kot.. dah puas gelak baru aku terfikir, nampak sangat muka aku tak cantik. hahahaha~
tapi serius aku tak ingat langsung nama diorang semua ni.. muka je lah aku ingat-ingat lupa.. budak laki hujung pakai songkok tu aku ingat la sebab dulu aku penah syok kat dia.. yang lain jangan tiru tabiat luar habitat ni yer.. dosye.. hik3.. zaman kecik kecik dulu memang kelakar.. hmmmm kalau lah boleh putar semula, perkara pertama yang aku akan buat kawal pemakanan aku, dari kecik makan tak banyak konpem selim melim aku.. agak-agak kalau aku jumpa diorang ni, diorang ingat aku lagi ke tak?? tak kisah la kalau tak ingat.. tQ korang sebab hadir dalam hidup aku & buat jalan cerita kehidupan aku berwarna warni.. miss korang semua.. 

Monday, October 3, 2011

mulut oh mulut...



"aku ade mulut, sukati makbapakmoyang aku ah!"

"hamboi mulut.... penampo lima das mao?"

"tu dia cakap, seghupa mulut ade insuran je kan?"

"kerana mulut badan binasa" ( nada ceghita p.ramlee )

" mulutku mulutmu jua " ( hokey, tak lawak )


kita semua dah lali kan dengan kata-kata atas ni?? tak kita yang sebut, orang lain yang sebut kat kita.. mulut itulah, mulut inilah, mulut mulut mulut.. haih~ meluat aku dibuatnya.. kalu sebut pasal mulut, secara otomatiknya dgn pusingan kepala 360 darjah semua akan tumpu kepada kaum HAWA.. kalau boleh sampai teleng kepala punya nak tunjuk yang kaum HAWA ni sinonim dengan perkataan M.U.L.U.T... tapi, kenapa mesti HAWA?? adakah kerana mulut kaum HAWA lebih molek dan mugil?? mulut yang sentiasa pakai lipstick tebal limaploh inci?? atau mulut yang tak hisap rokok?? (hello~ pompuan skarang pon da hade hisap rokok hape..  ) okeh, kita tolak andaian yang ke-3.. mungkin hanya kaum HAWA je yang hade mulut??

bibir mak jemah..



mesti semua konpius nak pilih jawapan yang mane kan??? pada pendapat aku, mungkin sebab perempuan ni suka bercakap, yelah kan, jumpa kat pasa bercakap, jmpe kat kdai menyembang, hatta jumpa kat pesbuk pon jadi keje, padahal duduk serumah.. haaa.. jangan tak ngaku plak.. ( aku pun gitu jugak ) hehehe~ dah menyembang, takkan nak cerita pasal rukun iman & rukun islam kan, mestilah cerita yang "HOT".. ape barang cerita pasal perkara fakta, kalau boleh biar tambah perasa sesenduk dua.. baru UMPH!! selipar jamban jiran sebelah cantik pon leh jadik cerita sampai pat lima jam menyembang.. mula-mula cerita pasal selipar jamban cantik, lama-lama masuk plak cerita sampai kedalam hal kelambu dia... biaselah tu, ye dak?? tapi kalau kat akhirat kena la balasan luar biasa...

belum lagi cerita pasal LASER meLASER ni.. ( ini aku.. aku mengaku ) dulu aku memang suka laser orang.. bukan laser macam mata superman tu, tapi cakap main lepas je nak hentam orang.. sampai 1 hari ni, aku jumpa dengan sorang ni.. dia memang raja laser.. ( da name pon raja kan, so paham2 je la..) sekali dia lasernya aku, sakit hati bukan kemain lagi.. rasa macam nak tumbuk sambal belacan kuat-kuat je time tu.. tapi sebabkan dia, aku tersedar.. baru aku tau sakitnya hati kalau kena laser kan.. so, aku mula la nak berubah.. mula-mula susah sangat, mulut ni gatal je nak cakap banda yang sakitkan hati orang, sampai aku tampar mulut aku.. tampar slow2 jek.. sakit wooo... lama-lama dah okei.. Alhamdulillah..

mesti ada yang kata aku ni tak syukur jadik pompuan, siap nak kutuk-kutuk segala bagai.. haih~ aku bukan kutuk la, aku cerita realiti sebenar.. aku bukan kerja kat Meloda @ urtt, mahu pun majalah pelam.. aku ni kerja biasa yang mengharapkan pahala luar biasa.. ( ceh,, poyo je aku.. ) siapa yang hentam aku, mesti dorang pon tergolong dalam golongan macam ni.. aku mengaku, seronok dengar cerita pasal hal orang ni, seronoknye serupa macam makan cekedis, dah habis pergi beli lagi.. tapi kena beringat la.. hari ni orang ni cerita pasal orang tu, tak tahu lagi hari-hari esok, entah-entah orang ni cerita pasal ko pulak.. masa tu baru la nak menyesal bagai..

bukan perempuan je yang suka buat benda macam ni.. LELAKI pun ada.. tapi cara diorang lain sikit la.. tak der lah sangat keterbukaan macam orang perempuan.. senyap-senyap je... jangan nak sengih lebar sangat ye kaum lelaki.. macam mane aku tau?? ( well, kalau dah kawan laki lagi ramai daripada kawan perempuan memang cenggini ye dak?? )

so, kesimpulannya, majulah mulut untuk negara??? bukan,,, bukan tu yang aku nak cakap, gunakanlah sesuatu setimpal dengan apa yang perlu.. tak payahlah nak over sangat.. dunia ni pon dah tua.. sama-sama kita beringat.. :) jangan sampai nikmat itu ditarik semula oleh yang Maha Pencipta..

Sunday, September 25, 2011

~Hangus terbakar~ (nada lagu ziana zain please!)

 okey, aku mulakan entry aku dengan sad face ni dulu.... 5 SAAT KEMUDIAN.... hyee u ols!!! okey, kita dah sedih2 tadi kan, sekarang ni aku nak cerita sebab ape aku sedih..

sabtu lepas, sekolah aku ada buat sukan tahunan sekolah.. mesti ade yang akan cakap "hek eleeeeeeey minah ni, sukan sekolah pon nak sedih! Phuii!!" eh, sabar ye tuan2 & puan2 sekalian alam.. Phuii tu jauh cikit, kang kena muka aku, ada gak mulut yang makan kasut terompah size limablas karang.. baca dulu cerita aku......................


**************************************************************************************************************************

     sabtu lepas, sekolah aku adakan acara sukan tahunan sekolah.. tapi tak ramai pon murid yang datang.. hanya yang masuk acara aritu je yang datang.. tapi bagus jugak, tak delah cikgu-cikgu yang berdedikasi macam aku ni nak kena jaga korang-korang sume ye dak.. hehehe~

     acara first yang berlangsung mestilah acara perbarisan kan.. rumah sukan ada 5, tapi perbarisan ada 6 kumpulan.. haaaaaa.. mesti pelik kan?? bagi aku tak pelik pon sebab aku dah tau.. hehe~ sekolah aku  berkongsi dengan PPKI.. PPKI tu ape?? sekolah untuk kanak-kanak khas, yang ada masalah pendengaran, percakapan & lain-lain lagi.. bila aku tengok budak-budak ni, ati aku sedih beb.. tambah-tambah masa acara sukan diorang.. meleleh di jiwa... semoga Allah kuatkan iman & tetapkan kesabaran dalam hati cikgu-cikgu diorang.. bukan senang nak mendidiknya..


~perbarisan daripada PPKI~

comei kan depa?? diorang ade maskot tau.. maskot memerang.. memerang kan tahan lasak.. comei33!! perbarisan comel, sukan pon dorang hebat tau.. 


memang pro.. 


rabbani sgt berhati-hati.. juara nih!


nampak mcm budak2 lain kan??


depa pon nak peace gak.. :)

lepas habis acara PPKI, acara rumah sukan pun bermula.. acara larian semuanya.. aku jadik penjaga masa ( walaupun masa aku selalu tak terjaga ).. panas terik wooo! dari pagi sampai pukul 1 aku berjemur tengah panas.. dah ler kulit muka aku terbakar masa saringan bulan 3 tu tak hilang lagi, dah tambah pulak terbakar kat tengah padang ni. hadoi~( 3 bulan pakai garnier baru nak cerah sikit) muka aku memang pedih.. mata dah jadik ijau.. nampak semua orang kecik besar, kecik besar jek.. sampai je umah, aku mandi + solat terus aku tidur sampai malam.. bangun malam tu, badan aku panas.. owh~ aku demam.. memang tak berdaya saing sungguh aku ni.. kulit muka pulak, tak payah nak cakap ape la.. macam taik cicak.. nasib la aku bertudung.. Alhamdulillah la kan.. okey jom layan gambar.. ( sambil dengar lagu HANGUS TERBAKAR by Ziana Zain -ape name song ni?? )

perbarisan rumah panglima..



comei betei kome.. 


izatul.. laju betul.. 


panglima juara!!!


perbarisan semua rumah termasuk PPKI


aih~ bolatnye mate teman.. nampak sangat teman rumah oren.. 


keputusan sukan tahunan : JUARA     : Panglima @Oren
                                       : N.JUARA : Laksamana @ Merah
                                       : NO 3         : Bendahara @ Kuning
                                       :NO 4          : Syahbandar @ Biru
                                       :NO 5          : Temenggung @ Hijau

ape ape pun, sukan ni memang best, walaupun ada la insiden yang berlaku.. hahaha biaselah kan, aku ni cepat sentap.. 

okey lah, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..






Permohonan Online KPLI j-QAF ambilan JAN 2012

   hye~ arini aku rasa sangat bersemangat.. ye lah, arini dah start permohonan untuk j-QAF 2012.. seronok3.. yang lagi seronok hanya dibuka untuk KPLI j-qaf sahaja (pendidikan islam, bahasa arab dan pendidikan khas) harap-harap adalah yang akan dihantar kat sekolah aku.. barulah ada kawan.. hehehehe okey, to all yang nak mohon, jangan lupa beli nombor pin BSN ye.. all da best ok!

Monday, September 5, 2011

Tak Ada Seorang Sejak Azali Bodoh : ~T.A.S.S.A.B~


Tak ada Seorang Sejak Azali Bodoh : ~TASSAB~ apa??  bunyik ada lebih kurang TERFAKTAB?? kemon la,, jauh bebenor bunyiknye.. ok, tutup kes.. sebab apa entry kali ni ayat macam khuwanghaja ( nada mak jemah ok )?? sebab pagi tadi aku terserempak dengan kawan lama.. yup, lama sangat.. kitorang kenal since aku sekolah rendah lagi..
tapi tak lah lama macam aku kenal muna,
(pengantin perempuan) sejak tadika lagi tau..

macam ni ceritanya :

dia  : untungla kau, keje bagus.. aku ni, harap duit laki aku ja.
aku : kau ni, bukan ke dah memang laki kau.. mesti la bagi nafkah..
dia : tak cukup umi, tambah-tambah anak aku ni tahun depan dah tadika.. banyak duit nak kena pakai..
aku : eh, anak kau tahun ni 3 tahun kan? tadika apenye?? kalau tak mampu jangan paksa la.. tadika umur 5  tahun pun okey dah.. 
dia  : aku tak nak dia bodoh macam aku.. biarlah dia tadika lama sikit..
aku : aku dulu tadika 4 bulan je, aku berhenti sebab ayah aku pindah tempat keje..  lagipun tahun 1 nanti dia akan diajar dari basic la.. jangan risau..
dia  : kau memang pandai.. masa sekolah dulu nama kau selalu tercalon top 15.. 
aku : tu sekolah rendah, sekolah menengah kau tak tahu.. semua hancur..
dia  : aku ni memang bodoh.. janganlah anak aku waris sifat aku ni..
aku : (sambil angkat anak dia) ape lah mak kakak merepek kan?? tak pernah pun acik umi dengar bodoh tu penyakit keturunan.. mak kakak ni pikir sangat.. sampai merepek bukan-bukan.. kan kakak kan?? ( kesian budak tu, terkebil-kebil tak paham sepatah haram pun yang aku cakap )
dia  : kau tak faham umi..
aku : dah lah.. jangan nak merepek kat sini.. Allah tu sebaik-baik perancang tahu.. kalau kau asyik mengeluh macam ni, serupa kau tak bersyukur pulak.. Allah kan Maha Adil.. setiap hambaNYA DIA bagi kelebihan masing-masing..  mesti ada agenda lain yang DIA aturkan untuk kau.. banyakkan berdoa ok?? Lagipun tak ada seorang sejak azali bodoh.. kalau ada, mesti kita takkan maju sampai macam ni sekali.....

-perbualan yang lain terpaksa dipotong-

*********************************************************

aku selalu gunakan TASSAB ni kat anak murid aku.. aku tak nak diorang set kat minda diorang " hanya murid kelas hadapan je boleh berjaya".. eh, tetiba nak upload gambar dalam kelas pemulihan jawi.. hehehe~


haruslah ada muka aku kan~


ni ketua kelas pemulihan ni.. asyraf, senyum sikit!


wif da gegurlz pulak.. eh! asal diorang peace aku tak peace pun??


dengan geng lelaki yang sopan santun.. 


dengan geng lelaki yang kurang sopan + kurang malu.. hadoi~ 

okey.. sampai sini jek coretan aku.. jangan lupa TASSAB tau.. semua ada kelebihan masing-masing.. yang Penting DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL= BERJAYA!!!!!!!!!!!







Sunday, September 4, 2011

aku pon nak eksyen jugak~

hola~ kekekeke.. ( gelak memberangsangkan ) semenjak lepas-lepas raya ni, den tengok ramai yang dah upload gamba rayo.. huiii~ bukan men terujo laie den nengok.. ado yang macam boria, satu family warna samo yo, ado macam polangi potang, macam-macam ado.. [contoh ei family den la..] macam-macam kaler ado.. dah macam smarties dah den nengok.. naik monyampah pon ado gak.. raso macam nak penampar diri sendiri pon ado.. kekekekeke~

macam yg den bagitau seblom ni, rayo taon ni tak ado la meriah mano.. yo la kan, big boss sakit, anak buah mati kutu la.. tapi rondang, pulut dengan kuah kacang wajib ado.. yo la, tak kan nak makan biskut meri cicah air tea kot pagi-pagi rayo ni, kang orang lain nangis kat kubur, den nangis kat meja makan.. apo pon tak buleh!!

den celik mato pagi rayo tu, dado den sobak len macam.. mak den kan sakit, feel rayo memang tak ado.. adik den lagi la, beli baju harga beratus, akhirnya terperuk dalam almari yo.... tak poie mano pon.. dok la men game 24 jam.. den tengok pon raso janggal la...

walaupun tak kua poie mano, tapi tradisi bermaaf-maafan tak boleh tinggal.. dah macam jadi agenda wajib lepas semayang rayo.. maso tu mula la perasaan insaf datang tak semena-mena.. monangis macam MU kalah men bola.. sampai keluar hingus la baru nak berhenti.. tapi tu sokojap yo, tak sampai duo jam, den buek laie.. apo ado hal, setaun raya dua kali, rayo haji mintak maaf laie.. huhuhuhu~ ( den sorang yo mintak maap time rayo aji )

omak den walopon sakit, still lagi sporting nak tangkap gambar.. memang omak den ni berjiwo artis.. ini la gambar family den.. kitorang 7 beranak yo.. den yang nombor duo, tapi anak perempuan yang paling tuo..


humangaih~ somangat kan?? 

itu ajo lah cerita untuk kali ini.. dikesempatan ini jugak, den nak ucap Solamat Hari Rayo kek korang semuo.. den ni manusio yo, banyak buat salah dan silap.. maap zahir batin yo.. doakan family den solamat-solamat yo.. doakan den copek kurus pon okey jugak.. hihihi~ bye... :)

Sunday, August 14, 2011

sempat ke kalau dah kahwin??

'Bee messanged you'

Bee
-beb, aku dah jumpe prince charming aku,
mula-mula aku tak yakin, tapi dah selalu dating 
dengan dia, aku rasa kitorang ni ade chemistry la..


~i want my prince charming too~ [link]



Me
- ye ke.. baguslah.. nanti leh la blanje aku..

Bee
- asal nak kene belanja ko plak?
beb, aku rasa dia ni lah mr.perfect aku.
selalu nasihatkan aku, kejutkan aku sahur,
ajak aku pergi terawih.. syahdu kan??

Me
-ape tak senonoh ko ni,
ade ke plak dia yang kejut ko.. hehe
dah tu, ko pergi tak terawih dengan dia?

Bee
- tak pun.. tak manis lah pergi terawih berdua..

Me
-owh.. ko dating dengan dia ramai-ramai ke beb??

Bee
-hehehehe ko ni selalu nak perangkap aku kan..
kitorang cadang nak kenal hati budi dulu 2 tahun, 
lepas tu baru fikir nak bertunang dan kahwin..
doakan aku tau..

Me
-ok.. nanti dah conform kahwin, jgn lupa bagitau aku.

Bee
-ko pun carik-carikla jodoh.. kesian aku tengok ko sorang-sorang..
okey la.. aku nak off fb ni.. da~


alone?? nonono.. [link]



Me
-Bye..


carik jodoh? nak uruskan hal kerja pun tak sempat, tunggang langgang bagai, nak bercinta?? entah sempat ke tidak aku nak uruskan kerja-kerja aku ni.. ye dak??

[pasang impian love after marriage] [link]
 ehek3.. gatai~

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



Kisah Ramadhan 3 #

" Selamat berhari raya, ucapanku untuk semua, lalalalala~"
aku tengok jam katak aku baru pukul 7 : 28 pagi, tapi jiran aku pasang lagu raya serupa buat open house.. pasang slow2 bagi telinga sendiri dengar sudah la.. dah lah ari ahad jek aku boleh lepas dendam berahi tidur aku.. dengan penuh sabar aku tekup telinga aku dgn bantal, sambung tidur.. ZZZZZzzzzzzzzz

POM!!!!
"woi! pagi-pagi pun nak main mercun ke??!!" haa~ padan muka, kan dah kena tengking..

aku betul-betul rasa terhutang budi kepada sape yang tolong tengking tadi.. akhirnya masa tidur aku yang berkualiti dapat aku capai.. tQ brader..


Monday, August 8, 2011

Jom join GA kak rorose santek!!

hari tu tak sempat nak join GA kak rorose.. hek3.. dapat tau pun dah nak tarikh tutup.. kebetulan pulak masa tu banyak sangat kerja nak kena settle.. hokey2~ tak mau bebel panjang meh tengok SINI, SINI dan SINI..

Aye nak join.. Aye suke tengok hadiahnye.. comel.. hik3!! harap-harap kali ni rezeki aye la.. :) selamat join yer kawan-kawanku..


Tuesday, August 2, 2011

2nd Ramadhan.. makan-makan-makn!!

holla guys!! arini 2nd day kite puasa.. 1st day aku berbuka di rumah sewa.. buka sama2 dgn roomate aku.. diorang best la, sekolah pagi, aku yang tak bestnya sekolah ptg.. sampai rumah jek muka aku macam nk nanges.. penat giler seyh! okey2.. tak mau ngadu domba lagi, sebenarnya aku nak tunjuk menu berbuka puasa aku arini.. hek3.. sedaaapp woooohh~!! ini menu-menunya!! tat tat taraaaa~


menu pertama : udang masak lemak cili api wif nenas.. 
( aku masak hokeeyyy~)



menu kedua : bawal sweet sour. ( gambar belah kanan )
( roomate aku masak. sedap wwooohh!!)


menu ketiga : kangkung goreng ( gambar belah kiri )
( roommate aku masak gak..)

menu tambahan :
* murtabak
* rojak singapore
* kuih keria ( hand made ok.. roommate aku gak yg buat )


air pembasah tekak : ~HAPPY SODA~
( air ni aku yg bancuh ) 

nampak macam sedap kan?? memang sedap pon.. huhuhu okey~ jumpe esok.. aku cerita menu bukak puasa untuk besok.. ciao!







Monday, August 1, 2011

akhirnya,kau tiba jugak~ :mood ramadhan okeh:

Salam semua.. hari ni seperti yang kite semua tau adalah 1st ramadhan untuk tahun ni.. macam tak sangka pulak dah bertemu dengan bulan ramadhan ni.. masuk kali ni dah 17 kali aku puasa dalam bulan ramadhan sepanjang hidup aku..

ramadhan kali ni bnayak beri aku pengalaman pertama.. maksud aku, ini kali pertama aku puasa ramadhan sebagai seorang guru, kali pertama puasa jauh dgn family, kali pertama puasa tanpa perlu hadapi exam dan kali pertama puasa bersama eheeemmmm.. hek3 ( abaikan yang ayat yang terakhir ) peace V!

dalam keghairahan aku menyambut ramadhan ni, fikiran aku asyik teringatkan kawan aku yg seorang ni.. entahlah.. aku fikirkan mcm mane dia sahur, dia buka puasa.. aku syg sgt dgn kawan aku yg sorang ni.. mcm dia ni adik beradik aku.. aku doakan dia dapat yang terbaik sepanjang ramadhan ni..

~Ahlan Wasahlan ya ramadhan kareem..Allahuakram!

Saturday, July 2, 2011

erkkkk.. Bruno Mars PEMALAS??

         


Sifat malas tu memang ada pada semua orang, just bergantung pada situasi dan keadaan jek.. aku pun malas sebenarnya.. tapi keadaan yg ubah aku.. so, kesimpulannya malas tu bukan sifat semula jadi okey.. Bruno Mars pemalas?? aku pun tak tahu.. tapi lagu "Lazy song" memang terbaik.. lirik biasa je, tapi susunan muzik dia buat aku relaks.. HoHoHo JOM LAYAN!





sumber : 4shared

Friday, July 1, 2011

:AFTER 6 MONTH : inilah dia sindrom-sindrom yang dapat dikesan!

      Sedar tak sedar aku dah melewati fasa 6 bulan untuk tahun ni.. melewati 2 bulan usia 23 tahun aku dan yang paling penting dah 4 bulan aku jadi cikgu. eh! ye ke! tak sedar la plak.. kenape? tak percaya?? ( tetibe rase nak nyanyi lagu siti no halijha) :P

     banyak perubahan yang aku dapat kesan sama ada pada diri aku atau pun pada diri anak murid aku.. ye la kan, bak kata orang dulu-dulu, sekali bah pantai pon berubah maa... ini kan pula manusia. tambah-tambah manusia yang lemah ala-ala padi ditiup angin gitu macam aku ni..

bak kata kawan aku " KO NI MEMANG MACAM LALANG!" hampeh tol!
   
      (1) Ye lah kan, dulu aku tak berapa sangat layan cerita melayu, yang aku layan pon mesti ade muka Mr.Sweet aku sape lagi kalau bukan nasir Bilal Khan! ( tangan kedada mata keatas) sori ye cik nasir, anda tak tercalon.. sape lagi kalau bukan rosyam nor. serius, aku memang akan tengok kalau yang berlakon tu rosyam nor dan semua cerita yang di bawah SUHAN MOVIES.. tapi sejak aku keje ni, semua cerita aku sapu.. cerita yang kat TV3 sekarang ni ( tak nak sebut tajuk ape ) memang hampeh giler, tapi aku tengok jugak.. hehehehe

    (2) Dulu punyer susah aku nak berenggang dengan telefon, sekarang ni aku dah pasang assistant yang akan call nombor aku setiap kali kedudukan telefon aku tak dikenal pasti ada dekat mana.. dan setiap kali tu la assistant aku akan bising sampaikan ayat dia pon aku dah hafal.. terer betul aku ni.. nak tau ayat dia ape?? ni ha.... " LAIN KALI KO GANTUNG HENPON KAT TELINGA, BIO JADI SUBANG " hehehe jangan marah kak..

     (3) nak tengok aku tido awal punyer la susah ( kecuali esok ade KOKO atau event ). kalau dulu, pukul 10 je, pap! aku dah tido.. skarang pukul 3 pun belum tentu.. mane tak nye, cerita lepas pukul dobelas banyak best2 maaa tambah-tambah dekat NTV7 & 8TV.. tak caye korang try.. tapi kalau dah ketagih jangan nak salahkan aku okey.. huhu

   (4) aku tak suka online facebook.. aku pon tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. bak kata kawan aku
 " SELAMAT DATANG KE DUNIA DEWASA" sambil sengih macam kambing meroyan.. menyampah!

okey, bye!


Pikir sejenak @ p/s : korang pernah tak jumpa budak lelaki suka menyapu sampah dan budak permpuan suka padam papan hitam? AKU PERNAH!



   



   

 

Sunday, June 5, 2011

Please do pray for her~

Tadi aku chat dengan makhluk tuhan yang tak seksi langsung ni, saje je nak borak-borak.. tetibe dia tanya aku soalan yang akhirnya baru aku tau sebenarnye dia dalam kesedihan..


dia (D) : wey, kau tahu tak mak aku sakit?
aku (A): dulu aku pernah dengar. tapi dah okey kan?? ke sakit lagi?? 
(D) : sakit lagi. makin teruk.. tangan kiri makin bengkak.. tak lalu makan.. 
(A) : kau kene kuat.
(D) : aku tau..
(A) : mak kau kat hospital ke kat rumah?
(D) : rumah. dah lame mak aku sakit. aku tak kuat. aku tak ada abang atau kakak. aku dua beradik je.
       ( semua lelaki ).
(A) : sabar.. kau kene kuat. kau kene sokong mak kau, tambah-tambah ayah kau.. 
(D) : doakan..

 sebenarnya panjang lebar kami sembang, biarlah yang lain jadi rahsia..


sebenarnya, kawan aku ni seorang yang hepi sangat2.. tak pernah sedih.. memang tak sangka.. aku bersyukur sebab dia luahkan dekat aku, sekurang-kurangnya aku tahu apa yang terjadi dekat dia.. Please,, do pray for her ( i mean to his mom).. doakan yang terbaik untuk kawan baik aku ni.. tQ..


doakan hanya yang terbaik untuk dia.

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template