Thursday, July 14, 2011

Akhirnya pergi jua...

                  Ajal, maut, jodoh semuanya di tangan Allah.. kita sebagai hambaNya kena menerima dengan ikhlas.. Takziah untuk teman terbaik aku MOHD HAZWAN B. MAJID di atas pemergian ibunda tercinta  NORISAH BT MD YUSOF.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. AL-FATIHAH..

Sunday, July 10, 2011

mood : Islamic : ~KEBESARAN BULAN SYAABAN~

sekarang ni aku dlm mood bulan Syaaban.. so, no mengumpat, no benda-benda lagha.. ( eceewahh ) itu tak penting, yang penting sekarang aku nak cerita cikit pasal bulan Syaaban ni.. ni pun aku search kat internet jugak..special thanks to Biro Ilmiah Tadika Umiku Sayang  atas info ini.. :) okey, tak nak cakap banyak (mood bulan syaaban kan) jom baca..

PENGERTIAN SYAABAN
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah apabila Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

AMALAN DI BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
   ·         Memperbanyakkan puasa sunat  
  Sebagaimana yang telah dijelaskan, Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
    ·         Bertaubat  
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:  "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
·   Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W
         Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN 

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril)  menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan atau pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang  yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu." 
(Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin)
 
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu isu pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.  Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan  Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah. 

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh Seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh  Rasulullah SAW keluar dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban tahun 5 Hijrah. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada  Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, Allah menutup keaibannya di hari  kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah).  



semoga nikmat islam menjadi milikku buat selama-lamanya..


p/s : moga info ni memberi kebaikan untuk kita bersama.. Insya-Allah.. 

Saturday, July 2, 2011

erkkkk.. Bruno Mars PEMALAS??

         


Sifat malas tu memang ada pada semua orang, just bergantung pada situasi dan keadaan jek.. aku pun malas sebenarnya.. tapi keadaan yg ubah aku.. so, kesimpulannya malas tu bukan sifat semula jadi okey.. Bruno Mars pemalas?? aku pun tak tahu.. tapi lagu "Lazy song" memang terbaik.. lirik biasa je, tapi susunan muzik dia buat aku relaks.. HoHoHo JOM LAYAN!





sumber : 4shared

Zaman kita lain..

       tepat pukul 3.10 petang, macam biasa tempat yang aku mesti pergi kat mane lagi kalau bukan KANTIN!!! tempat paling tenang ketika perut meragam.. perut lapo bergendang2 mcm gendang india kawen, air liur pulak, kalau aku tak tutup mulut memang meleleh la.. dengan penuh bergaya, melangkah dengan penuh yakin menuju tempat makanan, buka penutup,,,,,,, ARHKGGG!! ade mee goreng!!!! panas lagi, aku pun senduk je la dalam pinggan ( macam biasa perangai tak berubah dari kecik, mesti korek carik ayam) agak-agak aku senduk mee macam harga RM1.50, aku pun carik tempat duduk.. aku duduk depan dua orang cikgu lain.. asek borak2 je, sampai makanan dalam pinggan dorang pun tak tersentuh.. 

nyum2!! 


      "Kak Lia, te-o ais minum" peberet aku woo te-o ais tu.. ( sebenarnye sebab murah ) huhu sedang aku asek layan mee aku, aku terdengar dua orang depan aku asek la cakap pasal zaman diorang dulu.. semua perkara nak dibandingkan.. hmm... sebenarnya aku tak suka sangat kalau isu zaman ni dibincangkan.. bukan apa, selagi kita asek pandang ke belakang, sampai bila2 kita tak kan maju.. bagi aku perkara yang dah lepas dijadikan pengajaran.. 

A : zaman kita dulu henpon pun tak ada.. sekarang ni, budak-budak tu punya henpon canggih dari kita..
B : tau tak apa.. budak-budak sekarang ni tak takut dengan cikgu.. kita dulu, cikgu pandang je, dah kecut..
A: tu la, pelik betul budak zaman sekarang ni.. zaman kita dulu, nak keluar jumpa lelaki pun sorok-sorok, takut bapak nampak, kena kejar dengan parang, zaman sekarang ni berani sangat sampai pegang-pegang tangan.
B : bla bla bla bla... ( aku malas nak amek tau dah )


ni baru dikatekan henpon canggih.. sumber : google


    aku pun tak tau nak cakap ape.. makan mee lagi sedap.. Aku akui, cakap diorang memang betul, tapi kalau sekadar cakap pun tak guna.. sama-sama kita usaha sedarkan budak2 yang mcm tu.. ini tugas kita.. setakat cakap berhabuk, sampai makanan dlm pinggan pun dah sejuk, baik tak payah.. nasib baik aku cikgu baru, kalau aku dah lame kat sini, mesti aku menyampuk dah.. thee heee..

"Kak Lia, kira."





P/S : kalau orang zaman batu hidup lagi sampai sekarang, lepastu bandingkan zaman diorang dengan zaman kau, baru kau tahu..

       

Friday, July 1, 2011

:AFTER 6 MONTH : inilah dia sindrom-sindrom yang dapat dikesan!

      Sedar tak sedar aku dah melewati fasa 6 bulan untuk tahun ni.. melewati 2 bulan usia 23 tahun aku dan yang paling penting dah 4 bulan aku jadi cikgu. eh! ye ke! tak sedar la plak.. kenape? tak percaya?? ( tetibe rase nak nyanyi lagu siti no halijha) :P

     banyak perubahan yang aku dapat kesan sama ada pada diri aku atau pun pada diri anak murid aku.. ye la kan, bak kata orang dulu-dulu, sekali bah pantai pon berubah maa... ini kan pula manusia. tambah-tambah manusia yang lemah ala-ala padi ditiup angin gitu macam aku ni..

bak kata kawan aku " KO NI MEMANG MACAM LALANG!" hampeh tol!
   
      (1) Ye lah kan, dulu aku tak berapa sangat layan cerita melayu, yang aku layan pon mesti ade muka Mr.Sweet aku sape lagi kalau bukan nasir Bilal Khan! ( tangan kedada mata keatas) sori ye cik nasir, anda tak tercalon.. sape lagi kalau bukan rosyam nor. serius, aku memang akan tengok kalau yang berlakon tu rosyam nor dan semua cerita yang di bawah SUHAN MOVIES.. tapi sejak aku keje ni, semua cerita aku sapu.. cerita yang kat TV3 sekarang ni ( tak nak sebut tajuk ape ) memang hampeh giler, tapi aku tengok jugak.. hehehehe

    (2) Dulu punyer susah aku nak berenggang dengan telefon, sekarang ni aku dah pasang assistant yang akan call nombor aku setiap kali kedudukan telefon aku tak dikenal pasti ada dekat mana.. dan setiap kali tu la assistant aku akan bising sampaikan ayat dia pon aku dah hafal.. terer betul aku ni.. nak tau ayat dia ape?? ni ha.... " LAIN KALI KO GANTUNG HENPON KAT TELINGA, BIO JADI SUBANG " hehehe jangan marah kak..

     (3) nak tengok aku tido awal punyer la susah ( kecuali esok ade KOKO atau event ). kalau dulu, pukul 10 je, pap! aku dah tido.. skarang pukul 3 pun belum tentu.. mane tak nye, cerita lepas pukul dobelas banyak best2 maaa tambah-tambah dekat NTV7 & 8TV.. tak caye korang try.. tapi kalau dah ketagih jangan nak salahkan aku okey.. huhu

   (4) aku tak suka online facebook.. aku pon tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. bak kata kawan aku
 " SELAMAT DATANG KE DUNIA DEWASA" sambil sengih macam kambing meroyan.. menyampah!

okey, bye!


Pikir sejenak @ p/s : korang pernah tak jumpa budak lelaki suka menyapu sampah dan budak permpuan suka padam papan hitam? AKU PERNAH!



   



   

 

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template