Showing posts with label seksa. Show all posts
Showing posts with label seksa. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

sejauh mana kau kenal aku??

kadang-kadang kita tak sedar diri kita,
kadang-kadang kita tak kenal diri kita,
kadang-kadang kita terlupa siapa kita,
kadang-kadang kita hanyut dengan diri kita.

sehinggakan sanggup menikam kawan sendiri,
sehinggakan sanggup mengkhianati teman sehidup semati,
sehinggakan sanggup menipu sahabat yang senantiasa di sisi,
demi kepentingan diri sendiri.

macam itu kau kata kau kawan aku?
macam  itu kau kata kau teman sehidup semati aku?
macam itu kau kata kau sahabat yang senantiasa di sisi aku?
macam itu kau kata aku ibarat saudara sebapa dan seibu?

tak ingin berkata banyak,
tak mahu kepala semak,
hanya 1 aku ingin tahu,
SEJAUH MANA KAU KENAL AKU?

tapi kau tikam aku dari pelbagai arah

Wednesday, October 19, 2011

Daki dunia...

salam salaman semua.. sila jangan gentel daki yang ada.. entry kali ni bukan nak cerita pasal daki daku daka yang ada kat badan korang semua, tapi aku nak cerita pasal daki dunia.. eh, sejak bila dunia ada daki?? eh eh dan eh lagi..

eksyeli, aku teringat perbualan aku dengan ayah aku hari tu.. aku berceritalah pasal nak beli kereta tu, nak beli kereta ni, ( padahal lesen harraaaammm... tak ada pun. ) ayah aku pun layankan je lah... kalau dia tak layan, aku still cerita jugak, baik dia layankan aje.. tengah aku sedap-sedap cerita, tetiba keluar cerita pasal hutang kereta.. lepas tu dengan gaya penuh ke'ustaz'an nye beliau berkata:

"harta benda, wang ringgit ni ibarat daki je. macam manusia juga, setiap kali mandi mesti hilangkan daki, kejap lagi ada balik dakinya.. macam tu jugak harta.. tak pernah habis.. daki dunia je semua ni" 

aku Kayo! aku Kayo!

betul cakap ayah aku, harta benda ni semua daki dunia je.. bukan boleh bawa masuk kubur.. tapi, kenapa disebabkan 'daki dunia' ni ramai yang sanggup PECAH AMANAH, BERBUNUHAN, BERSANTAUAN, BERBOMOH-BOMOHAN, BERDENGKI-DENGKIAN?? kenapa?? kenapa?? sebabnya DUIT ADALAH SEGALANYA.. tak nak mengaku??? pergi terjun tingkat 15 la.. okey,bye, challo..

Tuesday, October 18, 2011

kesempatan atau kesempitan??

pernah tak korang rasa buntu untuk buat keputusan?
pernah tak korang rasa malas nak buat sesuatu keputusan?
pernah tak korang rasa tersepit bila nak buat keputusan?

pernah tak? pernah tak? pernah tak?

A) jarang - jarang
B) kadang - kadang
C) selalu
D) semua diatas aku sapu

jawapan aku D! yup, aku sekarang tengah tersepit nak buat keputusan.. antara tuntutan kerja dan tuntutan keluarga.. aku tak tahu nak buat macam mana.. untuk pengetahun korang, rumah family aku dan rumah sewa aku sangat dekat.. tak sampai sejam dah sampai.. tapi percaya tak korang, aku nak balik rumah cukup payah.. kadang-kadang sebulan sekali.. kadang-kadang dua bulan baru balik.. sampai mak aku pun dah perli " balik pun anak aku yang duduk jauh ni " tak pun "kau kan banyak kerja, sibuk" ape perasaan korang?? happy ke??

aku dah tak tahu nak luah kat siapa.. aku geram sangat-sangat.. tiap-tiap sabtu mesti ada program.. masuk minggu ni dah 5 kali sabtu aku ada program.. belum lagi aktiviti masa cuti perayaan.. eh.. please lah!  ikut hati aku nak je aku cabut.. lantaklah nak jadi ape pun jadi lah.. aku betul-betul stress! tapi bila aku fikir balik, kalau hidup nak menyusahkan orang, baik tak payah hidup.. kalau aku tak datang, akan menyusahkan orang lain.. aku tak suka kalau hal aku orang canang-canang.. aku nak buat apa lagi?? cuba bagi aku jalan penyelesaian.. aku bukan jenis suka cari alasan.. haih!! stress la!!! tolonglah faham!!!!!!!!!!!!!!!! arghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template