Showing posts with label Salah. Show all posts
Showing posts with label Salah. Show all posts

Friday, January 20, 2012

~ucapan selamat tahun baru yang dah basi~

hola~ uhuk3 ( batuk jap ) semenjak dua menjak masuk tahun baru ini, tangan aku macam kena ikat dengan batu 1000 tan, malas sungguh rasa nak menulis entry kat blog. aku log in blog, pastu baca entry orang lain, kalau lawak aku gelak, kalau entry tahap nak menayang & pujidirisendiri aku terus tutup, senang cerita.. tapi, kauworang tak rasa kelakar ke, semua benda yang dimakan+beli+dapat pun nak bercerita kat blog. ah, gasak! janji bahagia ye dak.. ( gelak sambil tutup mulut ) aku sebenarnya nak ucap selamat tahun baru 2012..ye, aku tahu ucapan aku dah basi. dah nak masuk tahun baru cina baru nak ucap, baik tak payah ye dak?? eheheheh~

permulaan tahun baru agak baik la jugak. tak de perkara yang menyedihkan aku ( setakat geram2 meluat tu adalah ). sepatutnya sekarang ini aku kena rasa takut+berdebar sebab tahun ini aku praktikum, tapi entahlah, ada banyak perkara yang serabutkan aku, so perasaan takut tu tak datang -datang lagi, flight delay kata kawan aku.

tahun baru ini aku dapat anak murid yang baru, tak ada beza dengan tahun lepas( i mean dari segi perangai , kalau muka konpem berubah ) biasalah kan budak2 suka sanagt main tambah-tambah aku ajar tahun 2, memang menguji kesabaran tapi seronok, sebab perangai diorang ini kadang-kadang buat aku gelak. perkara yang paling buat aku tak boleh lupa:

situasi : dalam kelas 2 Bestari

( aku tengah sibuk menulis kat papan putih ) TIBA-TIBA,

shahirah : Ustazah, haziq tendang kaki saya!
haziq     : saya tak sengaja la ustazah..
shahirah : haziq tipu ustazah.

( tendang kaki pun nak ngadu kan~ )

aku : haziq kenapa tendang kaki shahirah?
haziq : saya tak sengaja. ( muka takut gila )
aku : kalau budak lelaki main tendang-tendang kaki budak perempuan, maknanya lelaki tu suka perempuan       tu, awak suka dia ye?!
haziq : tak! tak suka!
aku  : okey, sambung buat kerja.
shahirah : ha~ dengar tu.. kau ni suka buat aku malu~ sambil cubit2 haziq ( oh pehlizzz! )
aku : hek eleh minah ni, malu2 pulak.. memang tak boleh blah! ( cakap dalam hati )

tapi aku memang dapat rasa yang si haziq tu tak sengaja nak tertendang kaki shahirah.. muka haziq bengang giler. dah ler tak sengaja, kena cubit-cubit manja pulak.. shahirah pulak sampai kesudah sengih jek.. oh lala~ adakah perempuan ittew perasan?? oh gosh! gosh! gosh!

 ADAKAH AKU YANG BERSALAH?


mak pesan tak boleh bercinta masa kecik-kecik

sumber gambar : klik sini



nota-noti : tak sabar nak jumpa diaworang lepas cuti tahun baru cina!

Tuesday, October 11, 2011

Bau KETIAK lelaki mampu menjadi penawar stress wanita?? wat da euffff???


kredit to : GelakJE.com

helo gegurlz sekelian alam.. eh, belum start baca entry dah muntah?? sori ye kalau ada yang anggap entry ni sedikit loqlaq.. aku bukan GS ye.. GPS pun bukan apetah lagi TGV.. ( lama tak tengok wayang ) okey, sekadar info tambahan.. meh kita baca..

Definisi ketiak : ketiak adalah salah satu bahagian yang terdapat pada badan manusia samada lelaki, perempuan, khunsa musykil hatta orang utan pon ado ketiak mereka sendiri.. ketiak seringkali dikaitkan dengan BUSUK, MELEKIT, dan yang paling sinonim ialah BULU..  bulu ape?? hantam aje la.. asalkan bukan buluzaton @ blouse. ( buluzaton adalah terjemahan bagu blouse di dalam BAHASA ARAB )

okey, sudah-sudahla dengan ayat skema aku.. -switch mood-

sebenarnya aku tak tahu pun pasal info ni, tQ to MY BFF (tangan kat dada mata juling tengok kipas)  sebab bagi aku info pasal ketiak ni..  aku sangat terharu okey.. ( tangan kat bahu mata tengok cicak kat siling tengah ehem2) okey, korang baca dulu sementara aku pi cari baldi mana tau ada yang nak muntah..


so gegurls sekalian alam semesta, sape-sape yang stress sila cuba kaedah diatas dan jika berkesan, jangan lupa tinggalkan testimoni kalian disini ye.. mana tau ada gurls yang lain nak buat.. dan untuk kaum jejans kat luar sana, please jangan senyum lebar sangat............. (especially to MY BFF )


okey bye.. -off to ladies- bluuweekkk!!!


Friday, September 2, 2011

Jin + ramadhan & Syaitan + Hari Raya.. mood: bengang!!!

     Tahun-tahun sebelum ni, bila raya je mesti seronok.. 2 hari sebelum raya, mak mesti bebel-bebel kat kami 3 anak dara ni, suruh tukar langsir, sarung sofa, kemas 1 rumah, kalau boleh selagi tak malam, mesti ada je keje kena buat.. macam-macam perasaan yang dirasa.. bengang +penat +muak +gelak +gembira +marah, kadang-kadang sampai bergaduh.. bila ingat-ingat balik mesti senyum sendiri..
     Raya kali ni, Allah timpakan ujian terhadap aku sekeluarga.. mak aku kena demam panas yang sangat teruk.. seminggu sebelum raya mak dah jatuh sakit.. segala impain raya aku untuk tahun ni punah macam tu je.. sorang pun tak ada mood nak raya.. masing-masing bergilir jaga mak.. ayah aku apatah lagi, tak tentu arah dibuatnya.. sedih, memang sedih sangat.. sampaikan mak aku kena tahan kat hospital.. petang tu aku masak nasi ayam, kami berbuka tanpa mak dan ayah disisi kami.. aku sebenarnya sedih, tapi aku tahankan je.. aku tak nak adik-adik aku tengok aku nangis.. aku mesti kuat..
     Malam tu, mak dah boleh keluar wad.. muka mak berseri-seri.. Alhamdulillah, hati aku lega sedikit.. tapi perasaan tu tak lama.. keesokan harinya, badan mak mula panas.. panas yang sangat tidak disangka-sangka.. mak asyik menangis.. macam-macam diucapkannya.. minta maaf, perasaan menyesal, sampaikan aku rasa sebak sangat.. pelbagai cara kami buat, kali basahkan kepala mak dengan air ais, mak dah tak minum air yang kami masak, mak hanya minum air mineral shj, kami urut kepala mak, tapi tiada hasilnya.. mak mengadu sakit dibahagian tengkuk.. aku hanya mampu picit,,, dengan lelehan air mata.........
     Malam raya, mak menggigil yang teramat.. tapi aku tak bersama mak pada waktu itu.. aku dah tidur.. aku hanya mendengar cerita dari adik aku pada keesokan hari.. adik aku cakap, mak menggigil dengan teruk.. mak halau adik aku dari bilik.. petunjuk dari Allah, baru kami dapat tahu emak rupanya terkena buatan orang.. nasib baik dapat tahu awal.. malam tu juga ayah cari orang untuk ubatkan mak.. Alhamdulillah, buat kali pertamanya mak kata dia boleh tidur dengan nyenyak..
     Pagi raya, keluarga kami tidak seperti keluarga yang lain.. Kami menyambut dengan ala kadar.. walaupun begitu, tradisi bermaafan tidak kami tinggalkan.. sempat juga tangkap gambar dengan emak.. pagi raya emak pergi berubat..
     masuk raya kedua, penyakit mak datang balik.. kepala mak bertambah sakit.. mak hanya mampu menangis.. akhirnya ayah aku bawa mak jumpa seorang pakcik ni.. selepas berubat keadaan mak semakin pulih, walaupun tidak sepenuhnya.. siapa yang tak sedih tengok mak dia macam ni.. aku berdoa sangat orang yang buat mak aku ni dapat balasan yang dahsyat.. hidup dengan hasad dengki, merana diri hingga mati.. doakan mak aku sembuh,,,,


p/s: mungkin ada yang menyangkal, denagn alasan syaitan diikat bulan puasa.. ya, memang aku tak nafikan, memang syaitan dan iblis diikat, tapi jin masih berleluasa... sekadar info tambahan..

Monday, August 22, 2011

Apo nak dikato laie?? sonyap yo la....

ehem.. den malam2 cenggini memang den rajin online pesbuk.. bukan sebab apo, malam2 cenggini ghamai kawan2 den pon online samo.. boleh la den nak ngumpat + gosip2 liar sepam duo.. bukan selalu den wat cenggitu..

'peah messanged you'
peah ( bukan namo sobonar )  : kiah, ekau ado dongar tak pasal si siah tu??
den a.k.a kiah : hah,, pasal apo? den tak dongar apo2 pon.. ko den ni pokak??
peah : ekau ni bukannyo pokak, siap sokali dongan badak.. apa pon tak boleh!
den : eh.. ekau ni, macam dahagokan pelempang den yo.. nak kono??
peah : rilek la kiah.. den gurau yo.. hah, si siah tu dah putus dgn pakwe mat saleh dio tu ha.. 
den : la.. bilo maso plak dio kapel?? napo den tak tahu ni?? 
peah : ah! malas la den nak cerito kek ekau.. buang karen den yo.. 
den : hmm.. iyo lah.. eh, anak ekau sihat ko?? lamo tak nampak..
peah : sihat yo.. ekau bilo laie nak kawen ni?? den tringin nak jadi pengapit ekau..
den : camno den nak kawen peah oi.. jodoh pon den tak jumpo laie.. sapo lah den ni kan..
peah : haih.. kojo bosa2 pon tak ado orang nak ko?? polik ekau ni.. den ni kojo kilang yo, dah kawen anak duo..
den : nak wat camno, ekau cantik dari den.. den ni tak ado sapo nak pandang.. den pandang cermin yo la..
peah : polik2.. tak kan ustazah pon tak ado yang nak?? den yang mengaji tak tinggi ni pon da kawen..
den : nak buek camno laie, da tak ado jodoh..
peah : tak ado la, den polik yo.. patotnye ekau ni kawen dulu dari den, bla bla bla..
den : ~ KIAH IS UNAVAILABLE~

offline lagi bagus...


motif gamba ni?? den pon tak tau.. 
tengok yo la.. 
kredit to google pic

Sunday, August 14, 2011

sempat ke kalau dah kahwin??

'Bee messanged you'

Bee
-beb, aku dah jumpe prince charming aku,
mula-mula aku tak yakin, tapi dah selalu dating 
dengan dia, aku rasa kitorang ni ade chemistry la..


~i want my prince charming too~ [link]



Me
- ye ke.. baguslah.. nanti leh la blanje aku..

Bee
- asal nak kene belanja ko plak?
beb, aku rasa dia ni lah mr.perfect aku.
selalu nasihatkan aku, kejutkan aku sahur,
ajak aku pergi terawih.. syahdu kan??

Me
-ape tak senonoh ko ni,
ade ke plak dia yang kejut ko.. hehe
dah tu, ko pergi tak terawih dengan dia?

Bee
- tak pun.. tak manis lah pergi terawih berdua..

Me
-owh.. ko dating dengan dia ramai-ramai ke beb??

Bee
-hehehehe ko ni selalu nak perangkap aku kan..
kitorang cadang nak kenal hati budi dulu 2 tahun, 
lepas tu baru fikir nak bertunang dan kahwin..
doakan aku tau..

Me
-ok.. nanti dah conform kahwin, jgn lupa bagitau aku.

Bee
-ko pun carik-carikla jodoh.. kesian aku tengok ko sorang-sorang..
okey la.. aku nak off fb ni.. da~


alone?? nonono.. [link]



Me
-Bye..


carik jodoh? nak uruskan hal kerja pun tak sempat, tunggang langgang bagai, nak bercinta?? entah sempat ke tidak aku nak uruskan kerja-kerja aku ni.. ye dak??

[pasang impian love after marriage] [link]
 ehek3.. gatai~

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



Friday, July 1, 2011

:AFTER 6 MONTH : inilah dia sindrom-sindrom yang dapat dikesan!

      Sedar tak sedar aku dah melewati fasa 6 bulan untuk tahun ni.. melewati 2 bulan usia 23 tahun aku dan yang paling penting dah 4 bulan aku jadi cikgu. eh! ye ke! tak sedar la plak.. kenape? tak percaya?? ( tetibe rase nak nyanyi lagu siti no halijha) :P

     banyak perubahan yang aku dapat kesan sama ada pada diri aku atau pun pada diri anak murid aku.. ye la kan, bak kata orang dulu-dulu, sekali bah pantai pon berubah maa... ini kan pula manusia. tambah-tambah manusia yang lemah ala-ala padi ditiup angin gitu macam aku ni..

bak kata kawan aku " KO NI MEMANG MACAM LALANG!" hampeh tol!
   
      (1) Ye lah kan, dulu aku tak berapa sangat layan cerita melayu, yang aku layan pon mesti ade muka Mr.Sweet aku sape lagi kalau bukan nasir Bilal Khan! ( tangan kedada mata keatas) sori ye cik nasir, anda tak tercalon.. sape lagi kalau bukan rosyam nor. serius, aku memang akan tengok kalau yang berlakon tu rosyam nor dan semua cerita yang di bawah SUHAN MOVIES.. tapi sejak aku keje ni, semua cerita aku sapu.. cerita yang kat TV3 sekarang ni ( tak nak sebut tajuk ape ) memang hampeh giler, tapi aku tengok jugak.. hehehehe

    (2) Dulu punyer susah aku nak berenggang dengan telefon, sekarang ni aku dah pasang assistant yang akan call nombor aku setiap kali kedudukan telefon aku tak dikenal pasti ada dekat mana.. dan setiap kali tu la assistant aku akan bising sampaikan ayat dia pon aku dah hafal.. terer betul aku ni.. nak tau ayat dia ape?? ni ha.... " LAIN KALI KO GANTUNG HENPON KAT TELINGA, BIO JADI SUBANG " hehehe jangan marah kak..

     (3) nak tengok aku tido awal punyer la susah ( kecuali esok ade KOKO atau event ). kalau dulu, pukul 10 je, pap! aku dah tido.. skarang pukul 3 pun belum tentu.. mane tak nye, cerita lepas pukul dobelas banyak best2 maaa tambah-tambah dekat NTV7 & 8TV.. tak caye korang try.. tapi kalau dah ketagih jangan nak salahkan aku okey.. huhu

   (4) aku tak suka online facebook.. aku pon tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. bak kata kawan aku
 " SELAMAT DATANG KE DUNIA DEWASA" sambil sengih macam kambing meroyan.. menyampah!

okey, bye!


Pikir sejenak @ p/s : korang pernah tak jumpa budak lelaki suka menyapu sampah dan budak permpuan suka padam papan hitam? AKU PERNAH!



   



   

 

Saturday, May 8, 2010

Ape Salah Aku??

Mak, ain dapat Usim! mak, acik dapat Matrik! Mak, along dapat ukm! Tanpa mereka sedar, di sebalik keceriaan mereka ade insan yg merintih dalam diam..


***********************************************


"Mak! Angah dapat UUM!" kedengaran kegembiraan dlm pertuturannya.. "Dpt course ape?" ibunya bertanya. " pengurusan Awam. " Keadaan diam seketika. "erm.. x payah pergi la.. Ambil bidang agama, kalau course mcm tu, ko x pyh pergi." keputusan , dgn perlahan langkahnya diatur menuju ke bilik..


************************************************


" Hello, umi, ni aku is.. lame x dengar criter ko.. Ape khabar?? aku skrang kat KUIS."
" KUIS tu ape?? "
" Kolej Universiti Islam antarabangsa Selangor "


*************************************************


" salam ayah. angah ni.. Result sem 1 da dapt. Angah dpt 2.9.. Hmm angah faham.. angah mintak maaf.. angah akan usaha lagi.." raut wajahnya keruh memikirkan dirinya yang terpaksa mengambil kos yg memg x pernah terpikir dek akal.. BAHASA ARAB!! tahun demi tahun dia lalui dengan penuh tekanan dan kesukaran.. Kadang2 terlintas di hatinya untuk berhenti, tetapi mengenangkan org tuanya yg tegas, hasratnya terbantut..


***********************************************


" aku nak kali ni ko dpt 3 ke atas.. da lame aku bersabar dgn ko.. nape adik2 lain boleh, ko x boleh?? ko ingat ni.. kalu ko x dpt 3 ke atas, siap ko.. " tekanan makin dirasai ketika diri melangkau semester 3 tahun 2.. " Ayah.. angah dpt 3.3!! Alhamdulillah..!! dirinya melonjak kegembiraan.. selepas itu dia mulai mendapat semangat dan yakin yang dirinya bukan sebodoh yg disangka.. tetapi nasib tidak selalu menyebelahinya.. semester 4 dia gagal 1 subjek.. trase dirinya tidak dpt berpijak di bumi yg nyata.. rahsia itu disimpn kemas.. semester 5 dia menjadi lebih tertekan.. dengan bertambah subjek yg diambil, akhirnya dy hanya mendapat 3.3.. keputusan itu tidak menggembirakan sesiapa.. malahan dirinya dibandingkan dgan adik - bradik yg lain.. ketika itu, dirinya dirasakan sangat hina.. semester 6 dihampirinya.. tekanan demi tekanan sgt dirasai... ketika berhadapan dgn keluarganya, keputusannya sering diperkatakan.. apa salah dia?? bkan dy x berusaha.. ibunya sering berulang kali memperkatakan bahawa keputusan ibu bapa x akan merosakkan anak2nya.. tp apa yg dilaluinya sungguh perit.. kdg2 terlintas difikirannya samada org tuanya tahu atau tidak tentang kesukaran yg dialaminya.. kadang2 dia rasa tersisih.. sebab itu bnyak masanya dihabiskan di hostel, apabila tiba cuti semester, dia mulai panas.. duduk dirumah untuk jangka masa yang lama, bkanlah sesuatu yang dia inginkan.. dia tahu, pasti pertengkaran kecil akan berlaku ketika dia di rumah.. padanya ketika itu, hanya dia yang memahami siapa dirinya..


*************************************************


3.67!! sesuatu yang mustahil tp itulah yang dia perolehi.. berita itu dikhabarkan kepada ibunya.. ibunya menjerit kesyukuran... begitu juga ayahnya.. tp x lama.. dirinya terus dipersalahkan lagi.. hanya kerana tidak mengikut keputusan org tuanya untuk praktikal di tempat yang diputuskan oleh org tuanya.. kesukarannya dalam kewangan membuatkan lagi org tuanya mengungkit kembali keputusannya.. setiap kali perkara itu dibangkitkan, hatinya sangat hiba.. kdg2 rasa ingin pergi jauh daripada keluarganya.. tp apa daya.. dia x tahu mana nak pergi.. sebab itu dia menanam azam untuk pergi dari semenanjung malaysia apabila dia kerja.. semoga apa yang dihajatkan itu akan tercapai..

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template