Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

siapakah ini????

~sila klik untuk membesar seperti jaguh~

cer teka, cer teka siapakah budak di dalam bulatan ini :

A. Misha omar kecik-kecik
B. Wan Maimunah kecik-kecik
C. Bukan semua diatas

jawapannya ialah A>K>U.. hehehehe muka aku ni selalu konpius.. first time aku nampak gambar ni, aku gelak gila2.. kelakar kot.. dah puas gelak baru aku terfikir, nampak sangat muka aku tak cantik. hahahaha~
tapi serius aku tak ingat langsung nama diorang semua ni.. muka je lah aku ingat-ingat lupa.. budak laki hujung pakai songkok tu aku ingat la sebab dulu aku penah syok kat dia.. yang lain jangan tiru tabiat luar habitat ni yer.. dosye.. hik3.. zaman kecik kecik dulu memang kelakar.. hmmmm kalau lah boleh putar semula, perkara pertama yang aku akan buat kawal pemakanan aku, dari kecik makan tak banyak konpem selim melim aku.. agak-agak kalau aku jumpa diorang ni, diorang ingat aku lagi ke tak?? tak kisah la kalau tak ingat.. tQ korang sebab hadir dalam hidup aku & buat jalan cerita kehidupan aku berwarna warni.. miss korang semua.. 

Wednesday, November 9, 2011

Mengigau

ala, baru pukul 9.30 pagi, sekolah mula 12.30 kejap lagi. nak buat ape pon tak tahu.. "triitttt trittttt triittttt..." eh, kenapa pulak ustaz fauzi call aku ni, tak penah-penah call pun..

"Assalamualaikum ustaz, kenapa ye?"
"Maaflah ganggu pagi-pagi ni, sebenarnya saya ada berita yang kurang baik nak bagitau kat kamu"
" apedia ustaz?"
"kamu digugurkan daripada kursus sebab tak hantar esaimen. maaf"
"ustaz!!!!!!!!!!! jangannnnn!!!!!!!!!!" aku mampu menangis tersedu sedan je..


tetiba aku tersentak.. fuhh.. nasib mimpi.. terkejut aku dengan mimpi aku.. siap ade air mata lagi woo kat mata aku.. takutnya la kalau jadi betul-betul.. so, mulai saat ni aku kene tungkus lumus buat esaimen.. (hahahahaha! ayat nak gempak, padahal hareeeemmmm) okey, masa untuk mulakan misi tengok adamaya pukul 10.00 buat esaimen pendidikan.. chayok3!! challow betey!


Wednesday, October 19, 2011

Daki dunia...

salam salaman semua.. sila jangan gentel daki yang ada.. entry kali ni bukan nak cerita pasal daki daku daka yang ada kat badan korang semua, tapi aku nak cerita pasal daki dunia.. eh, sejak bila dunia ada daki?? eh eh dan eh lagi..

eksyeli, aku teringat perbualan aku dengan ayah aku hari tu.. aku berceritalah pasal nak beli kereta tu, nak beli kereta ni, ( padahal lesen harraaaammm... tak ada pun. ) ayah aku pun layankan je lah... kalau dia tak layan, aku still cerita jugak, baik dia layankan aje.. tengah aku sedap-sedap cerita, tetiba keluar cerita pasal hutang kereta.. lepas tu dengan gaya penuh ke'ustaz'an nye beliau berkata:

"harta benda, wang ringgit ni ibarat daki je. macam manusia juga, setiap kali mandi mesti hilangkan daki, kejap lagi ada balik dakinya.. macam tu jugak harta.. tak pernah habis.. daki dunia je semua ni" 

aku Kayo! aku Kayo!

betul cakap ayah aku, harta benda ni semua daki dunia je.. bukan boleh bawa masuk kubur.. tapi, kenapa disebabkan 'daki dunia' ni ramai yang sanggup PECAH AMANAH, BERBUNUHAN, BERSANTAUAN, BERBOMOH-BOMOHAN, BERDENGKI-DENGKIAN?? kenapa?? kenapa?? sebabnya DUIT ADALAH SEGALANYA.. tak nak mengaku??? pergi terjun tingkat 15 la.. okey,bye, challo..

Monday, October 3, 2011

mulut oh mulut...



"aku ade mulut, sukati makbapakmoyang aku ah!"

"hamboi mulut.... penampo lima das mao?"

"tu dia cakap, seghupa mulut ade insuran je kan?"

"kerana mulut badan binasa" ( nada ceghita p.ramlee )

" mulutku mulutmu jua " ( hokey, tak lawak )


kita semua dah lali kan dengan kata-kata atas ni?? tak kita yang sebut, orang lain yang sebut kat kita.. mulut itulah, mulut inilah, mulut mulut mulut.. haih~ meluat aku dibuatnya.. kalu sebut pasal mulut, secara otomatiknya dgn pusingan kepala 360 darjah semua akan tumpu kepada kaum HAWA.. kalau boleh sampai teleng kepala punya nak tunjuk yang kaum HAWA ni sinonim dengan perkataan M.U.L.U.T... tapi, kenapa mesti HAWA?? adakah kerana mulut kaum HAWA lebih molek dan mugil?? mulut yang sentiasa pakai lipstick tebal limaploh inci?? atau mulut yang tak hisap rokok?? (hello~ pompuan skarang pon da hade hisap rokok hape..  ) okeh, kita tolak andaian yang ke-3.. mungkin hanya kaum HAWA je yang hade mulut??

bibir mak jemah..



mesti semua konpius nak pilih jawapan yang mane kan??? pada pendapat aku, mungkin sebab perempuan ni suka bercakap, yelah kan, jumpa kat pasa bercakap, jmpe kat kdai menyembang, hatta jumpa kat pesbuk pon jadi keje, padahal duduk serumah.. haaa.. jangan tak ngaku plak.. ( aku pun gitu jugak ) hehehe~ dah menyembang, takkan nak cerita pasal rukun iman & rukun islam kan, mestilah cerita yang "HOT".. ape barang cerita pasal perkara fakta, kalau boleh biar tambah perasa sesenduk dua.. baru UMPH!! selipar jamban jiran sebelah cantik pon leh jadik cerita sampai pat lima jam menyembang.. mula-mula cerita pasal selipar jamban cantik, lama-lama masuk plak cerita sampai kedalam hal kelambu dia... biaselah tu, ye dak?? tapi kalau kat akhirat kena la balasan luar biasa...

belum lagi cerita pasal LASER meLASER ni.. ( ini aku.. aku mengaku ) dulu aku memang suka laser orang.. bukan laser macam mata superman tu, tapi cakap main lepas je nak hentam orang.. sampai 1 hari ni, aku jumpa dengan sorang ni.. dia memang raja laser.. ( da name pon raja kan, so paham2 je la..) sekali dia lasernya aku, sakit hati bukan kemain lagi.. rasa macam nak tumbuk sambal belacan kuat-kuat je time tu.. tapi sebabkan dia, aku tersedar.. baru aku tau sakitnya hati kalau kena laser kan.. so, aku mula la nak berubah.. mula-mula susah sangat, mulut ni gatal je nak cakap banda yang sakitkan hati orang, sampai aku tampar mulut aku.. tampar slow2 jek.. sakit wooo... lama-lama dah okei.. Alhamdulillah..

mesti ada yang kata aku ni tak syukur jadik pompuan, siap nak kutuk-kutuk segala bagai.. haih~ aku bukan kutuk la, aku cerita realiti sebenar.. aku bukan kerja kat Meloda @ urtt, mahu pun majalah pelam.. aku ni kerja biasa yang mengharapkan pahala luar biasa.. ( ceh,, poyo je aku.. ) siapa yang hentam aku, mesti dorang pon tergolong dalam golongan macam ni.. aku mengaku, seronok dengar cerita pasal hal orang ni, seronoknye serupa macam makan cekedis, dah habis pergi beli lagi.. tapi kena beringat la.. hari ni orang ni cerita pasal orang tu, tak tahu lagi hari-hari esok, entah-entah orang ni cerita pasal ko pulak.. masa tu baru la nak menyesal bagai..

bukan perempuan je yang suka buat benda macam ni.. LELAKI pun ada.. tapi cara diorang lain sikit la.. tak der lah sangat keterbukaan macam orang perempuan.. senyap-senyap je... jangan nak sengih lebar sangat ye kaum lelaki.. macam mane aku tau?? ( well, kalau dah kawan laki lagi ramai daripada kawan perempuan memang cenggini ye dak?? )

so, kesimpulannya, majulah mulut untuk negara??? bukan,,, bukan tu yang aku nak cakap, gunakanlah sesuatu setimpal dengan apa yang perlu.. tak payahlah nak over sangat.. dunia ni pon dah tua.. sama-sama kita beringat.. :) jangan sampai nikmat itu ditarik semula oleh yang Maha Pencipta..

Sunday, September 25, 2011

~Hangus terbakar~ (nada lagu ziana zain please!)

 okey, aku mulakan entry aku dengan sad face ni dulu.... 5 SAAT KEMUDIAN.... hyee u ols!!! okey, kita dah sedih2 tadi kan, sekarang ni aku nak cerita sebab ape aku sedih..

sabtu lepas, sekolah aku ada buat sukan tahunan sekolah.. mesti ade yang akan cakap "hek eleeeeeeey minah ni, sukan sekolah pon nak sedih! Phuii!!" eh, sabar ye tuan2 & puan2 sekalian alam.. Phuii tu jauh cikit, kang kena muka aku, ada gak mulut yang makan kasut terompah size limablas karang.. baca dulu cerita aku......................


**************************************************************************************************************************

     sabtu lepas, sekolah aku adakan acara sukan tahunan sekolah.. tapi tak ramai pon murid yang datang.. hanya yang masuk acara aritu je yang datang.. tapi bagus jugak, tak delah cikgu-cikgu yang berdedikasi macam aku ni nak kena jaga korang-korang sume ye dak.. hehehe~

     acara first yang berlangsung mestilah acara perbarisan kan.. rumah sukan ada 5, tapi perbarisan ada 6 kumpulan.. haaaaaa.. mesti pelik kan?? bagi aku tak pelik pon sebab aku dah tau.. hehe~ sekolah aku  berkongsi dengan PPKI.. PPKI tu ape?? sekolah untuk kanak-kanak khas, yang ada masalah pendengaran, percakapan & lain-lain lagi.. bila aku tengok budak-budak ni, ati aku sedih beb.. tambah-tambah masa acara sukan diorang.. meleleh di jiwa... semoga Allah kuatkan iman & tetapkan kesabaran dalam hati cikgu-cikgu diorang.. bukan senang nak mendidiknya..


~perbarisan daripada PPKI~

comei kan depa?? diorang ade maskot tau.. maskot memerang.. memerang kan tahan lasak.. comei33!! perbarisan comel, sukan pon dorang hebat tau.. 


memang pro.. 


rabbani sgt berhati-hati.. juara nih!


nampak mcm budak2 lain kan??


depa pon nak peace gak.. :)

lepas habis acara PPKI, acara rumah sukan pun bermula.. acara larian semuanya.. aku jadik penjaga masa ( walaupun masa aku selalu tak terjaga ).. panas terik wooo! dari pagi sampai pukul 1 aku berjemur tengah panas.. dah ler kulit muka aku terbakar masa saringan bulan 3 tu tak hilang lagi, dah tambah pulak terbakar kat tengah padang ni. hadoi~( 3 bulan pakai garnier baru nak cerah sikit) muka aku memang pedih.. mata dah jadik ijau.. nampak semua orang kecik besar, kecik besar jek.. sampai je umah, aku mandi + solat terus aku tidur sampai malam.. bangun malam tu, badan aku panas.. owh~ aku demam.. memang tak berdaya saing sungguh aku ni.. kulit muka pulak, tak payah nak cakap ape la.. macam taik cicak.. nasib la aku bertudung.. Alhamdulillah la kan.. okey jom layan gambar.. ( sambil dengar lagu HANGUS TERBAKAR by Ziana Zain -ape name song ni?? )

perbarisan rumah panglima..



comei betei kome.. 


izatul.. laju betul.. 


panglima juara!!!


perbarisan semua rumah termasuk PPKI


aih~ bolatnye mate teman.. nampak sangat teman rumah oren.. 


keputusan sukan tahunan : JUARA     : Panglima @Oren
                                       : N.JUARA : Laksamana @ Merah
                                       : NO 3         : Bendahara @ Kuning
                                       :NO 4          : Syahbandar @ Biru
                                       :NO 5          : Temenggung @ Hijau

ape ape pun, sukan ni memang best, walaupun ada la insiden yang berlaku.. hahaha biaselah kan, aku ni cepat sentap.. 

okey lah, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..






Monday, August 22, 2011

minta nyawa~ minta nyawa~

macam biaso, kalau malam den masak, pagi2 mesti den keluar buang sampah.. tengah den feeling jalan-jalan sambil menghirup udara segar, tetibo den teserempak dongan anak murid den, den apo laie sonyum yo la, tak kan nak bagi polompang kot.. anak murid den pun sonyum la balik, kalau tak sonyum balik mau den bubuh penampar kang.. den ingat setakat sonyum yo la, tibo-tibo anak murid den cakap sesuatu yang den raso kalau den ado kapal terbang, masa tu gak den nak pindah uruguay.. tibo-tibo den raso soram sojuk..

'Ustazah, raye nanti kami nak raya rumah ustazah.. semua budak 2C.. hehehe tak sabar nak dapat duit raya..'

sampai rumah den terus domam kura.. mintak nyawa~ mintak nyawa~


den raso nak bagi 50 sen, pastu suruh dorang bahagi 5 orang.. 
[pic google]

Friday, August 12, 2011

Kisah Ramadhan 2 #

Minggu ni turn aku bertugas.. Dem!aku memang malas kalau kena bertugas. rela aku bertugas sapu sampah dalam bilik darjah..  ye lah kan, nak kena kawal budak kat kantin, kalau perangai semenggah tak ape, ni tak, sekali dengan aku jadik tak semenggah terpekik terlolong marahkan budak.. hai dunia-dunia~ 

tengah aku jaga kawasan, macam biasa la datang sorang pakwe sengih-sengih kat aku.. macam lah aku nak tergoda kan, umur pun baru 8 tahun.. nak tumpang tanya lah tu..

budak (B) : ustazah, saya nak tanya sikit boleh?? ( mata penuh mengharap )

aku (A) : haaa.. tanyalah.. ( mesti senyum ok.. )

(B) : ustazah, kalau saya nak korek hidung, tapi pakai tangan adik saya, batal puasa tak??

(A) : ( kaber gelak hokeyyyy ) okey, macam ni, kalau ustazah nak curi duit mak cik kantin, tapi pakai tangan  kamu agak-agak ustazah dosa tak??

(B) :  mestilah dosa.. tapi kan ustazah, kenapa nak curi pakai tangan saya? sebab tangan ustazah besar takut makcik kantin nampak eh??

(A) : @#$%^!^$@! ( sila translate sendiri )

motif gambar ni?? [link]




Saturday, July 2, 2011

erkkkk.. Bruno Mars PEMALAS??

         


Sifat malas tu memang ada pada semua orang, just bergantung pada situasi dan keadaan jek.. aku pun malas sebenarnya.. tapi keadaan yg ubah aku.. so, kesimpulannya malas tu bukan sifat semula jadi okey.. Bruno Mars pemalas?? aku pun tak tahu.. tapi lagu "Lazy song" memang terbaik.. lirik biasa je, tapi susunan muzik dia buat aku relaks.. HoHoHo JOM LAYAN!





sumber : 4shared

Zaman kita lain..

       tepat pukul 3.10 petang, macam biasa tempat yang aku mesti pergi kat mane lagi kalau bukan KANTIN!!! tempat paling tenang ketika perut meragam.. perut lapo bergendang2 mcm gendang india kawen, air liur pulak, kalau aku tak tutup mulut memang meleleh la.. dengan penuh bergaya, melangkah dengan penuh yakin menuju tempat makanan, buka penutup,,,,,,, ARHKGGG!! ade mee goreng!!!! panas lagi, aku pun senduk je la dalam pinggan ( macam biasa perangai tak berubah dari kecik, mesti korek carik ayam) agak-agak aku senduk mee macam harga RM1.50, aku pun carik tempat duduk.. aku duduk depan dua orang cikgu lain.. asek borak2 je, sampai makanan dalam pinggan dorang pun tak tersentuh.. 

nyum2!! 


      "Kak Lia, te-o ais minum" peberet aku woo te-o ais tu.. ( sebenarnye sebab murah ) huhu sedang aku asek layan mee aku, aku terdengar dua orang depan aku asek la cakap pasal zaman diorang dulu.. semua perkara nak dibandingkan.. hmm... sebenarnya aku tak suka sangat kalau isu zaman ni dibincangkan.. bukan apa, selagi kita asek pandang ke belakang, sampai bila2 kita tak kan maju.. bagi aku perkara yang dah lepas dijadikan pengajaran.. 

A : zaman kita dulu henpon pun tak ada.. sekarang ni, budak-budak tu punya henpon canggih dari kita..
B : tau tak apa.. budak-budak sekarang ni tak takut dengan cikgu.. kita dulu, cikgu pandang je, dah kecut..
A: tu la, pelik betul budak zaman sekarang ni.. zaman kita dulu, nak keluar jumpa lelaki pun sorok-sorok, takut bapak nampak, kena kejar dengan parang, zaman sekarang ni berani sangat sampai pegang-pegang tangan.
B : bla bla bla bla... ( aku malas nak amek tau dah )


ni baru dikatekan henpon canggih.. sumber : google


    aku pun tak tau nak cakap ape.. makan mee lagi sedap.. Aku akui, cakap diorang memang betul, tapi kalau sekadar cakap pun tak guna.. sama-sama kita usaha sedarkan budak2 yang mcm tu.. ini tugas kita.. setakat cakap berhabuk, sampai makanan dlm pinggan pun dah sejuk, baik tak payah.. nasib baik aku cikgu baru, kalau aku dah lame kat sini, mesti aku menyampuk dah.. thee heee..

"Kak Lia, kira."





P/S : kalau orang zaman batu hidup lagi sampai sekarang, lepastu bandingkan zaman diorang dengan zaman kau, baru kau tahu..

       

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template