Sunday, November 20, 2011

siapakah ini????

~sila klik untuk membesar seperti jaguh~

cer teka, cer teka siapakah budak di dalam bulatan ini :

A. Misha omar kecik-kecik
B. Wan Maimunah kecik-kecik
C. Bukan semua diatas

jawapannya ialah A>K>U.. hehehehe muka aku ni selalu konpius.. first time aku nampak gambar ni, aku gelak gila2.. kelakar kot.. dah puas gelak baru aku terfikir, nampak sangat muka aku tak cantik. hahahaha~
tapi serius aku tak ingat langsung nama diorang semua ni.. muka je lah aku ingat-ingat lupa.. budak laki hujung pakai songkok tu aku ingat la sebab dulu aku penah syok kat dia.. yang lain jangan tiru tabiat luar habitat ni yer.. dosye.. hik3.. zaman kecik kecik dulu memang kelakar.. hmmmm kalau lah boleh putar semula, perkara pertama yang aku akan buat kawal pemakanan aku, dari kecik makan tak banyak konpem selim melim aku.. agak-agak kalau aku jumpa diorang ni, diorang ingat aku lagi ke tak?? tak kisah la kalau tak ingat.. tQ korang sebab hadir dalam hidup aku & buat jalan cerita kehidupan aku berwarna warni.. miss korang semua.. 

Saturday, November 12, 2011

Low self-esteem???? N.E.E.D H.E.L.P!!!

untunglah dia, sekurang-kurangnya cantik

semenjak dua menjak ni banyak sangat perkara yang berlaku disekeliling aku; perkara yang best, perkara yang cambest dan tak kurang jugak perkara yang tak best. biasalah, takkan dunia ni nak aman je, ye dak?? dan aku pulak semakin hari semakin pelik. bila nampak perempuan cantik, aku naik malu. nampak perempuan kurus, aku naik segan. nampak gambar kahwin kat pesbuk aku jadi sedih.. why?? why?? adakah aku ni alien dari planet zarkonistrabiusnio?? ke hormon aku alami musim peralihan?? haih~

aku belek-belek gambar dalam laptop aku. baru aku sedar, gambar aku outing dengan kawan-kawan sangatlah tak banyak. baru aku sedar, rupanya aku ni bukan kaki jalan.. Douh~ (=,=) bukan-bukan.. aku suka jalan-jalan, tapi aku tak ada kekuatan nak tonjolkan diri aku depan orang lain atau erti kata lain munculkan diri aku kat khalayak ramai. yup, memang aku bukan artis, pelakon or penyanyi apatah lagi blogger pemes? huh~ abaikan.. (tetiba teringat kat sorang blogger ni yang asyik cerita pasal dia dan retis lain. biasalah, blogger pemes? kan,,) 

setiap kali aku ada event, aku akan cuba baju yang aku nak pakai tu berkali-kali, dan aku akan tanya kawan aku sesuai ke tidak baju yang aku akan pakai, aku akan tanya sampailah hari kejadian. mula-mula aku rasakan ini perkara biasa, sampailah 1 hari ni ada seorang kakak ni tegur aku " umi, awak kena yakin diri, awak tak boleh selalu macam ni. perangai macma ni akan buat orang tak tahan dengan awak." 


really need help!

bila aku selidik, rupenya inilah yang dinamakan low self esteem.. kalau sampai tahap kritikal, sesorang yang low self esteem ni tak akan teragak-agak untuk membunuh diri sendiri. Nauzubillah.. aku masih ingat aku siapa, tuhan aku siapa.. aku perlukan motivasi. aku perlukan sokongan. aku perlukan seseorang. aku perlukan pertolongan!


notanoti: baru-baru ni aku dapat tahu budak darjah dua pun dah bercinta.. (=.=!) perlu ke aku berguru dengan mereka?? huh! jangan merepek! DUSH!

Wednesday, November 9, 2011

Mengigau

ala, baru pukul 9.30 pagi, sekolah mula 12.30 kejap lagi. nak buat ape pon tak tahu.. "triitttt trittttt triittttt..." eh, kenapa pulak ustaz fauzi call aku ni, tak penah-penah call pun..

"Assalamualaikum ustaz, kenapa ye?"
"Maaflah ganggu pagi-pagi ni, sebenarnya saya ada berita yang kurang baik nak bagitau kat kamu"
" apedia ustaz?"
"kamu digugurkan daripada kursus sebab tak hantar esaimen. maaf"
"ustaz!!!!!!!!!!! jangannnnn!!!!!!!!!!" aku mampu menangis tersedu sedan je..


tetiba aku tersentak.. fuhh.. nasib mimpi.. terkejut aku dengan mimpi aku.. siap ade air mata lagi woo kat mata aku.. takutnya la kalau jadi betul-betul.. so, mulai saat ni aku kene tungkus lumus buat esaimen.. (hahahahaha! ayat nak gempak, padahal hareeeemmmm) okey, masa untuk mulakan misi tengok adamaya pukul 10.00 buat esaimen pendidikan.. chayok3!! challow betey!


perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template