Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Monday, February 20, 2012

~HapPy BesDaY to..................... YOU!~

9 tahun = murid tahun 3.

seorang murid tahun 3 dah pandai buat ayat untuk subjek BM, pandai darab & bahagi untuk matematik, yang paling tinggi pandai BERCINTA.. hebat kan??

tapi apa yang ada untuk perhubungan yang menjangkaui 9 tahun?

* kenangan pahit
* kenangan manis
* kawan tikam kawan
* kawan makan kawan
* kawan mulut puaka
* kau belanja aku
* aku belanja kau
* kau hepi, aku hepi
* kau menangis, aku menangis
* kau ditikam, aku menyerang

DAN BANYAK LAGI......

banyak yang telah terjadi dalam tempoh 9 tahun usia persahabatan kami. bermula dengan saling tidak suka antara aku & kau, tak sangka boleh jadi rapat macam ini..

Syukurlah aku kenal kau sebagai sahabat, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak mengenali kau, mungkin apa yang aku kecapi hari ini tak akan wujud. ( aku masuk kuis pun sebab ada kau bukan? ) sebab ijazah dari kuis aku boleh dapat kerja yang aku impikan. 


Aku tahu kau ingatkan aku tentang 15 februari.. bukan aku tak ingat, tapi aku rasa berat nak ucapkan sebab semakin bertambah usia kita, semakin jauh langkah antara kita. kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku. sedih bukan??


tapi apakan daya, kau tetap semakin tua, aku pula sebaliknya.. huhuhu

apa-apa hal pun, Selamat Hari Tua untuk kau CIK ISNAINI BT KASSIM.. semoga apa yang kau impikan akan tercapai dan diri kau akan sentiasa dibawah rahmat Allah..


gambar dekat mines eh? aku pun dah lupa..penat giler time nih!




notanoti : Is, 2 bulan aku akan panggil kau kakak sebab umur kau dah 24 tahun sekarang, aku baru 23 tahun 10 bulan. so, kakak! bila free?? jom kuar!!

Saturday, November 12, 2011

Low self-esteem???? N.E.E.D H.E.L.P!!!

untunglah dia, sekurang-kurangnya cantik

semenjak dua menjak ni banyak sangat perkara yang berlaku disekeliling aku; perkara yang best, perkara yang cambest dan tak kurang jugak perkara yang tak best. biasalah, takkan dunia ni nak aman je, ye dak?? dan aku pulak semakin hari semakin pelik. bila nampak perempuan cantik, aku naik malu. nampak perempuan kurus, aku naik segan. nampak gambar kahwin kat pesbuk aku jadi sedih.. why?? why?? adakah aku ni alien dari planet zarkonistrabiusnio?? ke hormon aku alami musim peralihan?? haih~

aku belek-belek gambar dalam laptop aku. baru aku sedar, gambar aku outing dengan kawan-kawan sangatlah tak banyak. baru aku sedar, rupanya aku ni bukan kaki jalan.. Douh~ (=,=) bukan-bukan.. aku suka jalan-jalan, tapi aku tak ada kekuatan nak tonjolkan diri aku depan orang lain atau erti kata lain munculkan diri aku kat khalayak ramai. yup, memang aku bukan artis, pelakon or penyanyi apatah lagi blogger pemes? huh~ abaikan.. (tetiba teringat kat sorang blogger ni yang asyik cerita pasal dia dan retis lain. biasalah, blogger pemes? kan,,) 

setiap kali aku ada event, aku akan cuba baju yang aku nak pakai tu berkali-kali, dan aku akan tanya kawan aku sesuai ke tidak baju yang aku akan pakai, aku akan tanya sampailah hari kejadian. mula-mula aku rasakan ini perkara biasa, sampailah 1 hari ni ada seorang kakak ni tegur aku " umi, awak kena yakin diri, awak tak boleh selalu macam ni. perangai macma ni akan buat orang tak tahan dengan awak." 


really need help!

bila aku selidik, rupenya inilah yang dinamakan low self esteem.. kalau sampai tahap kritikal, sesorang yang low self esteem ni tak akan teragak-agak untuk membunuh diri sendiri. Nauzubillah.. aku masih ingat aku siapa, tuhan aku siapa.. aku perlukan motivasi. aku perlukan sokongan. aku perlukan seseorang. aku perlukan pertolongan!


notanoti: baru-baru ni aku dapat tahu budak darjah dua pun dah bercinta.. (=.=!) perlu ke aku berguru dengan mereka?? huh! jangan merepek! DUSH!

Wednesday, November 9, 2011

Mengigau

ala, baru pukul 9.30 pagi, sekolah mula 12.30 kejap lagi. nak buat ape pon tak tahu.. "triitttt trittttt triittttt..." eh, kenapa pulak ustaz fauzi call aku ni, tak penah-penah call pun..

"Assalamualaikum ustaz, kenapa ye?"
"Maaflah ganggu pagi-pagi ni, sebenarnya saya ada berita yang kurang baik nak bagitau kat kamu"
" apedia ustaz?"
"kamu digugurkan daripada kursus sebab tak hantar esaimen. maaf"
"ustaz!!!!!!!!!!! jangannnnn!!!!!!!!!!" aku mampu menangis tersedu sedan je..


tetiba aku tersentak.. fuhh.. nasib mimpi.. terkejut aku dengan mimpi aku.. siap ade air mata lagi woo kat mata aku.. takutnya la kalau jadi betul-betul.. so, mulai saat ni aku kene tungkus lumus buat esaimen.. (hahahahaha! ayat nak gempak, padahal hareeeemmmm) okey, masa untuk mulakan misi tengok adamaya pukul 10.00 buat esaimen pendidikan.. chayok3!! challow betey!


Tuesday, October 25, 2011

sejauh mana kau kenal aku??

kadang-kadang kita tak sedar diri kita,
kadang-kadang kita tak kenal diri kita,
kadang-kadang kita terlupa siapa kita,
kadang-kadang kita hanyut dengan diri kita.

sehinggakan sanggup menikam kawan sendiri,
sehinggakan sanggup mengkhianati teman sehidup semati,
sehinggakan sanggup menipu sahabat yang senantiasa di sisi,
demi kepentingan diri sendiri.

macam itu kau kata kau kawan aku?
macam  itu kau kata kau teman sehidup semati aku?
macam itu kau kata kau sahabat yang senantiasa di sisi aku?
macam itu kau kata aku ibarat saudara sebapa dan seibu?

tak ingin berkata banyak,
tak mahu kepala semak,
hanya 1 aku ingin tahu,
SEJAUH MANA KAU KENAL AKU?

tapi kau tikam aku dari pelbagai arah

Wednesday, October 19, 2011

Daki dunia...

salam salaman semua.. sila jangan gentel daki yang ada.. entry kali ni bukan nak cerita pasal daki daku daka yang ada kat badan korang semua, tapi aku nak cerita pasal daki dunia.. eh, sejak bila dunia ada daki?? eh eh dan eh lagi..

eksyeli, aku teringat perbualan aku dengan ayah aku hari tu.. aku berceritalah pasal nak beli kereta tu, nak beli kereta ni, ( padahal lesen harraaaammm... tak ada pun. ) ayah aku pun layankan je lah... kalau dia tak layan, aku still cerita jugak, baik dia layankan aje.. tengah aku sedap-sedap cerita, tetiba keluar cerita pasal hutang kereta.. lepas tu dengan gaya penuh ke'ustaz'an nye beliau berkata:

"harta benda, wang ringgit ni ibarat daki je. macam manusia juga, setiap kali mandi mesti hilangkan daki, kejap lagi ada balik dakinya.. macam tu jugak harta.. tak pernah habis.. daki dunia je semua ni" 

aku Kayo! aku Kayo!

betul cakap ayah aku, harta benda ni semua daki dunia je.. bukan boleh bawa masuk kubur.. tapi, kenapa disebabkan 'daki dunia' ni ramai yang sanggup PECAH AMANAH, BERBUNUHAN, BERSANTAUAN, BERBOMOH-BOMOHAN, BERDENGKI-DENGKIAN?? kenapa?? kenapa?? sebabnya DUIT ADALAH SEGALANYA.. tak nak mengaku??? pergi terjun tingkat 15 la.. okey,bye, challo..

Tuesday, October 18, 2011

-aku dan kem- :BAHAGIAN 1:

hola semua.. bila sebut pasal kem mesti yang akan terloncat2 mankei, mungkin jugak matanya akan bersinar-sinar, & maybe ada yang menguap panjang ( ini aku ).. masing-masing ada minat tersendiri.. aku dan kem memang jauh panggang dari microvace, jauh goreng dari kuali serta jauh sejuk dari peti ais.. mesti ada yg akan cakap " huh, da badan beso, memang gitu la.. " tak pun "cakap je la malas nak lari, kan senang.." hello, hello, hello.... FYI, mak memang ada sebab tau sebab apa mak tak suka kem-kem bagai.. ei.. nasib baik mak jauh, kalau dekat dah lama mak ganyang-ganyang mulot tu taw!! ada sebab aku tak suka pergi kem ni..

1. setiap kali aktiviti yang melibatkan larian mesti budak yang satu kumpulan dengan aku risau takut kalah.. aku sedeyy..

2. aku ada kebiasaan bila berjalan aku tak suka pandang bawah, dekat rumah benda-benda yang ada dekat lantai mesti aku sepak time jalan, ye lah. aku tak perasan.. kadang-kadang gelas, cawan, remote tv, ada satu hari tu aku tersepak bekas abu rokok ayah aku.. apa lagi, mengamuk la dia.. habis abu berselerak atas lantai..  selalu ayah dengan mak aku cakap, "itu ler, melangak tak tentu pasal.. lain kali jalan pandang2 la bawah.." sedih tau.. dah 4-5 tahun perangai aku still tak dapat ubah, akhirnya family aku ambil inisiatif setiap kali aku jalan dorang yang akan alihkan barang.. heeeeeee~ terukkan?? nak buat macam mana.. dah cuba ubah tapi still tak boleh...  aisehh, dah termelalut.. sebenarnya aku nak cerita disebabkan perangai aku ni, aku pernah terlanggar khemah punya pacak, kaki aku bengkak jalan pun capik, so aku diasingkan daripada aktiviti.. aku ada terdengar kawan aku cakap, "baguslah kaki dia sakit, senanglah kumpulan kami nak menang" hmm.. aku nanges..

3. masa aku ikut khemah ibadah, aku pernah nampak makhluk halus... huuuu~ aku takut.

4. lagi satu, mandi kene berebut2.. nak ajar kita uruskan masa hapenye, bilik air 3 nak kene share berpuluh orang, bagi masa 30 minit pulak tuh, sudahnya memang tak mandi la kan.. haa.. jangan nak buat muka geli pulak, macam la korang tak pernah buat macam tu.. ceh!



hahaha.. sadis kan cerita aku.. sebab tu la aku tak suka kem ni.. dengar kem je aku rasa nak naik flight pindah korea.. nasib aku tak ada duit tau.. kalau tak, dah lama aku buat..

eh korang, sebenarnya aku nak cerita yang aku kena jadi fasilitator untuk perkhemah sekolah aku.. (muqaddimah bukan kemain lagi kau.. jangan marah ye...) eh,,,,, jangan korang fikir aku nak carik alasan untuk tak pergi, ( sebenarnya memang ye pun.. huhuhu )  tugasan yang diberi mesti dilaksanakan.. Insyaallah ada balasan daripada allah untuk setiap pengorbanan kita.. Amiinn.. okey, tunggu hapdet aku dan kem bahagian 2 pulak... doakan aku selamat.. hehehehehehehe

Wednesday, October 12, 2011

akhirnya ke'MASAM'an aku dipersoalkan..

kredit to abg goo~


hye yu ols.. sihat ke?? hope sihat la yer.. -DUSH!-  (AKU : adeh! saket ah boss! asal luku kepala aku??)  ( BOSS:  nak tulis entry la, bukan nak tulis surat. tak payah nak tanya sihat bagai.. cepat sambung tulis, semua orang tengah perati tu ) hehehehe sori pasal iklan tadi.. okey, kita sambung,,,,,, eyh, apesal tutup hidung pulak ni?? oit-oit!! ini bukan masam bau lah.. korang ni, cepat betul terpedaya tau.. meh la sini aku cerita..

kisahnya bermula begini.................



minggu ni pakwe2 & makwe2 aku periksa akhir tahun.. risau?? tak der lah risau mane pun.. sempat jugak aku pergi kantin minum nescafe ais.. ( eyh, ade kena mengena ke? ) hari ini jugak exam paper bahasa arab.. budak-budak tu kata soalan senang macam makan kacang kuda kukus, so lagi lah aku rilek.. siap pegi kantin kali kedua & bungkus sirap limau ais.. huuuuu~ nyaman tekak..


tapi kenyamanan itu tak berpanjangan.. ada beberapa insiden yang telah menaikkan darah aku yang masih manis ini.. bengang tak benganglah, sampaikan aku rasa nak naik flight sambut krismas kat England jek rasanya... bia sejuk sikit.. aku ni jujur, kalau aku rasa something jek, muka aku mesti akan berubah.. aku tengah marah, so muka aku akan jadi masam ( siapa yg rasa asam kat rumah dia dah habis, leh lah rendam muka aku ni ) & kalau aku tengah hepi muka aku akan senyum 24/7.. hehehehehehe jujur kan aku??


okey, sambung balik... dalam keadaan marah aku masuk dalam bilik guru... tetiba pulak ada seorang cikgu ni tegur aku.. " Hai Umi.. kenapa muka umi ni asyik masam je? " hooolooooooh!!! bila cikgu tu cakap macam tu, aku rasa nak menangis je.. bukan menangis sebab terharu, tapi sebab dia tegur aku.. alah, situasi lebih kurang macam ni, korang demam panas, then mak or ayah korang datang pegang dahi or tanya " Demam ke??? dah makan ubat??" konpem meleleh punya kan.. ( aku salah seorang ) ha~ lebih kurang macam tu lah...


konpem aku nangis kalau bapak aku buat mcm ni..



FYI, aku memang macam ni.. susah nak mesra dengan orang.. kalau aku dah rapat dengan seseorang tu, aku akan rapat dengan dia je.. ye,,, aku tau, perangai macam ni tak bagus.. tapi nak buat mcam mana... hurmmmm please sape yang ada tips, leh kongsi kat sini.. tQ yep! :) sobbsss ( lap air mata ) okey! chow~

Sunday, September 4, 2011

aku pon nak eksyen jugak~

hola~ kekekeke.. ( gelak memberangsangkan ) semenjak lepas-lepas raya ni, den tengok ramai yang dah upload gamba rayo.. huiii~ bukan men terujo laie den nengok.. ado yang macam boria, satu family warna samo yo, ado macam polangi potang, macam-macam ado.. [contoh ei family den la..] macam-macam kaler ado.. dah macam smarties dah den nengok.. naik monyampah pon ado gak.. raso macam nak penampar diri sendiri pon ado.. kekekekeke~

macam yg den bagitau seblom ni, rayo taon ni tak ado la meriah mano.. yo la kan, big boss sakit, anak buah mati kutu la.. tapi rondang, pulut dengan kuah kacang wajib ado.. yo la, tak kan nak makan biskut meri cicah air tea kot pagi-pagi rayo ni, kang orang lain nangis kat kubur, den nangis kat meja makan.. apo pon tak buleh!!

den celik mato pagi rayo tu, dado den sobak len macam.. mak den kan sakit, feel rayo memang tak ado.. adik den lagi la, beli baju harga beratus, akhirnya terperuk dalam almari yo.... tak poie mano pon.. dok la men game 24 jam.. den tengok pon raso janggal la...

walaupun tak kua poie mano, tapi tradisi bermaaf-maafan tak boleh tinggal.. dah macam jadi agenda wajib lepas semayang rayo.. maso tu mula la perasaan insaf datang tak semena-mena.. monangis macam MU kalah men bola.. sampai keluar hingus la baru nak berhenti.. tapi tu sokojap yo, tak sampai duo jam, den buek laie.. apo ado hal, setaun raya dua kali, rayo haji mintak maaf laie.. huhuhuhu~ ( den sorang yo mintak maap time rayo aji )

omak den walopon sakit, still lagi sporting nak tangkap gambar.. memang omak den ni berjiwo artis.. ini la gambar family den.. kitorang 7 beranak yo.. den yang nombor duo, tapi anak perempuan yang paling tuo..


humangaih~ somangat kan?? 

itu ajo lah cerita untuk kali ini.. dikesempatan ini jugak, den nak ucap Solamat Hari Rayo kek korang semuo.. den ni manusio yo, banyak buat salah dan silap.. maap zahir batin yo.. doakan family den solamat-solamat yo.. doakan den copek kurus pon okey jugak.. hihihi~ bye... :)

Monday, August 22, 2011

Apo nak dikato laie?? sonyap yo la....

ehem.. den malam2 cenggini memang den rajin online pesbuk.. bukan sebab apo, malam2 cenggini ghamai kawan2 den pon online samo.. boleh la den nak ngumpat + gosip2 liar sepam duo.. bukan selalu den wat cenggitu..

'peah messanged you'
peah ( bukan namo sobonar )  : kiah, ekau ado dongar tak pasal si siah tu??
den a.k.a kiah : hah,, pasal apo? den tak dongar apo2 pon.. ko den ni pokak??
peah : ekau ni bukannyo pokak, siap sokali dongan badak.. apa pon tak boleh!
den : eh.. ekau ni, macam dahagokan pelempang den yo.. nak kono??
peah : rilek la kiah.. den gurau yo.. hah, si siah tu dah putus dgn pakwe mat saleh dio tu ha.. 
den : la.. bilo maso plak dio kapel?? napo den tak tahu ni?? 
peah : ah! malas la den nak cerito kek ekau.. buang karen den yo.. 
den : hmm.. iyo lah.. eh, anak ekau sihat ko?? lamo tak nampak..
peah : sihat yo.. ekau bilo laie nak kawen ni?? den tringin nak jadi pengapit ekau..
den : camno den nak kawen peah oi.. jodoh pon den tak jumpo laie.. sapo lah den ni kan..
peah : haih.. kojo bosa2 pon tak ado orang nak ko?? polik ekau ni.. den ni kojo kilang yo, dah kawen anak duo..
den : nak wat camno, ekau cantik dari den.. den ni tak ado sapo nak pandang.. den pandang cermin yo la..
peah : polik2.. tak kan ustazah pon tak ado yang nak?? den yang mengaji tak tinggi ni pon da kawen..
den : nak buek camno laie, da tak ado jodoh..
peah : tak ado la, den polik yo.. patotnye ekau ni kawen dulu dari den, bla bla bla..
den : ~ KIAH IS UNAVAILABLE~

offline lagi bagus...


motif gamba ni?? den pon tak tau.. 
tengok yo la.. 
kredit to google pic

Thursday, July 14, 2011

Akhirnya pergi jua...

                  Ajal, maut, jodoh semuanya di tangan Allah.. kita sebagai hambaNya kena menerima dengan ikhlas.. Takziah untuk teman terbaik aku MOHD HAZWAN B. MAJID di atas pemergian ibunda tercinta  NORISAH BT MD YUSOF.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. AL-FATIHAH..

Sunday, June 5, 2011

Please do pray for her~

Tadi aku chat dengan makhluk tuhan yang tak seksi langsung ni, saje je nak borak-borak.. tetibe dia tanya aku soalan yang akhirnya baru aku tau sebenarnye dia dalam kesedihan..


dia (D) : wey, kau tahu tak mak aku sakit?
aku (A): dulu aku pernah dengar. tapi dah okey kan?? ke sakit lagi?? 
(D) : sakit lagi. makin teruk.. tangan kiri makin bengkak.. tak lalu makan.. 
(A) : kau kene kuat.
(D) : aku tau..
(A) : mak kau kat hospital ke kat rumah?
(D) : rumah. dah lame mak aku sakit. aku tak kuat. aku tak ada abang atau kakak. aku dua beradik je.
       ( semua lelaki ).
(A) : sabar.. kau kene kuat. kau kene sokong mak kau, tambah-tambah ayah kau.. 
(D) : doakan..

 sebenarnya panjang lebar kami sembang, biarlah yang lain jadi rahsia..


sebenarnya, kawan aku ni seorang yang hepi sangat2.. tak pernah sedih.. memang tak sangka.. aku bersyukur sebab dia luahkan dekat aku, sekurang-kurangnya aku tahu apa yang terjadi dekat dia.. Please,, do pray for her ( i mean to his mom).. doakan yang terbaik untuk kawan baik aku ni.. tQ..


doakan hanya yang terbaik untuk dia.

Wednesday, February 16, 2011

Apa aku rasa....

masa tadika dulu,
kita bertemu,
kemudian berpisah,
aku tak rasa pun.


naik sekolah rendah,
kau di utara,
aku di selatan,
aku tak rasa apa.


meningkat remaja,
kau dengan si dia,
aku dengan si polan,
aku tak rasa gelisah.


setelah dewasa,
bertemu semula,
di kelas yang sama,
aku rasa suka.


bertengkar,
bermasam muka,
tak bertegur sapa,
aku rasa derita.


kini,
kau 'diikat' oleh si dia,
indah terpancar pada rupa,
aku rasa bahagia.




Alf mabruk ya sodiqati.. arju minkum daiman fi redhaillah.. 



munawwarah & mustakim
13 februari 2011
semoga berkekalan hingga akhir hayat,
jauh dari fitnah dan badai yang melanda..


khas untuk sahabatku, MUNAWWARAH









videokeman mp3
Heaven by Your Side – A1 Song Lyrics


Thursday, March 4, 2010

masanya sudah hampir tiba... SEDIH!


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR..


diz my college or da place i'm was furthered my study in degree.. hmmm memula aku kat cni, aku x saba nak hbis.. tp bile da abes jwb paper last ptg td, otomatik ati aku sedih sgt.. habes je jwb paper last, otomatik habes sudah 6 sem aku kat kuis.. sedih kan...??? bnyak sgt kenangan aku kat sini.. kawan, cinta, sedih, suka, duka semuanyer aku ketemui kat cni.. hmmmmm sedihnyer... wat kwn2, slamat menempuhi alam yg baru, moga hidop kalian senantiasa dilimpahi rahmat dr Yang Esa.. love u all.. BASL 2007/2010..

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template