Showing posts with label euwwww. Show all posts
Showing posts with label euwwww. Show all posts

Monday, February 20, 2012

~HapPy BesDaY to..................... YOU!~

9 tahun = murid tahun 3.

seorang murid tahun 3 dah pandai buat ayat untuk subjek BM, pandai darab & bahagi untuk matematik, yang paling tinggi pandai BERCINTA.. hebat kan??

tapi apa yang ada untuk perhubungan yang menjangkaui 9 tahun?

* kenangan pahit
* kenangan manis
* kawan tikam kawan
* kawan makan kawan
* kawan mulut puaka
* kau belanja aku
* aku belanja kau
* kau hepi, aku hepi
* kau menangis, aku menangis
* kau ditikam, aku menyerang

DAN BANYAK LAGI......

banyak yang telah terjadi dalam tempoh 9 tahun usia persahabatan kami. bermula dengan saling tidak suka antara aku & kau, tak sangka boleh jadi rapat macam ini..

Syukurlah aku kenal kau sebagai sahabat, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak mengenali kau, mungkin apa yang aku kecapi hari ini tak akan wujud. ( aku masuk kuis pun sebab ada kau bukan? ) sebab ijazah dari kuis aku boleh dapat kerja yang aku impikan. 


Aku tahu kau ingatkan aku tentang 15 februari.. bukan aku tak ingat, tapi aku rasa berat nak ucapkan sebab semakin bertambah usia kita, semakin jauh langkah antara kita. kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku. sedih bukan??


tapi apakan daya, kau tetap semakin tua, aku pula sebaliknya.. huhuhu

apa-apa hal pun, Selamat Hari Tua untuk kau CIK ISNAINI BT KASSIM.. semoga apa yang kau impikan akan tercapai dan diri kau akan sentiasa dibawah rahmat Allah..


gambar dekat mines eh? aku pun dah lupa..penat giler time nih!




notanoti : Is, 2 bulan aku akan panggil kau kakak sebab umur kau dah 24 tahun sekarang, aku baru 23 tahun 10 bulan. so, kakak! bila free?? jom kuar!!

Thursday, January 26, 2012

Teknik mengumpat yang ntahapehape

aiseh~ dah pukul 12.03 minit tengahari, time to jalan terkedekkedek+berpeluhpeluh ke sekolah.. tak pe, rilek dulu class mula pukul 12.30.. sambil jalan lenggang kangkung ke pintu dan tindakan untuk menyarung kasut sudah terbayang di akal fikiran, tiba-tiba dengar suara 2 orang pakwe yang aku tak tahu hensem ke tidok..

pakwe 1 : ni lah rumah ustazah yang tak garang tu.
pakwe 2 : ye ke? patutlah aku nampak dia jalan masuk sini.
pakwe 1 : jangan cakap kuat-kuat, kang dia dengar.
pakwe 2 : mane dia dengar, kau ni..



ceh~ ikut hati aku nak sergah je pakwe-pakwe ittewwww.. tapi kang terkujat tersawan aku yang kena pelangkung dengan mak bapak diorang.. tak garang diorang cakap.. tak patut betul. jaga korang. nak ngumpat pun tak pandai.. meh sini aku hantar pergi kursus mengumpat..


notanoti: nak upah CSI suruh cari suara sapekah itu.. huhuhu

Friday, January 20, 2012

~ucapan selamat tahun baru yang dah basi~

hola~ uhuk3 ( batuk jap ) semenjak dua menjak masuk tahun baru ini, tangan aku macam kena ikat dengan batu 1000 tan, malas sungguh rasa nak menulis entry kat blog. aku log in blog, pastu baca entry orang lain, kalau lawak aku gelak, kalau entry tahap nak menayang & pujidirisendiri aku terus tutup, senang cerita.. tapi, kauworang tak rasa kelakar ke, semua benda yang dimakan+beli+dapat pun nak bercerita kat blog. ah, gasak! janji bahagia ye dak.. ( gelak sambil tutup mulut ) aku sebenarnya nak ucap selamat tahun baru 2012..ye, aku tahu ucapan aku dah basi. dah nak masuk tahun baru cina baru nak ucap, baik tak payah ye dak?? eheheheh~

permulaan tahun baru agak baik la jugak. tak de perkara yang menyedihkan aku ( setakat geram2 meluat tu adalah ). sepatutnya sekarang ini aku kena rasa takut+berdebar sebab tahun ini aku praktikum, tapi entahlah, ada banyak perkara yang serabutkan aku, so perasaan takut tu tak datang -datang lagi, flight delay kata kawan aku.

tahun baru ini aku dapat anak murid yang baru, tak ada beza dengan tahun lepas( i mean dari segi perangai , kalau muka konpem berubah ) biasalah kan budak2 suka sanagt main tambah-tambah aku ajar tahun 2, memang menguji kesabaran tapi seronok, sebab perangai diorang ini kadang-kadang buat aku gelak. perkara yang paling buat aku tak boleh lupa:

situasi : dalam kelas 2 Bestari

( aku tengah sibuk menulis kat papan putih ) TIBA-TIBA,

shahirah : Ustazah, haziq tendang kaki saya!
haziq     : saya tak sengaja la ustazah..
shahirah : haziq tipu ustazah.

( tendang kaki pun nak ngadu kan~ )

aku : haziq kenapa tendang kaki shahirah?
haziq : saya tak sengaja. ( muka takut gila )
aku : kalau budak lelaki main tendang-tendang kaki budak perempuan, maknanya lelaki tu suka perempuan       tu, awak suka dia ye?!
haziq : tak! tak suka!
aku  : okey, sambung buat kerja.
shahirah : ha~ dengar tu.. kau ni suka buat aku malu~ sambil cubit2 haziq ( oh pehlizzz! )
aku : hek eleh minah ni, malu2 pulak.. memang tak boleh blah! ( cakap dalam hati )

tapi aku memang dapat rasa yang si haziq tu tak sengaja nak tertendang kaki shahirah.. muka haziq bengang giler. dah ler tak sengaja, kena cubit-cubit manja pulak.. shahirah pulak sampai kesudah sengih jek.. oh lala~ adakah perempuan ittew perasan?? oh gosh! gosh! gosh!

 ADAKAH AKU YANG BERSALAH?


mak pesan tak boleh bercinta masa kecik-kecik

sumber gambar : klik sini



nota-noti : tak sabar nak jumpa diaworang lepas cuti tahun baru cina!

Sunday, November 20, 2011

siapakah ini????

~sila klik untuk membesar seperti jaguh~

cer teka, cer teka siapakah budak di dalam bulatan ini :

A. Misha omar kecik-kecik
B. Wan Maimunah kecik-kecik
C. Bukan semua diatas

jawapannya ialah A>K>U.. hehehehe muka aku ni selalu konpius.. first time aku nampak gambar ni, aku gelak gila2.. kelakar kot.. dah puas gelak baru aku terfikir, nampak sangat muka aku tak cantik. hahahaha~
tapi serius aku tak ingat langsung nama diorang semua ni.. muka je lah aku ingat-ingat lupa.. budak laki hujung pakai songkok tu aku ingat la sebab dulu aku penah syok kat dia.. yang lain jangan tiru tabiat luar habitat ni yer.. dosye.. hik3.. zaman kecik kecik dulu memang kelakar.. hmmmm kalau lah boleh putar semula, perkara pertama yang aku akan buat kawal pemakanan aku, dari kecik makan tak banyak konpem selim melim aku.. agak-agak kalau aku jumpa diorang ni, diorang ingat aku lagi ke tak?? tak kisah la kalau tak ingat.. tQ korang sebab hadir dalam hidup aku & buat jalan cerita kehidupan aku berwarna warni.. miss korang semua.. 

Wednesday, November 9, 2011

Mengigau

ala, baru pukul 9.30 pagi, sekolah mula 12.30 kejap lagi. nak buat ape pon tak tahu.. "triitttt trittttt triittttt..." eh, kenapa pulak ustaz fauzi call aku ni, tak penah-penah call pun..

"Assalamualaikum ustaz, kenapa ye?"
"Maaflah ganggu pagi-pagi ni, sebenarnya saya ada berita yang kurang baik nak bagitau kat kamu"
" apedia ustaz?"
"kamu digugurkan daripada kursus sebab tak hantar esaimen. maaf"
"ustaz!!!!!!!!!!! jangannnnn!!!!!!!!!!" aku mampu menangis tersedu sedan je..


tetiba aku tersentak.. fuhh.. nasib mimpi.. terkejut aku dengan mimpi aku.. siap ade air mata lagi woo kat mata aku.. takutnya la kalau jadi betul-betul.. so, mulai saat ni aku kene tungkus lumus buat esaimen.. (hahahahaha! ayat nak gempak, padahal hareeeemmmm) okey, masa untuk mulakan misi tengok adamaya pukul 10.00 buat esaimen pendidikan.. chayok3!! challow betey!


Wednesday, October 19, 2011

Daki dunia...

salam salaman semua.. sila jangan gentel daki yang ada.. entry kali ni bukan nak cerita pasal daki daku daka yang ada kat badan korang semua, tapi aku nak cerita pasal daki dunia.. eh, sejak bila dunia ada daki?? eh eh dan eh lagi..

eksyeli, aku teringat perbualan aku dengan ayah aku hari tu.. aku berceritalah pasal nak beli kereta tu, nak beli kereta ni, ( padahal lesen harraaaammm... tak ada pun. ) ayah aku pun layankan je lah... kalau dia tak layan, aku still cerita jugak, baik dia layankan aje.. tengah aku sedap-sedap cerita, tetiba keluar cerita pasal hutang kereta.. lepas tu dengan gaya penuh ke'ustaz'an nye beliau berkata:

"harta benda, wang ringgit ni ibarat daki je. macam manusia juga, setiap kali mandi mesti hilangkan daki, kejap lagi ada balik dakinya.. macam tu jugak harta.. tak pernah habis.. daki dunia je semua ni" 

aku Kayo! aku Kayo!

betul cakap ayah aku, harta benda ni semua daki dunia je.. bukan boleh bawa masuk kubur.. tapi, kenapa disebabkan 'daki dunia' ni ramai yang sanggup PECAH AMANAH, BERBUNUHAN, BERSANTAUAN, BERBOMOH-BOMOHAN, BERDENGKI-DENGKIAN?? kenapa?? kenapa?? sebabnya DUIT ADALAH SEGALANYA.. tak nak mengaku??? pergi terjun tingkat 15 la.. okey,bye, challo..

Tuesday, October 11, 2011

Bau KETIAK lelaki mampu menjadi penawar stress wanita?? wat da euffff???


kredit to : GelakJE.com

helo gegurlz sekelian alam.. eh, belum start baca entry dah muntah?? sori ye kalau ada yang anggap entry ni sedikit loqlaq.. aku bukan GS ye.. GPS pun bukan apetah lagi TGV.. ( lama tak tengok wayang ) okey, sekadar info tambahan.. meh kita baca..

Definisi ketiak : ketiak adalah salah satu bahagian yang terdapat pada badan manusia samada lelaki, perempuan, khunsa musykil hatta orang utan pon ado ketiak mereka sendiri.. ketiak seringkali dikaitkan dengan BUSUK, MELEKIT, dan yang paling sinonim ialah BULU..  bulu ape?? hantam aje la.. asalkan bukan buluzaton @ blouse. ( buluzaton adalah terjemahan bagu blouse di dalam BAHASA ARAB )

okey, sudah-sudahla dengan ayat skema aku.. -switch mood-

sebenarnya aku tak tahu pun pasal info ni, tQ to MY BFF (tangan kat dada mata juling tengok kipas)  sebab bagi aku info pasal ketiak ni..  aku sangat terharu okey.. ( tangan kat bahu mata tengok cicak kat siling tengah ehem2) okey, korang baca dulu sementara aku pi cari baldi mana tau ada yang nak muntah..


so gegurls sekalian alam semesta, sape-sape yang stress sila cuba kaedah diatas dan jika berkesan, jangan lupa tinggalkan testimoni kalian disini ye.. mana tau ada gurls yang lain nak buat.. dan untuk kaum jejans kat luar sana, please jangan senyum lebar sangat............. (especially to MY BFF )


okey bye.. -off to ladies- bluuweekkk!!!


perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template