Monday, October 3, 2011

mulut oh mulut...



"aku ade mulut, sukati makbapakmoyang aku ah!"

"hamboi mulut.... penampo lima das mao?"

"tu dia cakap, seghupa mulut ade insuran je kan?"

"kerana mulut badan binasa" ( nada ceghita p.ramlee )

" mulutku mulutmu jua " ( hokey, tak lawak )


kita semua dah lali kan dengan kata-kata atas ni?? tak kita yang sebut, orang lain yang sebut kat kita.. mulut itulah, mulut inilah, mulut mulut mulut.. haih~ meluat aku dibuatnya.. kalu sebut pasal mulut, secara otomatiknya dgn pusingan kepala 360 darjah semua akan tumpu kepada kaum HAWA.. kalau boleh sampai teleng kepala punya nak tunjuk yang kaum HAWA ni sinonim dengan perkataan M.U.L.U.T... tapi, kenapa mesti HAWA?? adakah kerana mulut kaum HAWA lebih molek dan mugil?? mulut yang sentiasa pakai lipstick tebal limaploh inci?? atau mulut yang tak hisap rokok?? (hello~ pompuan skarang pon da hade hisap rokok hape..  ) okeh, kita tolak andaian yang ke-3.. mungkin hanya kaum HAWA je yang hade mulut??

bibir mak jemah..



mesti semua konpius nak pilih jawapan yang mane kan??? pada pendapat aku, mungkin sebab perempuan ni suka bercakap, yelah kan, jumpa kat pasa bercakap, jmpe kat kdai menyembang, hatta jumpa kat pesbuk pon jadi keje, padahal duduk serumah.. haaa.. jangan tak ngaku plak.. ( aku pun gitu jugak ) hehehe~ dah menyembang, takkan nak cerita pasal rukun iman & rukun islam kan, mestilah cerita yang "HOT".. ape barang cerita pasal perkara fakta, kalau boleh biar tambah perasa sesenduk dua.. baru UMPH!! selipar jamban jiran sebelah cantik pon leh jadik cerita sampai pat lima jam menyembang.. mula-mula cerita pasal selipar jamban cantik, lama-lama masuk plak cerita sampai kedalam hal kelambu dia... biaselah tu, ye dak?? tapi kalau kat akhirat kena la balasan luar biasa...

belum lagi cerita pasal LASER meLASER ni.. ( ini aku.. aku mengaku ) dulu aku memang suka laser orang.. bukan laser macam mata superman tu, tapi cakap main lepas je nak hentam orang.. sampai 1 hari ni, aku jumpa dengan sorang ni.. dia memang raja laser.. ( da name pon raja kan, so paham2 je la..) sekali dia lasernya aku, sakit hati bukan kemain lagi.. rasa macam nak tumbuk sambal belacan kuat-kuat je time tu.. tapi sebabkan dia, aku tersedar.. baru aku tau sakitnya hati kalau kena laser kan.. so, aku mula la nak berubah.. mula-mula susah sangat, mulut ni gatal je nak cakap banda yang sakitkan hati orang, sampai aku tampar mulut aku.. tampar slow2 jek.. sakit wooo... lama-lama dah okei.. Alhamdulillah..

mesti ada yang kata aku ni tak syukur jadik pompuan, siap nak kutuk-kutuk segala bagai.. haih~ aku bukan kutuk la, aku cerita realiti sebenar.. aku bukan kerja kat Meloda @ urtt, mahu pun majalah pelam.. aku ni kerja biasa yang mengharapkan pahala luar biasa.. ( ceh,, poyo je aku.. ) siapa yang hentam aku, mesti dorang pon tergolong dalam golongan macam ni.. aku mengaku, seronok dengar cerita pasal hal orang ni, seronoknye serupa macam makan cekedis, dah habis pergi beli lagi.. tapi kena beringat la.. hari ni orang ni cerita pasal orang tu, tak tahu lagi hari-hari esok, entah-entah orang ni cerita pasal ko pulak.. masa tu baru la nak menyesal bagai..

bukan perempuan je yang suka buat benda macam ni.. LELAKI pun ada.. tapi cara diorang lain sikit la.. tak der lah sangat keterbukaan macam orang perempuan.. senyap-senyap je... jangan nak sengih lebar sangat ye kaum lelaki.. macam mane aku tau?? ( well, kalau dah kawan laki lagi ramai daripada kawan perempuan memang cenggini ye dak?? )

so, kesimpulannya, majulah mulut untuk negara??? bukan,,, bukan tu yang aku nak cakap, gunakanlah sesuatu setimpal dengan apa yang perlu.. tak payahlah nak over sangat.. dunia ni pon dah tua.. sama-sama kita beringat.. :) jangan sampai nikmat itu ditarik semula oleh yang Maha Pencipta..

0 budak suka berjalan balas:

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template