Saturday, January 10, 2015

Hanya berbaki 3 tahun

Tahun baru, azam baru. Azam lama campak dalam longkang, jirus air bagi hilang. *THORBAIK*


Friday, December 5, 2014

Hakikat yang tidak diundang


sudah bersediakah kita?

Sejak dua menjak ni, banyak berita mengenai kematian yang aku terima, baik dari jiran tetangga, jiran dua tiga tangga tak kurang juga jiran tak bertangga. ( okey, tak lawak ) banyak-banyak berita kematian yang aku terima, berita yang aku terima tiga hari lepas sangat-sangat terkesan dalam jiwa aku.

aku ade seorang kawan. nak kata kawan baik pun bolehlah. kalau tak baik takkan aku boleh berkawan dengan dia kan? pagi tu dia mesej aku yang dia nak balik rumah orang tua dia. kami berbalas-balas mesej sampailah tengahari tu dia mesej arwah ayah dia dah tak ada. aku jadi tergamam. aku call dia tapi aku jadi kelu. aku hanya mampu ucap takziah dan suruh dia bersabar.

lepas aku matikan talian, aku terfikir, bersediakah aku kalau aku mengalami situasi yang sama macam kawan aku ni? tetiba terima panggilan mengejut mengatakan orang tua aku dah tak ada. Allahurabbi.. aku masih belum mampu untuk menerima ujian seperti itu. sedangkan dapat tahu mereka sakit pun aku dah tak tentu arah, inikan pula mereka pergi tinggalkan aku.

masa zaman belajar, aku dengar kawan-kawan luah perasaan tentang abang atau kakak diorang lama tak balik kampung jenguk orang tua, aku kutuk-kutuk dalam hati. bila aku sendiri yang dah berkerja, walaupun tempat kerja 30 minit dari rumah orang tua aku, tetap aku sukar mencari masa untuk bersama diorang. tipulah kalau aku tak rasa serba salah.bila serba salah, aku hanya mampu berdoa ajelah. mujur mak dan ayah memahami.

kadang-kadang pernah hampir seminggu aku tak call parents aku, dan mereka berkecil hati.mungkin bagi kita perkara biasa, tapi bila melibatkan perasaan ibu ayah, perkara itu wajib dipandang serius. zaman belajar bila nak jawab final exam, mesti aku akan call mak minta restu. tapi baru-baru ni macam mana aku boleh lupa nak call mak pun aku tak tahu. sudahnya aku terlepas cakap yang aku ada final exam  dan mak tanya " Allah.. kenapalah tak bagitau mak? cubalah kalau buat apa-apa tu bagitau mak." aku sentap. berkali-kali aku istighfar. Allahurabbi... ampunkan aku Ya Allah..

aku masih memerlukan mereka. masih mendambakan didikan mereka. aku menyayangi mereka sepenuh jiwaku. mereka yang terbaik Allah hadiahkan dalam hidupku.  tanpa mereka aku yang sekarang ini tidak akan wujud. Allahumghfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kamarobbayani soghiro.. Ya Allah kau ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil. Amin..

Ya Allah, kau jauhkanlah sambaran api neraka pada wajah mereka. Amin..


notakaki: untuk sahabatku yang telah kehilangan ayah yang tersayang, takziah aku ucapkan. aku doakan kau tabah hadapi semua ini. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Allah lebih sayangkan arwah. i'm really miss ur smile bro. bertabahlah. take care of ur family.

Tuesday, November 4, 2014

kau kunci cintaku didalam hatimu ( fefeling lagu ziana zain )





me and my broken heart? acah mak enon..

lately ni, banyak orang disekeliling aku bercerita tentang hatinya dikecewakan, cinta putus ditengah jalan, pelamin anganku musnah dilanda taufan, kau khianati cintaku yang ala-ala suci murni ini dan sebagainya. ada yang aku dengar aku rasa sebak sangat, ada yang aku dengar macam nak hempuk pun ade. yelah, orang yang kau sedihkan tu laki orang kot. tolonglah berfikir secara kritis dan kreatif sikit sebelum nak manjalinkan sesebuah perhubungan, tak gitu?

tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sedih atas sebab-sebab macam ni. frust menonggeng kot. sedih memang sedih, tapi kalau menangis sampai keluar taik hidung kaler hijau sekalipun, keadaan tak akan berubah. dah jodoh dia dengan orang lain, redha ajelah. itulah cara yang paling terbaik.

macam mana cara nak atasi?hurm.. actually susah jugak sebenarnya. even aku dulu pun hampir sebulan jugaklah bersedih. pergi keje muka macam tapir. tisu always dekat tangan. bayangkanlah, tengok kucing mengiau nak mengawan pun aku boleh menangis. Masa tu aku fikir " kucing pun ada jodoh, kenapa aku tak jumpa jodoh aku ni? " sedih tak?

korang tengok muka kucing jantan tu, kemain miang lagi. muka macam gengster pun ye jugak. tampar nak?
okey, sharing is caring. so, aku nak juga share beberapa tips yang aku buat sebelum aku boleh move on. aku tak cakap tips ni berkesan kat korang, tapi untuk diri aku memang berkesan. Alhamdulillah.

PERLU DIINGATKAN ENTRY AKU NI BUKAN UNTUK MENGGALAKKAN KORANG BERCINTA, ENTRY NI AKU NAK BERKONGSI TIPS SAHAJA YE.KORANG NAK BERCINTA, KORANG PUNYA PASAL. AKU TAK SURUH. HUUUUUU~


KUATKAN HATI : syarat utama nak atasi broken heart ni hati kena kuat. memang kena kuat untuk lupakan si dia. selagi kau tak boleh lupakan si dia, selagi tu kau tak akan pulih.

SEPIKAN DIRI :  maksud aku dengan sepikan diri ni bukan dengan semua orang, tapi dengan si dia. toksah nak contact dia lagi sebab nanti akan buat hati korang bertambah parah bila dia tak reply mesej dan tak angkat call dari korang. iyelah, orang tengah bahagia, kau pergi kacau dah kenapa? 

MENCARI PENCIPTA :Nombor 2 ni memang penting. hati kita ni Allah yang pegang. kalau hati tengah sedih, jumpalah pencipta hati kita tu dan mengadulah sepuas-puasnya dengan DIA. DIA maha mengetahui lagi maha penyayang. memang agak klise, tapi really-really works! tak percaya, cubalah.

DOA :setiap kali aku teringatkan dia, aku akan baca dalam hati aku LAILAHAILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZALIMIN. Ayat ni memang untuk kesedihan yang mendalam. setiap kali teringat dia, aku akan baca sampai aku rasa lega. mula-mula aku amal ayat ni, aku baca sambil menangis, dengan nafas tersekat-sekatnya, airmata toksah cakapla macam air terjun. kalau tadah airmata aku, boleh cukup 7 tempayan tau..

KONGSI CERITA : berceritalah dengan orang yang kau percaya. time ni adik beradik dan kawan-kawan memang memainkan peranan yang penting sebab kau akan cerita benda ni berulang kali. proses nak melupakan seseorang bukannya senang. A big thanks to adik-adik aku terutamanya Ain. Pukul 3 pagi aku call dia sebab nak bercerita benda yang sama tapi dia still layankan aku, dengar aku menangis, tenangkan hati aku even time aku call dia dah tidur. beruntung kan aku? selain tu orang yang sangat-sangat membantu aku adalah kak ella dan suraya. sangat membantu. kata-kata dia orang banyak buat hati aku lega. Aku sayang korang!

DENGAR LAGU : tapi elakkan dengar lagu-lagu putus cinta. pasang lagu-lagu yang boleh beri semangat. (lagu-lagu ketuhanan dan zikir sangat-sangat digalakkan) contoh lagu-lagu yang aku selalu dengar : SURVIVOR- destiny child, THERE YOU GO - pink, I'M NOT OKAY & I DON'T LOVE YOU - my chemical romance, I WILL SURVIVE- gloria gaynor ( lagu ni paling aku suka!) GIVE YOU HELL - all american reject, I REALLY DON'T CARE - demi lovato dan banyak lagi. 

SIBUKKAN DIRI : bila kita sibuk buat sesuatu, kita akan lupakan kesedihan yang kita alami. pergila melancong atau jalan-jalan kat mana-mana, atau pun start doing something yang dulu memang kau nak buat, tapi tertangguh, contoh pergi usrah @ halaqah, belajar resepi baru, belajar menjahit ke atau apa-apa saja. 

IMPROVE YOURSELF : semua yang berlaku mesti bersebab. muhasabah diri dan fikir apa yang tak kena dengan diri kita. mungkin kita tak cukup berbakti dengan emak dan ayah kita, belum kahwin nak balik jenguk mak dan ayah pun susah, ataupun diri sendiri pun tak terurus, makan minum ikut aci sempat, mengemas rumah dan memasak pun malas, dan lagi 1 mungkin hubungan dengan tuhan pun langsung tak jaga, itu pun mungkin di antara sebab-sebab juga kenapa Allah tak datangkan jodoh kepada kita. WALLAHU'ALAM. 

TERIMA HAKIKAT : terima hakikat yang korang not meant together. Manusia mampu merancang, tuhan yang menentukan sama ada perancangan kita tu berjalan dengan lancar atau tidak. PLEASE JANGAN GANGGU RUMAH TANGGA SI DIA. biarkan dia bahagia dengan kehidupan dia. Allah maha adil lagi maha penyayang. Sooner or later hari bahagia kita akan tiba juga. jodoh akan sampai at the right time with a right person. just chillex....

MEMAAFKAN : ajar hati kita supaya maafkan si dia. dendam dan benci tak akan boleh merubah apa-apa, benda yang berlaku akan tetap berlaku. bila kita dah boleh maafkan si dia, automatik bila kau dengar, tengok atau lalu tempat yang selalu korang pergi dengan si dia, korang boleh tersenyum. nak tak nak korang kena akui hakikat yang sebenci macam mana pun korang kat dia, dia pernah buat korang bahagia jugak walaupun tak berpanjangan. DAN lepas korang boleh maafkan si dia, percayalah hati korang akan jadi selapang-lapangnya dan korang akan bangkit dengan semangat yang baru. life is short. jangan bazirkan masa korang dengan ingat seseorang yang bukan diakdirkan unruk korang. STAY CALM AND MOVE ON BEBEH!






Thursday, June 19, 2014

Cinta si kucing miang

Hari ini hari Jumaat. lagi seminggu nak puasa Ramadhan. tak sabar sebenarnya sebab tahun ni tahun 1st aku puasa sorang2. Al-maklumlah housemate aku semua miang, so diorang kahwin dulu sebelum aku.. haha. kidding.. Alah tak heran. This ain't no killing me ok ( dalam hati jeles tahap petala ke8 )

Okey terus masuk topik kita hari ini. Cinta si Kucing miang. Kucing miang yang aku maksudkan bukanlah kucing betul-betul yang kita dok bela tu, yang aku maksudkan adalah PLAYBOYers / PLAYGIRLdiks. Tipulah kalau ada yang cakap diri tu suci dari benda macam ni. If korang tak macam ni mesti korang ada kawan macam ni kan? tak pun korang pernah dimainkan dengan orang yang macam ni.

Aku? hurm.. Aku ada kawan yang macam ni, aku pernah kena dengan orang yang macam ni dan aku juga pernah jadi macam ni. ( haip! jangan buat muka ye, ahkak taula muka ahkak ni bukannya stok hanis zalikha )
so, fair and square. ( tak yah nak lap air mata sangat ye umi! )


SUMBER : acik google

Bagi aku ada beberapa faktor yang boleh mendorong seseorang jadi sebegini rupa: 
( pandangan berdasarkan pengalaman. aku tak buat research / baca mana-mana buku.)

  • nak enjoy puas-puas 
 Ada ramai kawan-kawan aku (terutamanya lelaki) sebelum kahwin merekalah raja segala buaya kat darat ni. Tapi lepas kahwin merekalah yang paling setia. Aku tengok dekat FB, IG berlambak gambar bini je. Bak kata wan ( bukan nama sebenar ) " sebelum kahwinla nak enjoy.pasang kiri kanan. Nanti dah ada komitmen, susah. Memangla lelaki boleh kahwin 4, tapi tak semua lelaki mampu kahwin lebih dari 1. Masa bercinta nak pasang banyak-banyak, free je. Tak kena bayar sampai beribu. " 

  • Cari yang terbaik
Aku paling tak suka orang guna alasan ni untuk tutup perbuatan tak semenggah diorang. Pasang banyak-banyak sebab nak cari yang terbaik? Nonsenses. Berusaha jadi yang terbaik, InshaAllah orang yang baik akan datang kepada kita. Tak gitu? kalau kau stok clubbing, pakai seluar pendek nampak lutut berbulu, sondol perempuan sana-sini tapi idamkan perempuan pandai mengaji tudung labuh bagai, agak-agak dapat tak?

  • Isi masa lapang
Kekasih hati jauh dari pandangan mata, tapi dalam masa yang sama mata kau berbulu je tengok kawan kau berkepit dengan pakwe / makwe kehulu kehilir. so, kau pun decide nak pasang stok ala-ala kekasih gelap gittewww. Bermula dengan seorang, tetiba dah pasang 3 orang. Lepas tu jadi seronok, kau pun tambah cawangan dan bermulalah episod menipu kiri dan kanan kau. Episod yang paling sadis bila terkantoi dengan buah hati kau yang jauh dari pandangan mata itteww... masa tu baru kau tau erti kesedihan. Tapi, pernah tak kau fikir hati-hati lain yang kau permainkan tu? Pengorbanan yang diorang buat untuk kau? Masa yang diorang habiskan untuk kau? S.A.D.I.S


  • tuntutan nafsu
Bukan lelaki je macam ni, perempuan pun banyak. Zaman sekarang ni zaman longgokan dosa. Zaman orang lakukan dosa secara terang-terangan. i tell u what, banyak kawan-kawan aku yang macam ni. Masing-masing dah ada kekasih setia, yang dah bertunang pun ada tapi still pasang banyak sebab nak kenyangkan nafsu syaiton tu. Golongan yang macam ni pulak terbahagi kepada dua :

  1. dia dan pasangan / tunang mempunyai hobi yang sama iaitu suka menyondol.
  2. dia suka menyondol tapi pasangan/tunang stok masuk masjid.
Untuk yang nombor 1, no wonderla kalau pasang banyak pun sebab korang 2-2 pun perangai tak semenggah. Ahhh!! pepandai korangla nak settlekan.

Untuk yang nombor 2 ni memang kesian. Memang wujud pun makhluk perangai macam ni. Pasangannye tu punyala menjaga kehormatan, tapi dia sedap menyondol perempuan sana-sini ( bagi lelaki ) yang perempuan pulak sedap-sedap bagi kena sondol. Pastu bila depan pasangan tunjuk muka kemain suci. Aku doakan yang terbaik untuk korang. 

  • tunjuk power
Macam kita sekolah dulu lah kan, siapa dapat hadiah sukan paling banyak dia paling power. Tapi zaman bercinta mana boleh aplikasikan teori ni. masing-masing dah besar. kalau kecik-kecik dulu, kawan sakit hati sebab kita dapat banyak hadiah, paling kuat pun dia tak nak kawan kita. Dah besar gajah pun korang buat macam ni, tak kesian ke kat orang yang korang permainkan tu? Kemegahan tak bawa kemana. kang kat akhirat jenuh merangkak nak mintak maaf.

  • dia yang mintak, aku tak nak
Ni alasan paling sengal. kalau kau tak nak kau melayan apehal? deng!

  • cari pengalaman
Orang lain pasang banyak, kau pun nak jugak. Kau tak ada hati dengan dia, tapi untuk teruskan keseronokan kau, kau kikis duit dia. Kalau dia dah tak bagi apa yang kau nak, kau tinggalkan dia. Jujur aku cakap, masa umur aku 18 sampai 21 tahun aku ada berkawan dengan lelaki ni. Aku tak suka dia, tapi sebab dia selalu bagi apa yang aku nak jadi aku pejam mata dan teruskan kawan dengan dia. Akhirnya dia putuskan hubungan dengan aku. Memang aku happy sebab aku pun tak ada hati dengan dia. Itu yang pertama dan yang terakhir aku buat macam tu sebab sangat sengsara untuk teruskan perhubungan dengan seseorang yang kau tak ada hati dengan dia. Setiap mesej, call, pesanan dari dia semuanya sangat meng 'annoying' kan kau. Tapi bila kau semakin tua, kau akan terkenangkan dosa-dosa silam kau. Masa tu baru kau rasa kaulah manusia paling bodoh sebab layan manusia lain macam tu. Dan jangan salahkan takdir kalau kau dipermainkan macam tu. *FACT* 

Mungkin banyak reason lain yang aku terlepas pandang. tapi apa-apa pun satu je aku nak cakap;

MACAM MANA KITA NAK ORANG LAIN LAYAN KITA, 
KITA PUN KENA BUAT BENDA YANG SAMA.








Thursday, July 11, 2013

RAMADHAN #2 : saya sahur makan lauk udang!

harini first day puasa dekat sekolah. dalam hati aku tak sabar nak jumpa anak murid aku. nak tengok gelagat diorang berpuasa. masuk je kelas 2 Dinamik @ kelas anak kesayangan, aku perhati muka sorang-sorang masa tengah berdoa.. ada yang cergas, ada yang dah melepek..

'siapa yang puasa arini?' soalan aku yang pertama lepas suruh diorang semua duduk.
'ustazah, irfan tak puasa.' macam biasalah ntv7 bergerak ni memang tak boleh diam. ada je benda nak dia adunye. siapa lagi kalau bukan asyraf!
'ishk awak ni. kalau betul pun irfan tak puasa, tak payah la nak bagitau semua orang.' aku menegur. bukan apa, aku tak naklah si irfan tu menangis. ( irfan memang cengeng. pemadam kena pijak pun menangis.)

aku menoleh ke arah irfan. kan betul aku cakap, muka dia nak menangis.

'irfan nape tak puasa sayang?' aku tanye lembut hokeyy..
'saya penat.'
'owh.. nanti esok, irfan cuba puasa ye. tak rugi tau puasa. lagipun kita sekolah sekejap je. 5.30 dah balik. macam ni, malam ni lepas siapkan semua kerja sekolah, irfan terus tidur. nanti esok tak de lah penat sangat. tak pe, ustazah dulu pun macam awak jugak.' ( padahal i olss start puasa dari tadika tau )

mata aku terus mencari mat yo. budak talesimia tapi sangat kuat semangat.

'mat yo, awak puasa ke arini?'
'saya puasa ustazah.'
awak sahur apa pagi tadi?'
'saya makan roti dengan air susu.'
'tak makan nasi?'
'saya tak lalu'
'awak tahan ke ni?'
'tahan. saya dah biasa'

lagi buat aku kagum dengan dia.

'ustazah pagi tadi saya sahur ayam gorang.' darwisy bersuara.
'saya makan lauk buka semalam.' shazwien pulak cerita.
'saya makan sosej dengan nasik goreng.' muzzamil pun nak bagitau jugak.
'saya sahur makan lauk udang.' teka siapa yang bercakap? FATIMAH! aku betul2 terkejut nak meninggal.

'ye ke, siapa yang masak?'
'bibik' dia jawab sepatah je. ok lah tu, sekurang-kurangnye dia nak bercakap dengan aku.

kelas diteruskan tanpa sebarang gangguan. walaupun Fatimah dah mula ingin bercakap dengan aku, aku tetap jugak teruskan 'perang dingin' aku dengannya. bimbang perkara yang sama berulang lagi.


RAMADHAN #1 : semangat membara

pagi-pagi aku dah bangun tolong mak aku masak sahur. ( ye la, dah name pun sahur, mestila bangun pagi ye dak? ) pagi ni mak aku masak sambal sotong dan aku goreng ikan kerisi 4 ekor. ( makan sorang sekor je )
pagi yang amat menyelerakan. macam biasa kalau mak yang masak mesti aku menambah walaupun sesimple macam ni.. ayah aku makan tak bertambah. tak lalu agaknya.

lepas sahur, ayah minta tolong aku cuci alas meja meniaga.. alas plastik tak pernah berbasuh. ayah cakap basuh sikit2 je, janji hilang kesan hitam tu. dengan semangat yang membara lepas solat subuh & baca 2 m/s Al-Quran, aku pun memulakan misi aku memberu alas plastik tu. kemain aku sental, sampai jiran aku yang nak keluar kerja sempat menyembang dengan aku..

tengah semangat memberus, tetibe hujan lebat turun.  lebatnya hujan tu semakin lama melunturkan semangat aku. Rasa macam nak masuk rumah, mandi, tukar baju & tidur. ayah aku melaung dari dalam rumah, dia suruh aku berhenti memberus. nanti hujan dah berhenti dia sambung berus. tu yang tak sedap tu. tak kan ayah aku nak duduk memberus pulak. aku pun sudahkan memberus.

mak dan ayah puji aku melambung2 sebab berjaya siapkan keje tu.. aku sengih2.. lepas mandi, aku pun tidur. tidur yang sangat nyenyak. sedar-sedar pukul 1! APE PUN TAK BOLEYYYY!!!

Sunday, July 7, 2013

Cinta dan pengharapan ( edisi leleh hingus )

kecik - kecik dulu bila kawan-kawan sebut pasal cinta mesti akan cakap " eee yeekk, geli la. ei, ei, ei! " kalau tersentuh tangan budak laki, cepat-cepat lap kat baju, konon-konon nak hapus dosa.. padahal kalau kawan-kawan kita ejek kita dengan budak laki, dalam hati kemain suka. balik rumah siap berangan-angan lagi. (hapeee pon tak boley la kau kiah!) siap tulis kat buku I LOVE ________ ( nama budak laki yang digosipkan dengan kita ) lepas tu, kantoi dengan ayah, mula menggelabah biawak. siap mintak ampun maaf bagai.. ( aku la tuh!) haih~ memang kenangan..

itu dulu, 15 tahun lepas. sekarang aku dah 25 tahun. suku abad dah.. bila umur pun dah meningkat, kegatalan pun akan meningkat naik sama. (huhu) LOVE-BREAK-LOVE AGAIN-BREAK AGAIN memang dah jadi lumrah hidup. bila tengah hot bercinta kemain lagi status kat facebook siap bunga daun bagai, bila dah break petir halilintar taufan H1N1 semua keluar. huh! so scary~

bila dah menjangkau umur hampir ke 30-an ni, ramai wanita2 bujang + berkerjaya kat luar sana dah mula mengelap dan menyeka peluh jantan, betina waima khunsa yang rancak dan berlari-lari keluar. makin dekat, makin kuat peluhnya dik non.. siap boleh tadah dalam baldi. euwwww~ uwek!

itu kes yang masih bujang, yang tengah hot-hot cintan cintun (gitteww) masing-masing mengharapkan hubungan percintaan ni berakhir dengan sehelai sijil yang sah ( sijil nikah ). dah puas bercinta, kena berharap dan berdoa agar harapan itu dimakbulkan Allah coz only Allah know the best.. ewah! speaking pulak kau jemah! kalau Allah tak makbulkan, start dari awal semula =  cari - cinta - harap - nikah.. tidak semestinya apa yang kita harapkan, akan berakhir mengikut kehendak kita.. sehebat mana pun kita merancang, kita kena ingat ada "perancang' yang maha hebat disebalik rancangan kita tu..

doakan ketabahan milik aku.. sobss



oh Fatimah~

"Fatimah, bangun bace perenggan 1."
"Fatimah, bangun tulis kat depan."
"Fatimah, bangun pergi kat meja ustazah, ambil buku latihan."

berilah 1000 arahan sekali pun, Fatimah tetap diam, kalau datang angin tak baik, dia menangis. aku tak pernah dengar suara fatimah. sekali pun tidak. ( kecuali kalau aku paksa dia membaca @ menghafaz ayat-ayat lazim ), nak dengar dia bercakap sendiri, terjun bangunan 5 kali pun belum tentu dia akan bercakap.

Siti Fatimah, umur 8 tahun, berada dikelas 2 Dinamik. kalau korang nak tahu, guru kelas 2 Dinamik ni baik orangnya.. nak tahu sape?? Akulah... hahaha!! puji diri sendiri, kau mampooo?? disebabkan aku guru kelas, kebanyakan masa aku selalu berada diawal waktu.. so, setiap hari aku akan lihat drama air mata fatimah yang tak mahu pergi sekolah.. dia akan merengek-rengek depan pintu kelas. berlarutan sampai hari ini.. ( sekarang fatimah dah pandai, dia pilih masuk kelas bukan pada waktu aku mengajar )

ada satu yang aku suka pada fatimah. BIJAK. dia sangat bijak walaupun dia tak pernah tunjukkan apa-apa reaksi. kerja rumah semua siap. apa yang aku suruh hafal, semua dia buat. sampaikan aku TERberi perhatian yang lebih dekat dia. aku suruh dia ke depan, aku suruh dia bercakap, aku  libatkan diri dia dalam kelas. ya, aku gunakan kaedah aku suruh-kau buat. aku tak nak fatimah terus menjadi seorang yang sangat pasif.. kalau kena gaya, dia akan buat. kalau datang mood tak baik, dia akan menangis. bila dia menangis, baru aku tau erti penyesalan.. -_-

Guess what, fatimah tak sukakan aku. macam mana aku tahu? aku pernah tanya secara rambang dalam kelas siapa yang tak suka aku. aku beri jaminan yang aku takkan marah. tekalah sapa yang angkat tangan? ya, fatimah! masa tu baru aku tahu rupanya dia tak suka cara aku ajar dia. tapi aku tetap buat macam biasa, sampai 1 hari ni dia tunjukkan belang dia. dia hantar buku latihan dia, dengan cara dia campak ke tangan aku. masa tu memang aku menyirap senyirap nyirapnye. dalam kelas aku, fatimah sorang je aku tak pernah marah walaupun dia lupa bawak buku, lupa buat kerja rumah dan bermacam-macam kesalahan yang lain. kalau budak lain, dah macam mak tiri aku buat.

masa tu baru aku betul-betul tersedar tindakan aku yang terlalu memberi perhatian dekat dia, mengundang bahaya untuk diri aku.. mulai saat tu, aku layan dia mcam budak lain ( atau erti kata lain, aku dah x beri perhatian dekat dia ). lepas 2 hari, aku perasan dia dah mula datang ke arah aku, tapi dia tak bercakap sepatah pun. aku tanya apa yang dia nak, dia diam je. aku pun terus pergi ke meja budak lain. aku nak tengok macam mana keadaan dia bulan puasa ni.. harap dia nak bercakap dengan aku....




Sunday, April 21, 2013

Nak kaya sila mohon jadi GURU

'Babe, kenapa semalam tak balas sms aku?'
'sori babe, aku dah tidur.'
'aii, jadi cikgu, kerja sekerat hari pun tidur awal?'
'babe, dulu kita pernah bergaduh sebab perkara macam ni kan? aku tak nak gaduh lagi.'
~SENYAP~

aku mula masuk dalam bidang perguruan ni tahun 2011. Masa mula-mula dapat keputusan ni, mak adalah orang yang paling gembira. tak putus-putus mak mengucapkan syukur sehingga air mata mak mangalir. perasaan aku masa tu bercampur-baur antara gentar dan gembira. gembira sebab dapat membahagiakan mak, gentar sebab aku rasa aku belum bersedia untuk menjadi guru sepenuh masa ( sedangkan masa tu aku menjadi guru ganti di sebuah sekolah swasta ). 

teringat kata-kata seorang kawan, "seronoklah kau, lepas ni kaya la.. jangan lupa member". aku hanya tersenyum. ya,, hanya tersenyum sehinggalah aku mula masuk maktab dan menjalani LPBS di SKTBR1. 3 bulan pertama, hanya air mata yang mampu aku keluarkan. setiap hari ada je yang aku mengadukan dekat mak, cikgu itulah, cikgu inilah, semua serba tak kena. DAN ya! terdetik dihati aku menyesal sebab jadi cikgu. aku hanya mengeluh. mengeluh.mengeluh. sampai satu hari ada sindiran seseorang menyedarkan aku
 " bukan KPM yang ketuk pintu rumah hang suruh hang jadi cikgu, hang yang mintak. muhasabah balik diri hang, apa-apa kerja memang memerlukan pengorbanan.". 

sejak dari tu, aku mula 'enjoy'kan diri aku. Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang dengan kerja ni. seronok sangat walaupun penat. kerja mana yang tak penat, tidur lama pun penat. 2012 aku grade dan tahun ni merupakan tahun pertama aku menjadi guru tetap. 

biasalah kan, orang baru memang akan dapat banyak kerja. latih budak, iring budak ke pertandingan, buat mural, jadi guru kelas, jadi pegawai kejohanan sukan dan macam-macam lagi, sampaikan ada pihak yang 'tolong' kesian untuk aku. mak? lagilah.. bila aku balik rumah, mesti mak usap kepala aku sambil cakap 
" anak mak ni anak solehah, buat kerja biar ikhlas, banyak pun tak pe, ambil buat pengalaman". setiap kali mak buat macam tu, seolah-olah beban semua hilang. 

baru-baru ini aku ada konflik dengan seorang mak anak murid aku. kesnya sebab anak dia dah masuk bulan 4 masih tak faham matematik. aku hanya mampu mintak maaf dan cakap aku tak tahu sebab aku tak mengajar subjek ni. tak sangka pulak puan tu marah aku, dia pertikaikan jawatan aku sebagai guru kelas. masa tu sedih sangat sebab pertama kali jadi guru kelas dah kena macam ni. sehinggakan puan tu ugut penolong kanan 1 aku nak adukan kes ni ke jabatan. Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. sedih? bukan sedih, tapi geram. bila aku diamkan diri, akhirnya kes selesai macam tu je ( walaupun puan tu serang aku by SMS )

Bila orang luar cakap kerja guru ni senang macam makan kacang Ngan Yin, aku jadi geram. yang selalu diungkitnya GURU CUTI BANYAK, GURU KERJA SEKERAT HARI. (mood sopan BERTUKAR)

GURU BANYAK CUTI
1) memang guru cuti bila anak murid cuti. itu memang logiklah. anak murid tu macam customer. kalau customer tak ada, nak ajar siapa? auntie cleaner? acik jaga? kalau tak nak guru banyak cuti, jangan adakan cuti sekolah. biar mak ayah kat luar sana pening nak uruskan anak-anak sekolah 365 hari dalam setahun.

2) waktu cuti, guru bukannya cuti sangat. lebih kurang macam cuti-cuti ayamla.. masa cutilah nak kena hias kelas, masa cutilah nak kena siap tanda semua buku, masa cuti jugaklah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan ada kelas tambahan. 

GURU KERJA SEPARUH HARI
1) rata-rata semua orang tahu guru masuk kerja 7.10 balik pukul 1.10. kerja 6 jam sehari. tapi diorang tak tahu dalam 6 jam tu, beribu-ribu beban yang ditanggung. dekat sekolah dah buat kerja, habis kerja angkut kerja yang tak siap balik ke rumah. kalau ada pemantau datang, silap-silap seharian ada kat sekolah. 

aku bukan nak merungut atau apa, tapi respon orang luar ( terutamanya kawan-kawan rapat aku ) tentang profesion perguruan ni senang dan kaya buat aku jadi geram. hanya guru yang tahu kerja seorang guru. apa-apa pun, aku happy sebab aku menjadi sebahagian daripada GURU MALAYSIA.. 


Friday, April 19, 2013

Kawan VS Cinta

semenjak dah dapat diploma perguruan ni, perangai malas aku makin menjadi-jadi. malas serba serbi. malas nak tengok TV, malas nak hapdet blog, malas nak keluar kemana-mana, senang cerita permulaan tahun 2013 ni aku memang malas, sekarang je agak rajin sikit tengok TV3 sebab ada 'SEDETIK CINTA', walaupun aku tak minat Awal Ashaari tapi baik dari Awi Rafael kan? ehhh,, tibeeeer.. 

masa Kimi tampar Amy, i ols nangis ok..
sumber gambar
okey, dah cukup mukaddimah aku tadi, sekarang aku nak cerita pasal kawan aku. ini memg serius kawan aku tau bukan aku, aku cakap siap-siap kang ada pulak yang cakap;

'ye ye je dia ni cerita pasal kawan dia, entah-entah pasal dia' 

ye,,, ni cerita pasal kawan aku.. betul tak tipu.. 

ceritanya macam ni, a very long long long time ago.....................................................

dia : babe, aku ada hal nak citer kat ko.
aku : ape dia? tak pe, Allah bagi telinga kat aku 
memang nak dengar cerita ko je. :p
dia : hahaha.. macam ni, aku ada luah perasaan kat kawan baik aku sendiri.
aku : so? ape masalahnya?
dia : babe, aku luah perasaan dekat kaum adam kot. 
aku : ye, aku tau, tak kan nak luah perasaan kat kaum 
sejenis ko kot. so? ape responnye?
dia : dia cakap kawan dulu, kalau ada jodoh ada la. aku sedih babe. 
nampak sangat dia tak nak dekat aku.
aku : jangan nangis babe. 
( dia dah mula nangis )
aku : jangan macam ni babe, jangan nangis macam ni.
kitakan wanita berkerjaya, harus tabah u ols.. 
lepas dari dia cakap macam tu, dia ada carik ko tak?
dia : ada. dia mesej macam biasa, aku je yang balas tak balas.
aku : ko bertuah babe. dia still lagi contact ko. ada sorang kawan aku kes 
macam ko la, lepas dia luahkan perasaan kat kawan dia, langsung 
dah tak ade ape-ape antara diorang, berkawan pun tidak. lagi sedih. 
ko beri dia masa babe.mana tau ada jodoh antara korang. pendapat aku,
 kalau dia tak nak ko,dia tak kan carik ko lagi. doa banyak-banyak ok..
dia : aku dah tak nak berharap.
aku : hmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

kes jatuh cinta dengan kawan baik sendiri memang selalu terjadi. bila kita dah kenal hati budi, kita dah rasa selesa, mesti timbul perasaan sayang kan? bukan perempuan je macam ni, lelaki pun ada jugak.. tapi majoriti  memang banyak kaum hawa la.. bagi aku, sebenarnya kita rasa konpius dengan perasaan sendiri. maksud aku kita konpius antara perasaan sayang dan cinta.
konpius memang perkara biasa. kucing pun pernah konpius.
 konpius pikir sape bapak  anak dorang.
sumber gambar ( acik google)

Peringatan untuk kaum adam kat luar sane, jangan ingat perempuan yang luahkan perasaan dekat lelaki tak ada perasaan malu. kami cuma mahukan yang terbaik untuk hidup kami. maklumlah lelaki hampir pupus, tambah-tambah lelaki yang baik. dan untuk kaum hawa yang gojez & very vok da vazz, 1 je aku nak nasihat, sebelum buat ape-ape keputusan pikir dulu masak-masak, kalau perlu story la sikit  atau minta pendapat dekat kawan perempuan yang lain, biasala kan kita perempuan ni memang penuh dengan emosi. kekadang kita rasa apa yang kita buat macam dah betul, tapi sebenarnya tidak. aku tak halang kalau korang yang nak mulakan langkah dulu, aku support je, tapi kene bersedia hadapi beberapa kemungkinan.. 

kemungkinan 1 : cinta korang berbalas. (yeayyyy! ) 
kemungkinan 2 : cinta korang ditolak.
kemungkinan 3 : persahabatan korang terjejas. 
kemungkinan 4 : kemungkinan 2 + 3. ( sadis weyyh )

jangan risau, ada je kawan aku yang mulakan langkah dulu, sekarang dah anak 2. kalau dah jodoh, memang tak akan kemana.. Mak aku pernah pesan, kalau kita nak sesuatu barang, mesti kita kena minta kat pemilik dia kan? macam tu juga kalau kita nak hati manusia ni, banyak-banyak berdoa minta dekat PEMILIK hati-hati kita ni, mintak dilembutkan hati si dia untuk terima kita. AWAS! jangan lah doa saje, buatla solat sunat sekali, inshaa Allah macam aku cakap tadi, kalau dah jodoh tak kemana.. tapi, korang kena la selidik dulu lelaki yang korang minat sgt2 tu dah berpunya ke belum. lelaki bukan macam perempuan senang nak cerita segala hal termasuk hal-hal cintan cintun ni.. kawan aku pernah cakap, 
'MANUSIA NI SEMAKIN DIKEJAR, SEMAKIN DIA LARI, SO STAY COOL.'

cool kan diri u olss ok..
 ah! asal aku letak gambar hewan najis besar ni pulak!
sumber gambar ( acik google)

GOOD LUCK & ALL THE BEST!









Thursday, February 28, 2013

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 5)


Sejak kebelakangan ini, kelas 4P_1 dah tak macam dulu.
Tiada lagi gelak tawa.
Tiada lagi usikan manja.
Dan yang paling penting tiada lagi keharmonian  diantara kami.
Semuanya gara-gara Alesya perli  team ping-pong masa barbeku hari tu. Alesya pun satu, mulut tu tak pernah pergi sekolah agaknya, cakap  main lepas je.

“Hurm.. “ satu keluhan berat dilepaskan. Nak buat kerja Sejarah pun aku dah tak lalu bila teringatkan perkara ni. Aku tak tahu nak buat apa. Fiya pun dah semakin menjauhkan diri dari aku. Aku tanya sepatah, dia jawab setengah patah. Aku pun tak faham kenapa dia salahkan aku dalam kes Alesya.  Perlu ke aku jumpa Puan Nazariah pasal hal ni? Mana tau dia boleh selesaikan. Ke Syahmi?tak payah lah budak sengal tu.  Risau pulak aku dibantainya gelak nanti. Aku rasa aku patut jumpa cikgu. Segera buku dan alatan aku kemas dan bergegas keluar dari Pusat Sumber.  Bilik Puan Nazariah mula terbayang di kepala aku. Harap-harap cikgu ada.

Alhamdulillah cikgu ada, tapi ada lagi 2 pasang kasut lagi selain kasut cikgu. Erm,, nak tunggu ke tak? Tapi sekarang dah nak masuk Asar. Nak tunggu ke tak? Buatnya budak –budak tu lambat keluar dah buang masa je aku kat sini.. aku mundar-mandir depan bilik Puan Nazariah. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Nak ke tak? Hermmmm..

BUKK!! Aduh! Sakitnya kaki aku. Adududuh.. hish.. bengong punye kasut! Tak terperasan pulak dia terpijak kasut tumit tinggi cikgu. Sakit betul kaki ni. Aku cuba untuk bangun walaupun sendi  terasa sakit..  perlahan-lahan langkah aku atur untuk pulang ke hostel. Tak apa, esok aku boleh jumpa cikgu.
Tiba-tiba pintu bilik cikgu dibuka dari dalam.. “Kin?” Allah, suara Syahmi tu. Dia ke yang ada dalam bilik cikgu tadi, kalau aku tahu, aku redah je masuk.  Aku teruskan perjalanan aku, semakin lama semakin laju padahal dalam hati rasa nak menangis je, sakit gila woi kaki ni!

“Kin! Kin! Wey, berhenti kejap!” Syahmi memanggil aku lagi.. Ah, Syahmi! Pandai-pandai lah kau mesej tanya aku nanti. Kejadian lepas mesyuarat kali pertama ku imbas semula.

“Kin, kau ada handphone tak?”
“perlu ke tanya soalan macam tu?” aku merengus. Pehal pulak tanya pasal handphone . haila~
“bagi nombor kau. Aku tau kau bawak kan? Muka penjenayah macam kau ni, mana leh caya sangat” macam lah aku tak perasan kalu selalu pegang poket kau setiap kali kau ke depan.
“hek ene kau ni..”
“kau tak bagi aku cakap dengan cikgu. Muktamad!”  Kin, kot ye pun nak main tarik tali, bukan dengan aku. Ni Syahmi la..
“013-2######” …

*****************************************************
Usai solat Asar, dia merebahkan badan ke atas tilam, segala penat hilang serta – merta. Handphone ditangannya dibelek-belek. Harulah budak Kin ni, handphone jatuh pun dia tak perasan. Nasib aku yang jumpa, kalau cikgu yang jumpa tak ke naya? Hish!
Dia menekan  beberapa nombor dan  punat dail ditekan. What??!! Dia set nama aku Si Sengal? Hampeh betul.  Hu hu hu.. tak apa aku boleh ubah.  Wall paper pun tak ada, tak apa aku boleh letak wallpaper kat handphone kau. Sekali lagi bibirnya tersenyum nipis. Evil smile! Handphone Kin diangkat tinggi dan ‘PRAPP’ gambarnya tengah senyum dah di set jadi wallpaper.. hu hu hu mesti kau tak lena tidur tengok muka aku kan??  Akhirnya handphone Kin di matikan.

*******************************************************
Ishk, mane ni?? Aku rasa memang dalam poket tadi.. semua tempat aku dah khatam selongkar. Tinggal tempat Fiya je dia tak geledah lagi. Ah! Takkan jatuh depan biik cikgu pulak? Habislah aku. Macam mana nak buat ni?
“Kin, kau apesal? Pucat je muka kau, macam mayat mati keras.” Pelik aku minah ni, kejap serius, kejap gelabah.
“err,, Nothing Yaya.” Balasku pendek. Takkan aku nak cerita kat dia pulak. Gila!

Bersambung….


selepas 2 tahun... (AKU LEBIH MATANG)

'ustazah umi, ada budak bergaduh.'
'ustazah umi ada orang tolak saya.'
'ustazah umi duit saya hilang.'
'ustazah umi cantiklah harini.'
'ustazah umi itu, ustazah umi ini.'

kadang-kadang aku penat dengan semua ni.
perkara yang sama  berulang hampir setiap hari ( kecuali yang cantik tu la, ate kite bukan cantik pong~ )

siapa kata aku suka?
siapa kata aku tahan?
siapa kata aku gembira dengan semua ni?

tapi, inilah realiti kehidupan aku..

hidup aku akan tak 'hidup' tanpa senyuman mereka,
tanpa suara mereka,
mereka gelak, jerit, tangis serta mengadu,
buat hidup aku lebih padu,
lagipun tanpa mereka siapalah aku,
hanya seorang insan yang bergelar cikgu.

doakan aku tabah.
doakan aku ikhlas.
doakan aku kuat.
sesungguhnya hanya seorang guru memahami susah payahnya insan yang bergelar seorang guru..

tak mungkin bahagia tanoa mereka~





Thursday, August 2, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 4)

Suasana di padang sekolah hingar- bingar dengan sorakan. Masing-masing menyokong pasukan yang mewakili kelas mereka.. Tidak kurang juga suara peniaga gerai memanggil pelanggan supaya singgah di kedai mereka. Pasukan kelas kami yang gah dengan jersey ungu-kuning, setakat ini mendahului kelas-kelas lain.. Special thanks to  Syarifah Suraya sekeluarga.. hu hu hu.. macam ucapan pemenang anugerah pulak.. mana mungkin kejadian petang Jumaat itu akan aku lupa.. Hari ini dalam sejarah tu…

“Kin, aku nak mintak tolong lah. Boleh?” tanyanya sambil tercungap-cungap.. merata aku carik budak Kin ni, rupanya tengah belek-belek bunga Orkid Cikgu Aisyah.. Haiyer..  Minah bunga ke dia ni??

“Eh, kenapa ni?? Kena kejar anjing ke??” berpeluh-peluh aku tengok si suraya ni..

“Anjing mana pulak kau ni?? Dah lah aku penat carik kau, kau boleh pulak sebut binatang najis besar tu.. haila…” 

“Oh.. sori-sori.. hu hu hu.. Kau nak minta tolong apa tadi? Aku okey je, lagipun aku tengah free ni..” memang aku tengah free pun.. sebab tu aku datang belek bunga orkid ni.. erm.. mak, angah rindukan mak… 

“ okey, cantiklah tu.. kejap lagi ada orang datang hantar barang kat aku, aku nak minta tolong kau bawak naik ke bilik kau boleh tak??” 

“Okey je, tapi barang apa?? Jangan dadah sudah.. “ ujarku cuba berseloroh.. dalam berseloroh pun aku cuak jugak, buatnya benda yang ditumpang tu illegal, nahas aku.. 

“Woi Kin, kau ingat aku drug dealer ke?? Kau ni agak-agak la..muka Angelina Jolie ni.. hu hu hu.. bendanya rahsia.. nanti kau tahu lah..” 

“Okey, set..”  kelakar jugak minah ni.. 

“Kin, jom. Diorang dah sampai..” Pantas Suraya menarik tangan aku menuju ke Hilux siapa entah.. Ayah dia kot.

“Suraya, barang ape tu? berkotak-kotak bagai.. kurma Yusoff Tayyub ke??” Gila lah.. berkotak-kotak barangnya..  

“Wey, kelakar lah kau panggil aku suraya, panggil Yaya je lah.. Adalah. Nanti sampai bilik kau, kita bukak okey.” Jawabnya sambil mengenyitkan mata.

Ada 3 kotak semuanya, kitorang angkat sorang satu, lagi satu kotak aku mintak tolong Suzana,  budak 4SC_3 yang kebetulan lalu tepi kitorang.. nasiblah Zana tu sporting.. 

“Huh! Berat betul barang kau ni Yaya.. Zana. Thanks!” Zana menunjukkan isyarat yang bermaksud ‘okey’.

“Apa ni weh, berkotak-kotak bagai, kurma Yusoff tayyub ke??”  Fiya yang baru usai solat menghampiri kami.

“Elok sangatlah korang duduk berdua dalam bilik ni, sama je kepala korang.  kurma apa bulan Rabiul awal macam ni, cubalah buka dulu kot ye pun..” kepala yang tak gatal digarunya.. haru lah budak berdua ni, kot ye pun nak teka cuba teka yang logik sikit..

“aku buka eh yaya, saspen betullah..” lantas pisau aku capai dan mula membuka kotak tersebut..
“Hoooooooooooooooooo, jersey kot!” aku dan Fiya bersuara hampir serentak..

“cantiklah Yaya, kau nak jual masa tournament nanti eh? Tapi kau tak ada ambil tapak kan??” Fiya membelek jersey tersebut.. cantik gila!

“Jual? Ni untuk kelas kita lah. Pakai masa tournament nanti.” Balas Yaya selamber..

Gulp! Biar betul Yaya ni?

“Kau bi..biar betul Yaya, kau jangan nak melawak petang-petang ni, aku dah lah lapar..” ujarku inginkan kepastian.

“La.. Apa pula tipunya, ni  kau punya jersey. Tak percaya tengok nama kat belakang..” Yaya menghulurkan jersey yang dikatakan ada nama aku,, dan memang betul ada nama aku, KIN jersey nombor  2. Nombor  1 mestilah si sengal tu, SYAHMI!

“yaya, aku tak tau nak cakap apa, tapi budak kelas kita mesti teruja gila.. thanks Yaya..” ya, mesti semua akan teruja..

“Tarappapa la Kin.. ayah aku kan ada kilang pakaian.. malam nanti kita agihkan masa kelas prep okey?”

“OKEY!” aku dan Fiya membalas serentak.

*******************************************************
“Kin! Kin!” suara garau tersebut mematikan lamunan aku.. hish.. sibuklah mamat ni.. tak boleh tengok aku senang.. sepantas kilat kepala aku dipusingkan 360 darjah, cuba mencari arah suara tersebut.
“Woi! Sinilah!” minah ni rabun ayam ke rabun tenuk ni, aku yang hensem macam ni pun tak nampak. Huh! Nampak pun.. dia ni memang tak pandai senyum gamaknya.. asyik masam je.. agak-agak kecik-kecik dulu tertelan biji asam kot..

“nak apa Syahmi?” tanyaku pendek.

“Malam ni cikgu nak buat barbeku kat rumah dia. Dia yakin kita menang tournament ni..” 

“budak-budak okey ke?? Takut diorang penat pulak.” Aku menimbang semula cadangan tersebut.

“Kau jangan risau kin, benda free semua suka.. aku yakin diorang tak menolak, lagipun esok kan cuti.”

“okey, masa? Tempat? Nak bawa apa?” aku mengeluarkan buku nota kecil kesayanganku yang pasti aku bawa kemana saja aku pergi dan mula mencatat butiran yang diberikan oleh Syahmi..

Huh! Muka ganas, tapi buku nota gambar Hello Kitty. Hu hu hu.. Syahmi tergelak kecil..
****************************************************************
Malam itu seisi kelas 4P_1 bersuka ria meraikan kemenangan mereka dalam tournament.. keputusannya seperti berikut:
Bola Jaring – Pingat Emas
Bola Tampar – Pingat Emas
Ping-pong – Pingat Gangsa
Futsal – pingat perak
Bola sepak – Pingat Emas
Sepak Takraw – Pingat Perak
Catur – Pingat Emas

“Kin, tak sangkakan kelas kita ramai juga atlet sukan..”  ujar Fiya sambil menyuapkan sotong bakar kemulutnya..

“Yup..” balasku ringkas.. aku dah lapar gila, perut mesti kena isi dulu, nak menyembang kemudian..

“Ehem.. barbeku ni untuk champion je okey, yang dapat nombor 3 pun nak join jugak ke?” Allah budak Alesya ni, haru lah.. time macam ni pun dia boleh nak cari gaduh..

“Kin, lalat tu kutuk aku ke??” Fiya seraya berbisik..

“Lantak dia lah.. kita buat tak tahu je..” aku menyambung semula suapanku.. 

“buat-buat tak tahu pulak.. biasalah kan, kalau dah dasar muka tak tahu malu..” Alesya senyum mengejek..

Tangan Fiya aku genggam, risau kalau jadi pergaduhan kat sini..  Fiya hanya mampu menggenggam  buku limanya.. 

“Sabar Fiya, nanti cikgu nampak..” aku cuba menenangkan Fiya..

“Kin, kau dengan sepupu kau sama je!” Fiya merentap tangannya dan berlalu dari situ.. 

Aku hanya mampu mengeluh..

Treeett.. treeeett.. Gegaran handset dalam poket menarik perhatian aku.. siapa la yang mesej malam-malam ni..

From: Si Sengal
Kenapa? Ada masalah ke kat sana?

Hish.. dia ni, Nampak aje..
Segera butang reply aku tekan.. Menyibuk je.. huh!

Trettt..treeett..
From: Sour lady
Ok je.

Ok je?  Okey apa macam tu.. dia ingat aku tak tahu ke yang dorang bergaduh tadi.. herm.. Kin ni memang, perahsia!

10:51:23 JUMAAT 

Monday, July 30, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 3)


 "lambat balik?" tanya Fiya sambil khusyuk menyiapkan soalan add-math.

"Ha'ah. tadi ada perjumpaan ketua dengan penolong kelas dekat Pusat Sumber. kau tahu, lagi 2 minggu sekolah kita ada buat tournament sukan. ada 7 acara sukan, setiap kelas kena hantar wakil. Fiya, aku tengok kaki kau macam kaki atlet, kau jadi kapten Bola Jaring nak? nanti kau cari lah ahli pasukan kau. Boleh?" tanyaku sambil memejamkan mata.. nikmatnya bila boleh baring.. memang penat sangat semenjak dua menjak ni.. Macam-macam perjumpaan. Tengku Syahmi, you owe me big!!

"Chop! Bola Jaring? hello, tangan aku ni tangan atlet Ping Pong okey.. Tak naklah aku Bola Jaring, aku tak pandai main lah.. Kin, Ping-Pong ada tak? Aku nak.. Boleh la eh? Please???" Fiya senyum memujuk..

"Okey.. " balasku pendek.. aku pun tak minat Bola jaring. okey, bukan tak minat tapi masa aku sekolah lama, geng-geng bola jaring semua geng yang ala-ala gedik-geli-girly.. Aku ganas okey.. So, aku ambil keputusan join bola tampar.. memang best!! tambah-tambah kalau bayangkan bola tu muka kelat si Alesya.. hmm.. Alesya pun boleh je jadi kapten.. Lagipun memang dia kapten Bola Jaring sekolah lama kitorang dulu.. Kapten gedik!

Allah, gegar la pulak..  sepantas kilat aku lihat jam.. 6.45 petang, patutlah.. serta merta aku bingkas bangun menuju ke tepi almari.. nasib almari dan meja study agak jauh.. Eh, Syahmi.. apesal pulak mamat nih..

"Erm.. hello."
"belum"
"tadi kan dah bagi"
"hish. ok. esok."
"bye"

tak habis-habis menyusah kan aku!

treet.. treet.. sape pulak yang mesej ni..


FROM: SI SENGAL

Oh I swear to you
I'll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two-ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don't like it sue me
Mmm the way you do me
Oh I swear to you
I'll be there for you
This is not a drive by


hehehe.. jangan marah Kin.. Smile~


Herm..lagu  Drive by- Train.. Hey Tengku Syahmi, kau memang sengal!!


********************************************************

Bukkk!!

"Wei, sakitlah!" kuang asam betul baling kepala aku dengan bantal. dah la busuk pulak tu!

"Ohh.. tau sakit.. yang aku terjerit-jerit panggil kau, kau ingat hati aku tak sakit? yang kau asyik sengih dari tadi kenapa?" parah lah budak Syahmi.. semenjek dua menjak ni kerap betul sengih sorang-sorang..

"kau nak tahu ke?? RAHSIA.." senyumnya makin lebar.. Nasib kau lah Kin,, sape suruh kau dingin sangat dengan aku.. Kau tak kenal lagi Tengku Syahmi.. sebenarnya senarai acara untuk tournament tadi memang kin dah bagi dekat dia, well~ ni Tengku Syahmi ok.. Tak pernah lagi ada perempuan yang berani marah dia.. kejadian lepas pemilihan penolong kelas hari tu betul-betul buat dia geram..

"Hey mangkuk! apesal kau pilih aku hah??" walaupun marahnya cuba ditahan, tapi tetap meletus juga..

"eh, rileks lah Kin.. kenapa marah-marah ni" muka minah ni sebijik muka orang utan tengah marah.. buruk gila!

"dah lah Kin.. jom balik.. kau dah terpilih pun.. Jom lah.." Fiya menarik-narik tangan Kin..

"Kalau kau tak nak, kau jumpa cikgu ok.. aku nak tengok betapa pengecutnya kau sebab tolak jawatan ni." aku hanya senyum mengejek.. kau jangan lupa Kin, hutang kau kat aku pun tak habis bayar lagi.. this time to payback!






Thursday, July 26, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 2)

"Akhirnya!!!!" kataku sambil mengeliat keluar dari dewan. Azab minggu orientasi dah lepas.. Heaven!

"Kin, kot ye pun happy, cover la sikit kau punya mengeliat tu.. Jari kau sampai masuk lubang hidung aku ni ape citer?"

"Opss.. Sorry.. Ala, rilek la.. " hidungnya yang kecil aku tarik lagi kuat.

"Kureng kau Kin!!" Akhirnya ketawa kami bersatu..

"Kin, sini kejap!" pandangan kami mati pada satu susuk tubuh yang aku kira kami berdua bersepakat  mengelarkannya LALAT!

"herm.. kau nak apa?" malas betul la aku nak layan Alesya ni.. mengada-ngada..

"Kau basuh kasut aku, boleh? aku tak larat la. penat." buat muka seposen pulak dah..

"aku pun penat jugak.. kau basuh la sendiri.." balasku.. banyak cantik muka kau. ingat aku kuli batak kau ke?

"Hek eleh.. weh perempuan, aku baru mintak basuh kasut je tau, kau dah menolak.. mak bapak aku tanggung kau dari kau kecil, sampai kau boleh sekolah kat sini, aku tak cakap apa-apa pun.. dasar tak kenang budi!" Macam biasa, ungkit mengungkit memang jadi senaman mulut si Alesya ni..

"herm.. ye lah, kau hantar kat bilik aku." malas aku nak bertekak.. orang sekeliling dah mula pandang-pandang.. baik aku blah je..

"Kin.. Sabar ye.. tak ape, aku tolong kau eh?" terasa tanganku digenggam erat.. Thanks Fiya!

*********************************************************

"Panjangnya barisan.." Fiya mengeluh.. perutnya diusap-usap.. macam ibu-ibu mengandung..

"Biasalah weh, dewan makan kan.. kalau tak nak beratur kita makan biskut cicah milo sejuk je la.. " ujarku sambil tersengih..

aroma ikan keli sambal dan sayur taugeh masak lemak menarik-narik hidung aku.. betul cakap fiya, barisan memang panjang..

"Kin, kau agak-agak macam mana lah kelas kita esok eh? nasib baik aku sekelas dengan kau.. ada geng lah aku.. eh, si lalat tu kelas mana? kata Fiya sambil menyenduk nasi ke pinggan kami..

"Kelas kita jugak.. " balasku pendek.. Aku pelik betul, dulu beria-ia sangat si Alesya tu nak ambil aliran sains tulen, alih-alih masuk jugak kelas perakaunan.. sekelas dengan aku pulak tu..

"habislah kau.." Fiya mengeluh. memang pun.. habislah aku..

**********************************************************
"Weh Kin, mana kelas kita? dari tadi kita pusing-pusing asyik kat tempat yang sama je." betul ke tak minah ni tau, dari tadi asyik lalu depan papan tanda "TOLONG SENYAP, PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN".  haih.. konpius betul..

"Kejap la.. aku rasa betul la.. semalam aku mimpi ada pak cik tua bagitau aku arah pergi kelas." hermm.. mana pulak kelas aku ni? lenguh dah kaki ni.. nak tanya orang, malu...

"Err.. korang berdua ni nak pergi mana? dari tadi ke hulu- ke hilir?" Tanya satu suara..
uikss.. siapakah itu? sepantas kilat kepala ditoleh..

"Kin, kacak membunuh jiwa keperempuanan aku la mamat ni." fiya bercakap seakan berbisik..

kacak membunuh? Jiwa keperempuanan? apakah?

"kitorang carik kelas 4P_1.. kat mana ye?" tanya Fiya, kalah suara operator telekom, lembut kemain lagi.

"Ye ke.. Aku pun nak pergi sana, jom lah sekali." mamat tu memulakan langkah..
hermm.. macam ni kacak membunuh? Kacak lagi abang kantin ok!

"ikut mamat ni sekejap je kita sampai, ikut kau? memang tak kembali ke pangkal jalan la kita.. Mimpi pak cik tunjuk arah konon, nanti kalau kau mimpi lagi sekali pasal pak cik tu, kau cakap kat dia, aku kirim salam maut 7 lipatan arah kat dia okey.." mulutnya diherotkan..  hek ena minah ni.. bebel la pulak dia..

"dah lah weh, macam nenek aku la kau ni.. bebel tak sudah-sudah.." balasku sambil sengih tayang gigi.. 

"Dah sampai.. Jom masuk" kata mamat tu sambil tersenyum.. Alahai.. senyum la pulak.. ada jugak yang tak lena tidur malam ni.. sape lagi, FIYA LAH!

Bismillah.. langkah dimulakan..

Kelas hingar bingar.. ramai jugak classmate aku ni.. tiba-tiba dengar orang ketawa mengilai..

"Lalat la Kin. Amboi kemain lagi bercerita, macam lah budak kelas ni pekak-pekak semuanya. dah tu duduk pun nak menggoda.. memang dasar Lalat la dia ni" matanya sengaja dijulingkan ke atas.. Meluat!
 
mataku meliar mencari tempat duduk yang kosong.. semua dah penuh, tambah-tambah barisan belakang, yang ada pun depan sekali tepi pintu.. boleh lah. janji ada tempat.

"Fiya, jom duduk depan.. Kita kan pelajar harapan negara.. hehehe" segera tangan Fiya aku tarik.

"Ala Kin, susah nak tidur lah duduk depan ni.." Kin mengeraskan badannya..

" Weh, yang tu je ada 2 tempat kosong.. kalau kau tak nak tak pe je.. Aku duduk sorang.." bukan tak biasa pun.. Selama ni memang aku sorang-sorang..

"Ye lah.. merajuk la pulak.. huh!" Fiya mengekori aku..

Hehe.. Aku menang.. Kin 1 - Fiya 0.. tapi memang betullah, duduk depan memang nak kena cover 24 jam.. Nasib lah kalau aku tertidur.. minta maaf ye cikgu-cikgu.. hehe.. minta maaf in advanced..

Suasana yang bising tiba-tiba menjadi sunyi sepi.. kelihatan seorang wanita aku kira lewat 30-an memasuki kelas kami...

"Assalamualaikum semua. Saya Puan Nazariah, guru kelas kamu semua. Saya mengajar subjek Bahasa Malaysia. Sekarang kita akan mulakan sesi taaruf kita. Kita mulakan dari tepi pintu, perkenalkan nama, tempat tinggal dan cita-cita"

Uiksss.. aku lah tu.. ehem..

"Nama saya Nur Adriana Anakin bt Abdullah. Berasal dari Selangor. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru." Fuh! Gila hebat aku.. sekali nafas je aku cakap.. kalau akad nikah ni conform sah..

"Okey, next!"


Nor Sofiyah, selangor, Pensyarah

Aiman Radzif , Pahang,Akauntan

Shahmi Anuar , pahang,ahli perniagaan

Khairul Falah Azmi, Kelantan, ahli perniagaan

Syasya Amirah, johor , guru

Siti khadijah, johor, akauntan

Nur hanisah, selangor, akauntan

Mohd Shahir Amran, Kedah, pensyarah

Mohd Shahir Imran, kedah, pegawai bank

Syed Latif , Terengganu, pegawai bank

Nur Alesya Suraya, Selangor, CEO syarikat kosmetik

Nor Natrah Shakirah, Selangor, CEO syarikat kosmetik

Nor Ilyani , Selangor, CEO syarikat kosmetik

Syarifah Suraya, Perlis, guru

Nurul Sakinah, Kuala Lumpur, akauntan

Siti Aminah, Perak, pensyarah

Ahmad Syakur, Kuala Lumpur , ahli perniagaan

Zaid El-Fateh, Kelantan, ahli perniagaan

Rosdan, Putrajaya, akauntan

dan akhir sekali, mamat kacak membunuh..

"Nama saya Tengku Syahmi Razlan bin Tengku Rosdan, asal dari Johor, cita-cita saya sudah ditentukan oleh ayah saya, saya akan menggantikan ayah saya untuk menerajui TR Holding."

seisi kelas menjadi gamat, okey tak, bukan seisi kelas,  sebenarnya pelajar perempuan je..

"Kin, kau tengok tu, dah lah kacak, kaya, memang perfect la dia ni.. kalau aku yang dapat, memang aku tak lepas.." Fiya mula berangan..

"Ok. Sekarang pemilihan ketua kelas. Ada cadangan?"

"Saya cikgu. Saya cadangkan Tengku Syahmi.." Alesya serta merta bangun..

"Huh! lalat tu ada hati nak rampas tengku aku la Kin." Fiya mencebik..

parah Fiya ni, dah melalut ni..

"Fiya, ingat matlamat kita kat sini, jangan macam ni lah. kita baru 16 tahun.. rileks ok..betulkan niat tu." aku cuba memujuknya.

"Aku gurau je la kin. tu pun tak boleh?" mulutnya dimuncungkan.. gurau la sangat kan, tegur sikit dah muncung macam mulut ikan..

"Semua setuju?" kesian cikgu aku, berpeluh-peluh..

SETUJU!!

"okey, sekarang saya nak ketua baru kita ke hadapan, dan memilih seorang untuk menjadi penolong. Tujuan saya buat macam ni supaya tak ada masalah yang berlaku berkaitan dengan kerjasama antara ketua dan penolong." bijak cikgu ni.. aku setuju..

"janganlah dia pilin lalat tu, kalau dia pilih aku berhenti sekolah.." aku ketawa kecil..

"Saya pilih pelajar yang di tepi pintu jadi pembantu saya." 20 kepala ditoleh kearah aku..

Ah, sudah! Syahmi ni memang sengaja nak kenakan aku..

Bibirnya mula mengukirkan senyuman yang hanya aku saja yang faham apa makna disebaliknya..



BERSAMBUNG


Khamis 26/7/2012 4:17:45
















Tuesday, July 24, 2012

Skool-LAH! -the love story- (BAH. 1)



Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Melihat pelajar-pelajar yang sibuk mengangkat beg masing-masing. 
 
“Pak Lang, Kak Ngah masuk dulu ye. Nak kemas beg. Terima kasih Pak Lang sebab hantarkan Angah.” Ujarku sekadar berbasa basi. Padahal mata aku dah berbulu tengok drama airmata antara Mak Lang aku dengan sepupu aku si Alesya. Sepupu dan sekutu aku yang paling ‘baik’ sekali kat dunia ni. Aku pun tak faham kenapa aku kena sekolah dengan dia. Dari tadika sampai sekolah menengah. Kalau bond kitorang mengalahkan adik-beradik okey la jugak, ni tidak, setiap kali jumpa mesti nak bercakar macam kucing dengan anjing. Dan untuk pengetahuan semua, mestilah aku kucing dan si Alesya tu anjing. 

“Okey, angah belajar rajin-rajin ye. Tolong tengokkan Alesya sekali untuk pak Lang.” senyuman yang terukir mampu membuatkan sesiapa tenang. 

“InsyaAllah Pak Lang.” selepas bersalaman, segera aku atur langkah menuju ke bilik. Nasib aku tak dapat sebilik dengan Alesya, kalau tak lagi haru..

Truutt.. truutt..  Siapa la call aku ni, kang senior nampak mati aku. 
Erm. Helo..
Herm.. dah sampai.
Ok. Jangan risau.
Love u..
Segera telefon dimatikan. Herm.. Angah rindukan emak..

******************************************************************
‘Assalamualaikum.’ Dengan perlahan pintu bilik C10-5 ditolaknya.
‘Alhamdulillah, sampai juga.’ Segera dihempaskan badan atas katil yang kosong. Matanya dipejam. Fikirannya mula mengatur rancangan  apa yang hendak dibuat. 

Tap. Tap

Segera mata yang terpejam automatik dicelikkan. Tadi aku masuk tak ada orang pun. Tapak kaki siapa la pulak ni. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan menghala almari pakaian.

Ya Allah…. “MAK!!!!!!! Ada orang lelaki!!!!!!!”

**********************************************************************
Sunyi. Sepi. 

 “ Kau ni memang suka jerit eh? Nasib tak pekak telinga aku.” Kejadian tadi betul-betul buat dada aku sesak. Dah la aku penat nak layan drama airmata Mak Lang- Alesya, tengah kemas baju ada pulak orang buat latihan koir. Siapa lagi, minah depan aku ni lah! Boleh dia kata aku lelaki, sikit punye comel aku ni haa.. 

“Sorry lah, aku ingat tak ada siapa dalam bilik ni, mana aku tau kau duduk kat almari. Lain kali orang bagi salam jawab lah.” Dah lah kurus kering, cutting pun tak ada, rambut boy cut, aku ingat lelaki tadi. Mana lah nak tahu kan, sekarang ni macam-macam leh jadi.
“Hek ena minah ni, bila masa entah bagi salam. Aku Kin, kau?” aku menghulurkan tangan.

“Aku fiya.. Nur Sofiyah..” Salam bersambut. 

And the rest is history..




RABU  25/7 /2012 11:50:43




Tuesday, June 12, 2012

Sos VS Sundae ( BAHAGIAN AKHIR )

"Chot, tak ape ke kita pergi Mcd ni? Dah lah kau drive non-stop, sebelum tu kau ambil adik2 aku dekat Bangi. kau tak penat ke?" Aku ingatkan Chot datang seorang, rupa-rupanya dia angkut sekali adik-adik aku ikut dia balik sama. Adik-adik aku rapat sangat dengan Chot ni sebab Chot selalu ambil berat pasal diorang..  Patutlah sepanjang perjalanan ke sini dia tak mesej tanya arah langsung, rupanya ada big boss ikut dia balik sama..

"Alah kakak ni, kak chot kuatlah, dia cakap keturunan dia memang power, abang kak chot dulu 15 jam drive non-stop tau.. hebat kan??" chop~ sejak bila chot ni ada abang? bukan dia anak tunggal ke? aku tengok chot tahan gelak. Sah adik aku kena kelentong ni.. Chot ni memang, cakap  nak UP je..

"Tak pe je Umi. Lagi pun aku lapar sangat.. Aku segan nak makan kat rumah kau dalam keadaan lapar macam ni. Aku malu la nak menambah nanti.. Kau kata nak belanja aku kan?? Aku nak order 3 set makanan ye.." nak menambah kat umah aku malu, makan sampai 3 set makanan tu tak malu pulak?? Benci tau!

"Dik bagi Spicy Chicken Mc Deluxe 4 set, Sundae 1, Mc nugget 1 dengan ayam goreng ala carte, terima kasih" semangat waja betul beliau order.. aku jugak yang terketar-ketar nak bayar kejap lagi..

"RM 69.87 sen." Fuh~ nasib baik tak lebih RM70.. aku bawak RM70 je tadi.

"Nah dik.. Keep the change.." uikss.. siapa yang berhati mulia tolong bayarkan ni?? secara automatiknya aku toleh ke tepi.. What??!! MAMAT KEDAH?? Siapa sebenarnya dia ni? Polis? CIA? CSI New York?Dia ikut aku ke?? Kenapa dia ikut aku?  Aku bukan pengedar dadah atau pun mak ayam. Aku bukan pelarian. Aku warganegara yang sah!  Mak cheq takut..

TAP!! Uish.. terkejut aku.. Benci la Chot ni, suka petik jari depan muka orang..

"Umi, kau tak payah lah nak menganga sampai macam tu sekali.. orang dekat belakang dah menyumpah2 kau dah tu.. kot ye pun, meh duduk dulu." bisik Chot sambil tarik tangan aku pergi ke meja..

SUNYI. SEPI.

"Ehem.. Nak tengok makanan tu sampai bila?? Sampai kenyang ke? Ain, baca doa makan." kecoh la Chot ni.. Aku dah la cuak tak habis lagi.. Adik aku teragak-agak nak baca doa atau tak.. Akhirnya.......

"Allahumma bariklana fima rozaqtana waqina 'azabannar" akhirnya mamat kedah yang baca! Mamat Kedah tu buat kening double-jerk kat aku.. heleh~ setakat doa makan aku pun boleh baca.. Poyo punya Mamat kedah!

"Nama saya Azizi.. Sori lah hari tu saya malukan awak.. " ujarnya memecahkan kesepian diantara kami..

"Aku tak kisah. Benda dah lepas. Nah ambil balik duit makanan ni. Kang ungkit sampai ke tua pulak." RM70 aku letakkan depan dia. Chot dah tendang kaki aku sambil buat gerakan mulut "orang-belanja-biar-ajelah".. 


"Eh tak pe.. Anggap je tanda minta maaf dari pihak saya." Dia tolak balik duit tu ke arah aku.. Hish.. Pehal la pulak dia ni.. Dah lah bersaya-awak, geli owwwwhh~

"Tak nak aku ambil.. Thanks!" Chot terus menyambar duit aku.. Hampeh punya Chot! Siap kau dalam kereta nanti, aku korek-korek poket seluar kau.. Aku peduli apa. Duit aku tu~

Aku mulakan suapan aku. Ambil kentang dan celup dalam Sundae.. Eh kejap! Entah-entah dia baik2 dengan aku sebab nak malukan aku lagi tak?? buat pertama kali selepas 2 tahun, aku makan kentang dengan SOS!! Uwerkkkk. tak sedap!

"Kakak.. Kenapa kakak tak makan dengan Sundae?" Suapan semua orang terhenti.. Semua tengok aku.. Aiyark~ malu la pulak..

"Makan je lah.. yang tengok-tengok aku ni kenapa??" aku kira jawapan tu yang paling bernas setakat ni.

"Awak masih marahkan saya ke?? Saya minta maaf.." mamat kedah tu tundukkan muka.. Tahu tak pe! Nak je aku jawab macam tu tau..

" tak de lah.. aku okey je.. Sundae ni yang tak sedap.." ujarku cuba mematikan perbualan diantara kami..

"Ye ke??" terus mamat tu ambil kentang dan celup dalam sundae aku.. Aku ulang sekali lagi, dia celup kentang dia dalam Sundae aku! S.U.N.D.A.E  A.K.U! owh~ tidakkkk!!!!!!!!!

"Erm.. Sedap je.. Ape yang tak sedapnya? patutlah awak suka makan macam ni, bila masuk dalam mulut macam ada bom meletup.. sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk.. Mintak sikit sundae lagi boleh?" eh,, mamat ni pandai senyum rupanya.. Eh! apa aku ni? telek muka orang pulak..

"Ambil je la semua. Saya dah kenyang.." Opss.. tersebut saya la pulak.. Mamat tu,, opss Azizi tu senyum je.. Alah, nabi pun ampunkan umatnya, ini kan aku pulak yang biasa-biasa je..

"Azizi, awak buat ape kat sini?" Chot ni berapa kali la aku nak nasihatkan dia, jangan cakap sambil makan.. Selekeh tau tak!

"Rumah saya memang dekat sini.. Saya kerja dekat Selangor. Saya balik minggu ni sebab ada hal" jawabnya berseri-seri.. oh.. ye ke.. Aku menjawab dalam hati.. Aku pun sama jugak.. Tapi aku tak adalah seseri kau.. Jawabku juga dalam hati.. herm...

"Ye ker.. Jemputlah datang rumah Umi.. Dia ada majlis Sabtu ni.." Pelawa Chot.. Ewah.. Lagak dah macam tuan rumah..

"Iyer? Tak jemput pun saya datang.. " Nak jemput kejadahnya, aku bukannya suka pun.. kalau aku suka dah lama aku update dekat Facebook..


"okeylah.. kitorang dah habis makan.. Terima kasih ye belanja" ujarku sekadar berbasa-basi sebelum pulang.

*************************************
"Umi, tiba-tiba aku teringat la kenangan kita berdua.. kau ingat tak kau pernah menngis dekat aku sebab kau terkentut depan budak lelaki yang kau minat masa dekat sekolah menengah?" mestilah aku ingat! Pagi tu aku makan Cempedak goreng dekat rumah, sampai sekolah aku asyik buang angin je.. Masa tu aku tengah beratur nak beli pen dekat koperasi, tiba-tiba aku rasa nak buang angin, tahan punya tahan akhirnya terlepas juag. Malu giler! Rasa nak buat-buat pengsan je kat situ.. Tapi nanti mesti orang tertanya-tanya apa kaitan kentut dengan pengsan pulak, so aku cepat-cepat balh dari situ. Aku toleh belakang aku tengok lelaki pujaan aku buat muka. Malu nya!!!!!

"Ko ni, kalau pasal malu aku kau ingat je kan.. Benci lah!" terus aku tarik selimut.. tidur lagi bagus!

"Ala.. Ini last je aku nak usik-usik kau.. Esok kau dah jadi milik orang.." ujar Chot perlahan..

Ishk.. Apesal ada air dekat mata aku ni..

"Terima kasih Umi sebab jadi kawan terbaik aku.. Jadi penghibur aku, peneman aku.. Aku takkan lupakan semuanya.." Suara Chot mula serak..

"Ermm Chot, kau nangis ke??" tanya aku untuk kepastian.. Jarang Chot nak menangis..

"Tak lah.. Suara aku malam-malam memang berubah.. Jom tidur.. Penat tau dari petang tadi buat hantaran kau.." Alah.. suara dah bergetar macam vibrate henpon tak nak mengaku..

"Chot, aku sayanggg kau.. uhhhuuuukkk uhuuukkkk" akhirnya kami sama-sama menangis malam tu sampai tertidur..

********************************

"Cantiknya cucu tok ni.. Macam tok mudsa-muda dulu." Chot hanya mencebik.. Chot tak berapa ngam dengan nenek aku sebab dia selalu cakap nama Chot macam nama tikus.. alahai~ kesian kawan aku ni..

"Kakak.. Terima kasih sebab sudi terima pilihan kami.. Mak bersyukur sangat." kata mak sambil mengesat air mata.. Sejak peristiwa hari tu, aku sekali pun tak bercakap dengan ayah.. Marahku masih belum surut..

"Kakak.. Maafkan ayah ye. Ayah nak jadi ayah yang terbaik untuk kakak.. Ayah nak kakak bahagia.. Tak apalah kalau kakak masih marahkan orang tua ni, tapi ayah nak kakak tahu, ayah sayang kakak." ujar ayahku sambil melangkah keluar..

"Ayah.. uhhhuuukkkk uhhukkkk.. Kakak minta maaf." aku bangun sambil memeluk ayah.. berdosanya aku sebab buat ayah aku berkecil hati.. Kepalaku diusap perlahan.. Aku menangis sama teresak-esak.. Semua yang ada disitu mengesat air mata.. Walau apa pun yang terjadi,  i'm still your girl ayah..

"Pak Long, rombongan lelaki dah sampai." Serta merta drama air mata berhenti setakat ini..

Ya Allah.. takutnya aku.. Macam mana lah penerimaan bakal tunang aku nanti.. Ya Allah, kau mudahkanlah segalanya..

Chot menggenggam tanganku, tanda dia sentiasa ada untuk menyokong aku..

 Setelah 10 minit menunggu, akhirnya upacara menyarung cincin telah tiba.. Mak Cik Aida masuk ke dalam bilik.. Wajah Mak cik Aida tak berubah tetap manis macam dulu..

"Comelnye bakal menantu mama ni." ujarnya sambil tersenyum..

Aku tertunduk malu.. Hai, belum apa-apa dah biasakan diri mama.. Amboi..

Aku keluar untuk bersalam dengan tetamu selepas jarikudisarung dengan cincin.. Terketar-ketar aku berjalan keluar.. rasa macam kaki tak pijak lantai.. Mata aku mencari-cari bakal tunang aku. kata Mak cik Aida anak dia akan masuk kejap lagi..

Mataku melihat hantaran yang diberi.. ada Ipad la.. yahoo!!!! Tak sabar nak pegang ni.. kejap..  Macam mana boleh ada kentang dengan Sundae boleh ada kat sini? hantaran jugak ke?? Siapa punya cadangan buat hantaran macam ni.. ni mesti mak aku yang bagitau..

"ASSALAMUALAIKUM" suara lelaki ni.. Agaknya ni lah kot anak Pak Cik Kamil..

"WAALAIKUM....SALAM.." mamat kedah? Chop! apa dia buat kat sini??

"Kakak.. ni lah anak Mama, Azrul Azizi.." hah!! memang giler. memang giler.. semua ni giler!!

"Kau?? Kau anak Pak Cik Kamil??" sungguh aku tak percaya.. Aku tak suka dia, aku tak suka!!!

"Aku benci kau! aku benci kau!! Keluarrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!


"Awak, awak bangun.. Asyik mengigau je.. " hah! aku mimpi rupanya. Ya Allah.. itu lah sebelum tidur tak nak mabilwudhuk, kan dah mimpi bukan-bukan..

"Maaf awak.." kesian suami aku menguap tak sudah-sudah.. macam badak air.. Azrul Azizi, suami aku yang tercinta.. Mimpi aku memang betul cuma part halau tu tak adelah. bila aku dapat tau mamat kedah tu tunang aku, aku lega sebab malam sebelum pertunangan aku, aku mimpi Azrul bagi cincin dekat tok aku.. Betul cakap ayah, dia ni memang baik.. Nasib baik aku terima pilihan mak ayah aku.. Happily ever after.. Syukran Ya Allah...



TAMAT

19:49:30  SELASA












Saturday, June 9, 2012

Sos VS Sundae (BAHAGIAN 5)

Malasnya nak bangun.. sekejap aku mengeliat sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.. puas hati aku! kalau kat rumah sewa ni, jangan harap la boleh tidur nyenyak macam ni, asal nak tidur jer, terbayang assignment, asal nak tidur je terbayang kertas kerja, asal nak tidur je terbayang mamat 'Kedah'.. huh! daripada bayang muka dia, baik aku bayang muka Sathiya lagi bagus.. ehehe..

"hang dok renyih apa cheq oi?? bangkit la.. matahari dah tegak atas kepala.. jangan sampai rotan pun tegak kat kepala hang sat lagi.. apa nak jadi la anak dara sorang ni.. aku nak bagi kawin mak pak hang tak bagi, asyik-asyik cakap hang kecik lagi, asyik-asyik cakap hang kecik lagi, kecik apa lagu ni, kalau aku bagi nikah dah boleh bagi aku cicit.. bangun lekaih!! Awat la hang ni.. nak jadi apa!"   Aiseh.. macam biasa la, kalau kat kampung ni, memang selalu ada iklan tak berbayar.. ni la tok aku.. bukan boleh tengok perempuan bangun lambat. loqlaq katanya..

Segera tuala aku capai, niat hati nak pergi mandi.. Tapi aroma Nasi lemak Cik Midah telah membantutkan hasrat aku yang suci murni ini..

"Ishk.. Ishk.. Ishk.. Awat bau sedap sangat tak tau... Anak sapa la yang masak ni.." saja nak mengusik Cik Midah pagi-pagi ni..

"Anak aku la.. yang hang ni awat tak pi mandi lagi?? badan bau dah macam Johnny. entah-entah Johnny lagi wangi pa ??"tok aku ni memang.. tak sporting langsung.. mesti korang tertanya-tanya sape Johnny tu kan?? Johnny tu kerbau arwah tok wan aku..  Sebenarnya tok aku nak bagi nama kerbau tu Jonet, tapi kitorang bantah.. dah lah kerbau tu duduk kampung, bagi pun nama kampung, sebab tu la kitorang tukar nama kerbau tu dari Jonet ke Johnny.. amacam? ada macam nama hollywood tak??

"Mak, cheq nak makan dulu boleh tak? lapaq sangat nih.. semalam dalam bas cheq tak makan apa pun.. boleh la mak.. dah terkeluaq ayaq liuq ni.." ujarku sambil merengek-rengek.. mesti mak aku cair punya.. yahoo.. boleh la makan dulu..

"Pergi mandi la cheq oi.. tak dak sapa dalam bilik ayaq.. lagi pun ayah hang tak balik dari pekan lagi.. ayah hang pesan, nak makan tunggu dia balik dulu.. ada benda nak bincang katanya.." tok aku tersengih-sengih.. suka la tu mak aku tak backup aku.. huh!

"ye lah.." aku anak yang solehah.. harus ikut kata orang-orang tua. tengok tu, tak habis lagi tok aku dok sengih.. eeiii-sakitnye-hati-kite-wak
__________________________________


huh! Gawat nih.. perbualan di meja makan ku imbas kembali..

"Erm.. ayah nak cakap sikit nih." uiks.. serius betul muka ayah aku ni.. nak tambah nasi lemak pun terbantut.. ni mesti kes  pergi bercuti tak nak bawa aku.. 


"Nak cakap apa ayah? cakap je la." saja buat cool.. padahal kalau betul lah ayah aku pergi bercuti tak nak bawak aku, memang aku merajuk!


"Macam ni, 2 minggu lepas kawan ayah datang rumah. Ingat lagi tak pakcik Kamil yang suka belanja kakak makan gula kapas masa kecik dulu?" brkerut-kerut dahi aku . Cuba untuk mengingati siapakh itu 'Pak cik kamil'. Pak cik kamil.. Pak cik Kamil.. oh ye!


" Pak cik kamil yang banyak jerawat tu ye? yang kita pernah tumpang rumah dia masa rumah kita terbakar tu eh? rasanya masa tu umur kakak 10 tahun" Seingat aku Pak cik Kamil yang aku kenal, Pak cik kamil yang ni lah... tak tau lah kalau ada yang lain..


" haha.. Ingat jerawat orang pulak.. haa.. betullah tu.. Dia datang hari tu ada hajat.. Dia datang merisik."  uiks.. merisik??


" Eii.. bagusnya Pak cik Kamil tu.. Tak sangka ye, ayah pak cik kamil tu hidup lagi.. itu lah ajal maut ditangan tuhan." memang lah, kita semua tak tahu apa yang berlaku pada masa depan kan, tambah-tambah pasal jodoh dan ajal ni..


"kejap, ayah tak faham. Apa yang bagus?  kenapa  kakak cakap pasal ayah pak cik Kamil pulak?" aku lihat ayah menggaru-garu kepalanya yang hampir 89 %  putih.. macam salji jatuh atas kepala..


" ye lah.. bagus la Pak cik Kamil tu, sanggup merisik tok untuk ayah dia.. patut la cheq tengok tok dok renyih ja tadi.. amboi tok.. pandai berahsia no.." patutlah sengih je dari tadi.. nak kawin rupenya tok aku ni.. lepas ni time raya boleh la dapat duit raya double.. yes!


"Ya Allah... awat lah hang ni.. depa nak merisik aku buat apa, aku dah tua.. kubuq pun dok panggil aku dah.. depa mai nak risik hang la.. Apa punya cucu la hang ni." mak dan ayah aku ketawa terbahak-bahak.. sampai meleleh air mata.. amboi.. kalau gelakkan aku, bukan main lagi.. mulut aku pulak macam dah terkunci.. betul ke apa aku dengar ni?? betul ke?? betul ke??? 


"Ayah dah setuju. hari sabtu ni kakak bertunang, lagi 2 bulan akad nikah.. kakak kan pandai masak, jangan risau lah. lagipun anak Pak cik kamil tu baik orangnya. Ayah tau kakak tak pernah kenal dia sebab  jarak usia kakak dengan dia 9 tahun, masa kakak umur kakak 10 tahun, dia sambung belajar dekat Jepun.."  ujar ayah panjang lebar..  


"Chop~ Ayah terima? kenapa ayah terima?? mana hak kakak nak tentukan kebahagian kakak? Ayah tak boleh buat macam ni.. ayah tak patut buat macam ni." Sedaya upaya nada suara aku kawal supaya tidak tinggi,, walaupun marah dalam hati aku setinggi gunung jerai belakang rumah tok aku.. 


"Ayah ada hak. Ayah ni ayah kakak.. Kebahagiaan kakak, kebahagian ayah juga. Lagipun ayah tak harap kakak boleh cari sendiri. Ada ke yang nak dekat kakak?? Ada? Kalau ada mesti kakak dah cerita.. Ada orang nak pun dah kira bagus." Sampai hati ayah cakap aku macam ni. Kenapa sekarang baru ayah persoalkan tentang fizikal aku? kenapa tak dari dulu lagi... bukan ke ayah yang pernah pesan dekat aku hanya taqwa yang membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain.. tapi kenapa sekarang macam ni? Air mata yang ingin tumpah, sedaya upaya aku tahan.. Segera ak bawa pinggan ke sinki.. Selera aku mati macam tu saje. Semua ni gara-gara Pak cik kamil.. aku benci Pak cik Kamil! Bencikkk!!




"Chot, aku betul-betul perlukan kau sekarang ni.. " rintihku..


I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone, baby it's all wrong
Where are the plans we made for two?

eh, tu bunyi handset aku.. ahaa.. CHOT!!

"Hello Umi.. rindu aku tak??" tau-tau je chot ni aku ada masalah..

"Rindu sangat kat kau chot.. chot.. chot.. uhuukkkk uhuuuukkk." ni lah aku, senang sangat nak menangis.. Aku luahkan segalanya dekat chot..

"Umi, kau rileks dulu.. Malam ni aku gerak pergi rumah kau.. jangan buat benda bukan-bukan okey.. baru ni mak aku cerita ada perempuan minum clorox sebab mak dia suruh kawin.. kau jangan minum clorox tau.. minum air sejuk tak pe.. nanti nak sampai aku mesej.. jangan sedih.. aku pun sedih gak ni.."  Alhamdulillah.. aku bersyukur dapat kawan yang memahami mcam chot ni.. 

"okey.. thanks chot.. nanti aku belanja kau mcd ye.."

"Mcd lagi.. tak pelah janji kau belanja.." akhirnya ketawa kami bersatu.. 




BERSAMBUNG..  BAHAGIAN AKHIR


BAHAGIAN 4




21:47:13  SABTU









perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template