Sunday, April 21, 2013

Nak kaya sila mohon jadi GURU

'Babe, kenapa semalam tak balas sms aku?'
'sori babe, aku dah tidur.'
'aii, jadi cikgu, kerja sekerat hari pun tidur awal?'
'babe, dulu kita pernah bergaduh sebab perkara macam ni kan? aku tak nak gaduh lagi.'
~SENYAP~

aku mula masuk dalam bidang perguruan ni tahun 2011. Masa mula-mula dapat keputusan ni, mak adalah orang yang paling gembira. tak putus-putus mak mengucapkan syukur sehingga air mata mak mangalir. perasaan aku masa tu bercampur-baur antara gentar dan gembira. gembira sebab dapat membahagiakan mak, gentar sebab aku rasa aku belum bersedia untuk menjadi guru sepenuh masa ( sedangkan masa tu aku menjadi guru ganti di sebuah sekolah swasta ). 

teringat kata-kata seorang kawan, "seronoklah kau, lepas ni kaya la.. jangan lupa member". aku hanya tersenyum. ya,, hanya tersenyum sehinggalah aku mula masuk maktab dan menjalani LPBS di SKTBR1. 3 bulan pertama, hanya air mata yang mampu aku keluarkan. setiap hari ada je yang aku mengadukan dekat mak, cikgu itulah, cikgu inilah, semua serba tak kena. DAN ya! terdetik dihati aku menyesal sebab jadi cikgu. aku hanya mengeluh. mengeluh.mengeluh. sampai satu hari ada sindiran seseorang menyedarkan aku
 " bukan KPM yang ketuk pintu rumah hang suruh hang jadi cikgu, hang yang mintak. muhasabah balik diri hang, apa-apa kerja memang memerlukan pengorbanan.". 

sejak dari tu, aku mula 'enjoy'kan diri aku. Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang dengan kerja ni. seronok sangat walaupun penat. kerja mana yang tak penat, tidur lama pun penat. 2012 aku grade dan tahun ni merupakan tahun pertama aku menjadi guru tetap. 

biasalah kan, orang baru memang akan dapat banyak kerja. latih budak, iring budak ke pertandingan, buat mural, jadi guru kelas, jadi pegawai kejohanan sukan dan macam-macam lagi, sampaikan ada pihak yang 'tolong' kesian untuk aku. mak? lagilah.. bila aku balik rumah, mesti mak usap kepala aku sambil cakap 
" anak mak ni anak solehah, buat kerja biar ikhlas, banyak pun tak pe, ambil buat pengalaman". setiap kali mak buat macam tu, seolah-olah beban semua hilang. 

baru-baru ini aku ada konflik dengan seorang mak anak murid aku. kesnya sebab anak dia dah masuk bulan 4 masih tak faham matematik. aku hanya mampu mintak maaf dan cakap aku tak tahu sebab aku tak mengajar subjek ni. tak sangka pulak puan tu marah aku, dia pertikaikan jawatan aku sebagai guru kelas. masa tu sedih sangat sebab pertama kali jadi guru kelas dah kena macam ni. sehinggakan puan tu ugut penolong kanan 1 aku nak adukan kes ni ke jabatan. Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. sedih? bukan sedih, tapi geram. bila aku diamkan diri, akhirnya kes selesai macam tu je ( walaupun puan tu serang aku by SMS )

Bila orang luar cakap kerja guru ni senang macam makan kacang Ngan Yin, aku jadi geram. yang selalu diungkitnya GURU CUTI BANYAK, GURU KERJA SEKERAT HARI. (mood sopan BERTUKAR)

GURU BANYAK CUTI
1) memang guru cuti bila anak murid cuti. itu memang logiklah. anak murid tu macam customer. kalau customer tak ada, nak ajar siapa? auntie cleaner? acik jaga? kalau tak nak guru banyak cuti, jangan adakan cuti sekolah. biar mak ayah kat luar sana pening nak uruskan anak-anak sekolah 365 hari dalam setahun.

2) waktu cuti, guru bukannya cuti sangat. lebih kurang macam cuti-cuti ayamla.. masa cutilah nak kena hias kelas, masa cutilah nak kena siap tanda semua buku, masa cuti jugaklah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan ada kelas tambahan. 

GURU KERJA SEPARUH HARI
1) rata-rata semua orang tahu guru masuk kerja 7.10 balik pukul 1.10. kerja 6 jam sehari. tapi diorang tak tahu dalam 6 jam tu, beribu-ribu beban yang ditanggung. dekat sekolah dah buat kerja, habis kerja angkut kerja yang tak siap balik ke rumah. kalau ada pemantau datang, silap-silap seharian ada kat sekolah. 

aku bukan nak merungut atau apa, tapi respon orang luar ( terutamanya kawan-kawan rapat aku ) tentang profesion perguruan ni senang dan kaya buat aku jadi geram. hanya guru yang tahu kerja seorang guru. apa-apa pun, aku happy sebab aku menjadi sebahagian daripada GURU MALAYSIA.. 


3 budak suka berjalan balas:

ieda iedana said...

mak aku cikgu so sikit sebanyak aku boleh paham perasaan kau. beliau ajar sekolah menengah. pagi2 kol 5 dah bangun, start sekolah kol 7 lebih. sekolah habis kol 2, kengkadang boleh la balik kol 2 tapi most of the time ada tuisyen la, ada aktiviti sukan la, ada koko la. balik rumah, kena siapkan report itu ini. itu belum lagi musim exam. kena tanda kertas sampai tertido-tido. time cuti sekolah ada meeting la, ada kursus la. kengkadang budak2 rekuest buat lawatan, nak kena arrange lagi. kat rumah dah tentu2 la nak uruskan hal rumah semua. walaupun aku bukan cikgu, tapi bila orang kata kerja cikgu senang aku jadi marah. sebab aku tau orang2 yang cakap gitu samaada dia bukan cikgu, dia takde family yang cikgu. mana2 kerja pun kita tak boleh nak judge kata kerja tu senang unless kau pernah buat.

jangan layankan orang2 macam tu weih. kau punya kerja, kau punya keikhlasan, kau punya kesabaran, kau punya kepenatan, biar Allah yang balas. Dia yang lebih mengetahui.

Cik MiKi said...

thanks babe..

Unknown said...

Tahniah sebab dah berjaya meng’enjoy’kan diri dgn profession guru. Tempoh service awk lebih kurang sama dgn sy..tp sy pula skrg sedang dlm dilemma..rasa nak berhenti guru..rasa hilang minat nak mengajar sbb sy rasa byk kerja yg dibebankan pd guru...juga atas sebab tawar hati dgn pentadbir.

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template