Wednesday, October 19, 2011

Daki dunia...

salam salaman semua.. sila jangan gentel daki yang ada.. entry kali ni bukan nak cerita pasal daki daku daka yang ada kat badan korang semua, tapi aku nak cerita pasal daki dunia.. eh, sejak bila dunia ada daki?? eh eh dan eh lagi..

eksyeli, aku teringat perbualan aku dengan ayah aku hari tu.. aku berceritalah pasal nak beli kereta tu, nak beli kereta ni, ( padahal lesen harraaaammm... tak ada pun. ) ayah aku pun layankan je lah... kalau dia tak layan, aku still cerita jugak, baik dia layankan aje.. tengah aku sedap-sedap cerita, tetiba keluar cerita pasal hutang kereta.. lepas tu dengan gaya penuh ke'ustaz'an nye beliau berkata:

"harta benda, wang ringgit ni ibarat daki je. macam manusia juga, setiap kali mandi mesti hilangkan daki, kejap lagi ada balik dakinya.. macam tu jugak harta.. tak pernah habis.. daki dunia je semua ni" 

aku Kayo! aku Kayo!

betul cakap ayah aku, harta benda ni semua daki dunia je.. bukan boleh bawa masuk kubur.. tapi, kenapa disebabkan 'daki dunia' ni ramai yang sanggup PECAH AMANAH, BERBUNUHAN, BERSANTAUAN, BERBOMOH-BOMOHAN, BERDENGKI-DENGKIAN?? kenapa?? kenapa?? sebabnya DUIT ADALAH SEGALANYA.. tak nak mengaku??? pergi terjun tingkat 15 la.. okey,bye, challo..

0 budak suka berjalan balas:

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template