Friday, September 2, 2011

Jin + ramadhan & Syaitan + Hari Raya.. mood: bengang!!!

     Tahun-tahun sebelum ni, bila raya je mesti seronok.. 2 hari sebelum raya, mak mesti bebel-bebel kat kami 3 anak dara ni, suruh tukar langsir, sarung sofa, kemas 1 rumah, kalau boleh selagi tak malam, mesti ada je keje kena buat.. macam-macam perasaan yang dirasa.. bengang +penat +muak +gelak +gembira +marah, kadang-kadang sampai bergaduh.. bila ingat-ingat balik mesti senyum sendiri..
     Raya kali ni, Allah timpakan ujian terhadap aku sekeluarga.. mak aku kena demam panas yang sangat teruk.. seminggu sebelum raya mak dah jatuh sakit.. segala impain raya aku untuk tahun ni punah macam tu je.. sorang pun tak ada mood nak raya.. masing-masing bergilir jaga mak.. ayah aku apatah lagi, tak tentu arah dibuatnya.. sedih, memang sedih sangat.. sampaikan mak aku kena tahan kat hospital.. petang tu aku masak nasi ayam, kami berbuka tanpa mak dan ayah disisi kami.. aku sebenarnya sedih, tapi aku tahankan je.. aku tak nak adik-adik aku tengok aku nangis.. aku mesti kuat..
     Malam tu, mak dah boleh keluar wad.. muka mak berseri-seri.. Alhamdulillah, hati aku lega sedikit.. tapi perasaan tu tak lama.. keesokan harinya, badan mak mula panas.. panas yang sangat tidak disangka-sangka.. mak asyik menangis.. macam-macam diucapkannya.. minta maaf, perasaan menyesal, sampaikan aku rasa sebak sangat.. pelbagai cara kami buat, kali basahkan kepala mak dengan air ais, mak dah tak minum air yang kami masak, mak hanya minum air mineral shj, kami urut kepala mak, tapi tiada hasilnya.. mak mengadu sakit dibahagian tengkuk.. aku hanya mampu picit,,, dengan lelehan air mata.........
     Malam raya, mak menggigil yang teramat.. tapi aku tak bersama mak pada waktu itu.. aku dah tidur.. aku hanya mendengar cerita dari adik aku pada keesokan hari.. adik aku cakap, mak menggigil dengan teruk.. mak halau adik aku dari bilik.. petunjuk dari Allah, baru kami dapat tahu emak rupanya terkena buatan orang.. nasib baik dapat tahu awal.. malam tu juga ayah cari orang untuk ubatkan mak.. Alhamdulillah, buat kali pertamanya mak kata dia boleh tidur dengan nyenyak..
     Pagi raya, keluarga kami tidak seperti keluarga yang lain.. Kami menyambut dengan ala kadar.. walaupun begitu, tradisi bermaafan tidak kami tinggalkan.. sempat juga tangkap gambar dengan emak.. pagi raya emak pergi berubat..
     masuk raya kedua, penyakit mak datang balik.. kepala mak bertambah sakit.. mak hanya mampu menangis.. akhirnya ayah aku bawa mak jumpa seorang pakcik ni.. selepas berubat keadaan mak semakin pulih, walaupun tidak sepenuhnya.. siapa yang tak sedih tengok mak dia macam ni.. aku berdoa sangat orang yang buat mak aku ni dapat balasan yang dahsyat.. hidup dengan hasad dengki, merana diri hingga mati.. doakan mak aku sembuh,,,,


p/s: mungkin ada yang menyangkal, denagn alasan syaitan diikat bulan puasa.. ya, memang aku tak nafikan, memang syaitan dan iblis diikat, tapi jin masih berleluasa... sekadar info tambahan..

0 budak suka berjalan balas:

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template