Monday, January 31, 2011

wahai perempuan, kenapa kamu begini??

            Perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki untuk disayangi bukan untuk dikasari.. semua orang pernah dengar pepatah ni.. and yepp,,! sebagai seorang perempuan aku setuju dengan pernyataan ini.. aku akui aku pon memerlukan lelaki untuk melindungi & membimbing aku, tapi tak bermaksud aku ni lemah.. Lemah yang aku maksudkan bukan lemah dari segi kekuatan fizikal, tetapi lemah dari segi hati.. 
            
            aku  hidup hampir menjangkau 23 tahun atau dalam erti kata lain aku masih mentah dan pengalaman aku pun belum cukup lagi untuk memahami hal-hal percintaan terutamanya hal-hal berkaitan hati.. ( jodoh pun x der lagi ) hehehe,, tapi kita semua diberikan akal fikiran untuk menilai bukan?? baru-baru ni aku ada berjumpa dengan seorang kawan lama.. disebabkan lama tidak berjumpa, banyak kisah2 yang disampaikan kepada aku.. ape yang boleh aku cakap adalah S.E.D.I.H.. sedih sebab kenapa perempuan ni senang sangat tunduk kepada perasaan.. aku bukan ANTI lelaki, dan aku juga bukan PENGKID.. jgn salah paham.. seperti yang aku cakap tadi, aku pun memerlukan lelaki untuk MEMBIMBING aku.. membimbing ke arah kebenaran bukan ke arah KEMAKSIATAN..





            "Love Bite".. aku tau korang semua mesti tau ape tu love bite atau gigitan cinta.. aku tak kisah kalau korang nak buat benda alah ni lepas kahwin, tapi tak sampai sebulan bercinta dah penuh kat keliling leher.. ape kau murah sangat ke?? tanda sayang konon.. kalau tanda sayang kiranya parents korang tak sayang korang la sebab setakat ni aku tak pernah tau pon ade parents wat love bites kat anak dorang.. mesti ada yang akan kata "alah! kecoh la lu minah, wat ringan - ringan je pun.." eh cik akak! dosa tak der ringan atau berat tau.. kalau dah dosa tu, tetap dosa..





           Belum lagi dalam isu bertudung, contoh nya macam ni, Ani seorang perempuan bertudung, ke mana - mana saja kalau dia keluar dia akan mengenakan tudung.. bagus bukan?? tapi, bila 3g dengan Ali @ pakwe dia tak pakai tudung.. memang la 3g dalam bilik tak payah pakai tudung, tapi Ali kan lelaki, aurat bukan di jaga time nak keluar je.. hmmmm banyak okey situasi macam ni kat kolej aku.. bila ditegur, terus masam muka b'bulan - bulan.. 


              Menurut PEMERHATIAN aku, kebanyakkan kawan- kawan aku yang putus cinta mesti melalui fasa-fasa ni.. 


 1. berkenalan

2. keluar sama-sama
 ( sekejap, belum pegang tangan )

3. keluar sama -sama
 ( lama, start pegang tangan )

4. keluar sama - sama 
( dari pagi sampai malam/berhari-hari, siap berpeluk)

5. si perempuan kenalkan dekat family 
( dah boleh kiss, start bermesej lucah )

6. si perempuan dah selalu menangis
( asyik bergaduh )

7. PUTUS!
( ada yang still virgin & ada yang tak )


simple kan?? sampaikan ada yang cakap virgin is not an issue anymore.. okey, terpulanglah pada individu yang menilai.. lagipun Allah menilai umatnya melalui ketaqwaannya bukan pada daranya.. tapi, selalunya perempuan jenis apa yang tak ada dara?? kita sama-sama boleh fikir.. jalan yang terbaik adalah taubat nasuha.. Allah sentiasa menerima taubat kita.. 


               
            

               Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat
 dan kasih sayangNYA.. 

0 budak suka berjalan balas:

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template