Tuesday, October 18, 2011

-aku dan kem- :BAHAGIAN 1:

hola semua.. bila sebut pasal kem mesti yang akan terloncat2 mankei, mungkin jugak matanya akan bersinar-sinar, & maybe ada yang menguap panjang ( ini aku ).. masing-masing ada minat tersendiri.. aku dan kem memang jauh panggang dari microvace, jauh goreng dari kuali serta jauh sejuk dari peti ais.. mesti ada yg akan cakap " huh, da badan beso, memang gitu la.. " tak pun "cakap je la malas nak lari, kan senang.." hello, hello, hello.... FYI, mak memang ada sebab tau sebab apa mak tak suka kem-kem bagai.. ei.. nasib baik mak jauh, kalau dekat dah lama mak ganyang-ganyang mulot tu taw!! ada sebab aku tak suka pergi kem ni..

1. setiap kali aktiviti yang melibatkan larian mesti budak yang satu kumpulan dengan aku risau takut kalah.. aku sedeyy..

2. aku ada kebiasaan bila berjalan aku tak suka pandang bawah, dekat rumah benda-benda yang ada dekat lantai mesti aku sepak time jalan, ye lah. aku tak perasan.. kadang-kadang gelas, cawan, remote tv, ada satu hari tu aku tersepak bekas abu rokok ayah aku.. apa lagi, mengamuk la dia.. habis abu berselerak atas lantai..  selalu ayah dengan mak aku cakap, "itu ler, melangak tak tentu pasal.. lain kali jalan pandang2 la bawah.." sedih tau.. dah 4-5 tahun perangai aku still tak dapat ubah, akhirnya family aku ambil inisiatif setiap kali aku jalan dorang yang akan alihkan barang.. heeeeeee~ terukkan?? nak buat macam mana.. dah cuba ubah tapi still tak boleh...  aisehh, dah termelalut.. sebenarnya aku nak cerita disebabkan perangai aku ni, aku pernah terlanggar khemah punya pacak, kaki aku bengkak jalan pun capik, so aku diasingkan daripada aktiviti.. aku ada terdengar kawan aku cakap, "baguslah kaki dia sakit, senanglah kumpulan kami nak menang" hmm.. aku nanges..

3. masa aku ikut khemah ibadah, aku pernah nampak makhluk halus... huuuu~ aku takut.

4. lagi satu, mandi kene berebut2.. nak ajar kita uruskan masa hapenye, bilik air 3 nak kene share berpuluh orang, bagi masa 30 minit pulak tuh, sudahnya memang tak mandi la kan.. haa.. jangan nak buat muka geli pulak, macam la korang tak pernah buat macam tu.. ceh!



hahaha.. sadis kan cerita aku.. sebab tu la aku tak suka kem ni.. dengar kem je aku rasa nak naik flight pindah korea.. nasib aku tak ada duit tau.. kalau tak, dah lama aku buat..

eh korang, sebenarnya aku nak cerita yang aku kena jadi fasilitator untuk perkhemah sekolah aku.. (muqaddimah bukan kemain lagi kau.. jangan marah ye...) eh,,,,, jangan korang fikir aku nak carik alasan untuk tak pergi, ( sebenarnya memang ye pun.. huhuhu )  tugasan yang diberi mesti dilaksanakan.. Insyaallah ada balasan daripada allah untuk setiap pengorbanan kita.. Amiinn.. okey, tunggu hapdet aku dan kem bahagian 2 pulak... doakan aku selamat.. hehehehehehehe

0 budak suka berjalan balas:

perjalananku masih panjang

Daisypath Friendship tickers
 
ch3kgu's stori3s Blogger Template by Ipietoon Blogger Template