![]() |
penat hoookeyyyyy~ |
"siapa yang mengandung sila mengaku. jangan risau sebab kelas semalam 4 org mengandung." bagusla dapat cikgu PJ yg sporting.. hari ini main dalam Gym je. main game ala-ala bola baling + bola jaring + futsal.. seronok sangat, tapi masa main aje la, lepas main Nauzubillah, sakit bukan kemain.. nak naik tangga pun rasa nak putus nafas.
habis je 3 jam, fokus utama mestilah nak melingkar atas katil je. tiba-tiba,,,,,, "UMI!!!!" uiks! sape pulak yang panggil disaat aku tengah berperang dengan kesakitan? wah~ ayaaaaaaaat... "Umi....... kau tak kenal aku ke?" muka yang mulus tu aku amati, otak pula mengimbau kenangan 8 tahun lalu, segala gelak tawa, tangis duka kembali terimbau..
Ya Allah, muka yang tak mungkin aku lupakan, dan tak pernah aku lupakan.. segera perasaan amarah terkumpul di benak.. tanpa aku duga, " Ah kau! sombong! lupa diri! lupa daratan! selama ni kau diam je, 8 tahun aku contact kau tak pernah nak balas!" segala amarah aku hambur je.. geram betul..tiba-tiba aku tengok muka diaberubah.. Ya Allah, aku ni dah kenapa kan, main marah je.. "kenapa kau ni?" riak muka menunjukkan tidak senang dengan perbuatan aku... serba salah la pulak.. "sihat ke?" aku memulakn perbualan. Alhamdulillah..senang hati dapat jumpa kawan lama.. semua topik kembali diimbau.. memang gelak habis.. lantaklah yang lalu lalang depan kami, kami ada suara, sebab tu la gelak.. kau hade???
Alhamdulillah.. baru kali ini dapat rasa manisnya ukhuwah.. tak dapat nak digambarkan.. Ya Allah, kau tautkanlah hati kami seiring dengan bertambahnya iman kami terhadapMu.. Amiiinnn..